Posts

Showing posts from May, 2016

Istilah Nakbah? Apakah itu Nakbah

Image
Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita. Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Ne

SYRIA BERDARAH

Image
DAMSYIK - Sebanyak 64 terbunuh dalam beberapa siri serangan di bandar Aleppo semalam dan awal hari ini, menyaksikan orang awam tidak berdosa menjadi korban perang saudara yang berlanjutan sejak 2011. Dalam serangan udara tentera Syria di Hospital Al Quds di daerah Sukkari, semalam, sebanyak 30 maut termasuk orang awam, kakitangan hospital dan satu-satunya pakar pediatrik di Aleppo, Dr. Wasem Maaz. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria memaklumkan, 14 daripada jumlah itu adalah pesakit. Menurut badan itu, Hospital Al Quds dibedil sebanyak empat kali dan jumlah kematian dijangka me­ningkat susulan banyak mangsa masih terpe­rangkap di bawah runtuhan. Di lokasi berasingan, serangan udara di dua kawasan penempatan dikuasai kumpulan penentang di al-Kalasa, Aleppo hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang. Video dikeluarkan aktivis me­maparkan situasi panik di lokasi kejadian termasuk seorang lelaki mengangkat anak perempuannya sejurus dikeluarkan daripada runtuhan bangunan. Sa