Posts

Showing posts from August, 2013

EVAKUASI : BAKI TERAKHIR ANAK PULAU PINANG SELAMAT PULANG

Image
KAHERAH, 27 Ogos 2013 :   Hari ini,   seramai 29 orang anak-anak Pulau Pinang selamat berlepas ke Malaysia petang tadi  pada jam 1.30 petang waktu Kaherah dengan menaiki pesawat Air Asia. Kumpulan ini adalah baki terakhir dalam senarai peserta Evakuasi Sukarelawan 2013 bagi Negeri Pulau Pinang. Mereka yang terdiri daripada 18 orang ikhwah, 6 orang akhawat dan diiringi 5 orang exco BKPPPM. Penerbangan petang tadi dijangka akan sampai di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 6 pagi waktu Malaysia. Ketibaan mereka di sana akan disambut oleh wakil persatuan yang berada di Malaysia dan akan disediakan pengangkutan pulang ke Pulau Pinang. Baki terkini pelajar-pelajar Pulau Pinang yang masih tinggal di Mesir adalah seramai  56 Orang terdiri daripada 38 Orang lelaki dan 18 Orang Perempuan. Mereka dijangka tidak akan pulang berikutan keadaan dan situasi Mesir kian stabil dan aman. Berikut adalah nama peserta Evakuasi pada hari ini :- AHMAD HUSSAINI BIN MOHD AZMI

EVAKUASI : DUA PENERBANGAN ANAK-ANAK PULAU PINANG SELAMAT BERLEPAS

Image
KAHERAH, 25 Ogos 2013 : Seramai 27 peserta Evakuasi Sukarela 2013 daripada PMRAM Cawangan Pulau Pinang selamat berlepas ke Malaysia hari ini. Dua penerbangan hari ini merupakan penerbangan pertama bagi anak-anak Pulau Pinang di Mesir dalam Misi Evakuasi Sukarelawan pada kali ini setelah mana mereka terkandas beberapa hari di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).   Penerbangan pertama telah berlepas dari Lapangan Terbang Kaherah dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) pada jam 4.30 petang tadi seramai 11 orang ikhwah. Manakala penerbangan kedua menaiki pesawat Egypt Air seramai 16 orang terdiri daripada 7 orang ikhwah dan 9 orang akhawat telah berlepas pada jam 10 malam waktu Kaherah. Hari ini telah masuk hari yang ke-8 bagi proses pemindahan warganegara Malaysia dari Mesir yang telah bermula pada 18 Ogos 2013 berikutan kekacauan dan ketidakstabilan politik Mesir berikutan rampasan kuasa pada 30 Jun yang lalu. Berikut adalah senarai nama bagi peserta Evakuasi ya

KITAB PILIHAN : PERANAN PEMUDA DALAM MEMBAWA RISALAH ISLAM

Image

Kepentingan Yang Tejejas Punca Kepada Krisis Mesir

Image
Latar Belakang Isu  Pada 4 Julai 2013, kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Dr. Mursi, yang dilantik secara demokrasi pada 24 Jun 2013 telah pun dirampas oleh tentera Mesir yang diketuai oleh Jeneral Abbas al-Sisi. Ekoran dari rampasan ini, penyokong Mursi telah mengadakan bantahan dan berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Mursi di seluruh negara terutamanya di dua tempat penting di Cairo iaitu di Medan Rabaah dan Dataran Nahdah. Bantahan aman itu berjaya mengumpulkan sehingga lebih dari 5 juta rakyat dan sebagai tanda sokongan mereka terhadap Mursi, mereka telah terus berada secara berterusan di kedua tempat itu sehingga berlaku trajedi 15 Ogos apabila pihak tentera telah berusaha menyuraikan himpunan itu secara kekerasan. Pada pagi 15 Ogos, operasi yang bermula 6 pagi hingga ke malam, tentera telah membunuh lebih dari 2,000 orang dan mencederakan lebih dari 10,000 orang. Angka kematian setakat 17 Ogos meningkat kepada 5,000 orang.  Punca (tidak sebenar

RIA`13 : LEBARAN DIRAI, KEGEMBIRAAN DIKONGSI

Image
Meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di perantauan bukan menjadi satu sebab suramnya sambutan Syawal pada tahun ini. Bagi berkongsi kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan Sambutan Riang Ria Raya Aidilfitri, RIA’13. Sambutan RIA’13 yang berlangsung selama tiga hari ini ternyata menjadi pengubat kepada seluruh anak-anak Pulau Pinang di Mesir yang meraikan lebaran pada kali ini tanpa keluarga tersayang di sisi. Program RIA’13 dimulakan dengan majlis perutusan raya yang berlangsung pada 7 Ogos 2013, jam 8.30 malam. Majlis yang dimulai dengan ucapan raya oleh wakil Badan Pengurus PMRAM iaitu saudara Muhammad Adil bin Mohd Fadzil kemudiannya diteruskan dengan tayangan video perutusan raya daripada saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Tidak ketinggalan, majlis diserikan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh penasihat BKPPPM sendiri iaitu saudara Muhammad Hafiz bi

IHTIRAM`13 : JANA KEKUATAN TARBIYYAH

Image
Tahsin Al-Quran bersama syeikh Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan oleh Allah taala kepada sekalian umat Nabi Muhammad SAW dan tidak pernah dikurniakan pada umat sebelum ini. Padanya mengandungi nilai yang tinggi, terkandung segala kebaikan dan ganjaran yang diberikan berlipat kali ganda oleh Allah taala. Menyedari akan hal itu Biro dan Unit Dakwah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM ) sesi 2012/2013 mengambil manfaat di bulan Ramadhan ini untuk menghidupkannya dengan mengadakan program yang diberi nama Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2013 IHTIRAM`13. Sasaran IHTIRAM`13 pada sesi kali ini ialah semua ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dengan tema ‘ Madrasah Ramadhan Manifestasi Tarbiyah’ selaras dengan PMRAM Pusat. Berikutan itu, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada bulan Ramadhan yang lalu Ahli Jawatankuasa IHTIRAM`13 telah memutuskan untuk menjalankan aktiviti mengikut fasa-fasa di bulan Ramadhan iaitu fasa rahmah, keampunan dan pembebasan da