Posts

Showing posts with the label PERUMAHAN

Erti sebenar Ramadhan dan Aidil Fitri

Image
Puasa adalah ujian. Bukan sekadar ujian jasmani seperti menahan lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkannya. Ia juga ujian rohani. Bagaimana menahan sabar, bagaimana menahan marah, bagaimana menahan diri untuk perkara-perkara yang amat disukai oleh nafsu seperti mengumpat dan mendengar umpatan, bagaimana mengekalkan rasa syukur dan redha dengan apa yang ada, bagaimana untuk tidak membazir dengan pembelian yang tidak perlu. Apatah lagi pada musim perayaan ini, berbagai-bagai tawaran disediakan. من قام رمضان إيمانا وإحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ".. Barangsiapa yang membangunkan yakni qiyam pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan ganjaran Allah SWT akan diampunkan dosanya terdahulu.. " Kita sedang berada di penghujung Ramadan pada kali ini. Peluang 10 malam terakhir Ramadan yang memiliki banyak kelebihan dan janji ganjaran habuan yang amat istimewa daripada Allah khasnya satu malamnya terdapat Lailatul Qadar iaitu malam seribu bulan past...

LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2016/2017 & PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK

Image
LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2016/2017 & PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK 12 November 2016, Telah berlangsung Majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir & Hewi sesi 2016/2017 di dewan Soleh Al-Masri. Majlis bermula pada pukul 7:00 malam dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Mohamad Fadzil Bin Zahadi dan seterusnya disusuli dengan ucaptama oleh Yang Di Pertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang sesi 2016/2017 saudara Ahmad Fariz bin Mohd Zaini. Selepas itu, majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan setiap Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhamad Taufiq Bin Mad Ali diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Muhamad Amer Shafiq Bin Azanuar Yusri, Ketua Lajnah Pendidikan oleh saudara Mohamad Hamizan Bin Che Sab, Ketua Lajnah Dakwah oleh saudara Muhamad Syamim Bin Daud dan d...

KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA

Image
KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA.. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) DI MANA HAK MAHASISWA UNTUK BERSUARA?? Mahasiswa sebagai tunggak harapan negara mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian mahasiswa seharusnya mempunyai hak untuk bersuara dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan mahasiswa mahupun negara. Namun, mahasiswa negara pada masa ini dilihat sukar untuk menyuarakan pendapat mereka terutama sekali dalam hal politik. Mengapa hal ini terjadi??adakah mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam hal politik? Memang tidak dinafikan mahasiswa negara pada zaman sekarang telah lebih berani dalam menyuarakan pendapat mereka terutama sekali apabila wujudnya teknologi blog. Blog telah memainkan peranan dan memberikan impak yang begitu besar terhadap perjalanan politik negara pada masa kini. Mahasiswa lebih cenderung untuk meperolehi fakta dan maklumat berkaitan politik negara mela...

KESAN TPPA KEPADA MAHASISWA

Image
Assalamualaikum.. TPPA ini ialah kesinambungan dari FTA (Free Trade Agreement) ataupun versi baru FTA. Perjanjian yang diusahakan pada tahun 2005 ini gagal dimeterai kerana mendapat tentangan hebat dari pelbagai NGO seperti TERAS, CAP dan NGO-NGO lain. Mereka melihat FTA ini sebagai penjajahan ekonomi dan akan mengancam kedaulatan Malaysia. Oleh kerana masa yang suntuk dan perjanjian yang kompleks rundingan FTA gagal dimuktamadkan. Setelah sekian lama FTA menyepi akhirnya ia muncul semula dengan nama baru iaitu TPPA. Apa yang mahu disampaikan adalah kesan TPPA terhadap Mahasiswa. Kesannya ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara ‘online’ turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam man...

MOTIVASI KECEMERLANGAN & COMBO CAMPAIGN

Image
KAHERAH, 06 November 2012 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM) telah berjaya menganjurkan sebuah program Motivasi Kecemerlangan dan Combo Campaign yang dianjurkan oleh gabungan antara Biro & Unit Pendidikan, Dakwah, Ekonomi dan Perumahan sesi 2012/2013.  Program dimulakan dengan Motivasi Kecemerlangan yang disampaikan oleh Saudara Zuhaili Zainal Ali yang bertajuk "Teknik Pembelajaran Berkesan". Antara isi yang dapat disimpulkan ialah berkenaan teknik pembacaan yang memerlukan ketenangan, study group dan setiap pelajar perlu membuat nota sebagai menambahkan pemahaman diri. Selain itu, antara tips lain ialah menghadiri kelas tutorial sebagai pemahaman disamping tidak mengabaikan kuliah, mengajar pelajar lain dan mencari sesuatu perkara yang boleh memberikan ketenangan.  Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelancaran Combo Campaign yang dimulai dengan ucapan Naib Pengerusi Hewi, Saudari Intan Syahirah bt Sudin yang menjelaskan berkenaan Kemp...

Villa Mutiara

Image
Villa Mutiara untuk tempahan.

Jualan Barangan Terpakai

Image

Kursus Jahitan siri ke-2 BKPPPM

Image
KAHERAH, 23 Oktober – Biro dan Unit Perumahan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) menganjurkan kursus menjahit siri kedua. Program ini berlangsung pada 23 Oktober 2010 bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Program ini telah mendapat sambutan daripada 4 orang ikhwah dan 18 orang akhawat. Tujuan program ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan awal kepada ikhwah dan akhawat mengenai asas jahitan. Selain itu , kursus ini juga memberi nilai tambah kepada mahasiswa/wi yang berada di Pelembahan Nil ini untuk mendalami seni jahitan serta menyediakan barisan pelapis penjahit professional kepada BKPPPM. Diantara pembentang yang memberi pengisian dan latihan kepada para peserta ialah Ustazah Marsyitah Binti Azahari serta Ustazah Diayana Binti Khamis. Semoga kursus ini dapat memberikan faedah dan manfaat yang berguna kepada para peserta dan dapat melahirkan seramai mungkin penjahit yang professional.