Artikel Terkini :
Home » , , , , , , » KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA

KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA




KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA..
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU)

DI MANA HAK MAHASISWA UNTUK BERSUARA??


Mahasiswa sebagai tunggak harapan negara mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian mahasiswa seharusnya mempunyai hak untuk bersuara dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan mahasiswa mahupun negara. Namun, mahasiswa negara pada masa ini dilihat sukar untuk menyuarakan pendapat mereka terutama sekali dalam hal politik. Mengapa hal ini terjadi??adakah mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam hal politik? Memang tidak dinafikan mahasiswa negara pada zaman sekarang telah lebih berani dalam menyuarakan pendapat mereka terutama sekali apabila wujudnya teknologi blog. Blog telah memainkan peranan dan memberikan impak yang begitu besar terhadap perjalanan politik negara pada masa kini. Mahasiswa lebih cenderung untuk meperolehi fakta dan maklumat berkaitan politik negara melalui blog. Mereka tidak lagi cenderung ke arah media konvensional sahaja untuk memperoleh maklumat. Akibat daripada itu, lihat saja pilihan raya ke 12 pada tahun 2008 yang lalu, telah terbukti blog memberi kesan terhadap polar peratusan undi yang memihak terhadap kerajaan telah jatuh dengan begitu teruk sehingga pihak pembangkang mampu menguasai lima buah negeri. Dapat kita lihat disini, sebenarnya ada satu perkara tersirat yang kita tidak sedar daripada apa yang berlaku. Apakah perkara tersebut? Jawapannya ialah Hak Bersuara. Pilihan raya yang lalu telah menjadi medan kepada pengundi khususnya mahasiswa dalam menyatakan perasaan mereka dengan jelas terhadap kerajaan. Dengan cara itu sahaja mereka dapat lakukan kerana seperti sedia maklum, negara kita kurang mempunyai medium untuk masyarakat bersuara. Jika segelintir pihak menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan, mereka dianggap menentang kerajaan dan jika di dapati bersalah, mereka boleh di tahan di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Kesimpulannya, Mahasiswa berhak bersuara untuk mengemukan segala cadangan dan pendapat dalam pelbagai medium yang digunakan supaya pendapat mereka diketengahkan oleh pihak berwajib. Apa guna sebagai pemimpin masa hadapan jika tiada hak untuk bersuara??


Disediakan Oleh :
 Biro Perumahan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir Sesi 2015/2016

Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM