Posts

Showing posts from May, 2011
Image
Image

Pengajian dan Peperiksaan

Image
Dua kalimah ini amat sinonim dengan mereka yang bergelar penuntut ilmu. Bermula dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Sememangnya lumrah dalam pengajian pasti ada peperiksaan. Kebanyakan kita sudah pun berada di penghujung semester. Sudah pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan sebelum berjuang di medan peperiksaan. Masing-masing mahukan kejayaan yang cemerlang. Namun, satu persoalan penting yang sering dilontarkan dan sering pula kita remehkan,adakah kita pasti bahawa sepanjang kita berusaha untuk mengejar dan mencapai kejayaan dalam pengajian itu, kita ikhlas dalam belajar? Juga adakah ia selaras dengan visi sebagai pelajar muslim? Atau sekadar mengikut arus kehidupan yang menuntut kita menggapai kejayaan dalam pengajian? Sama-sama kita koreksi diri. Rasulullah saw merupakan mu’allim dan murabbi terunggul. Baginda merupakan qudwah yang paling sempurna. Pada suatu hari baginda mengajar dan memberi motivasi kepada Muazd Bin Jabal, seorang tokoh yang di

Kunjungan Mahabbah Bersama Syeikh Rifaat Fauzi Abd Mutalib

Image
KAHERAH, 25 Mei - Dalam meneruskan usul yang disepakati bersama dalam Muktamar Sanawi ke -78 yang lepas iaitu “Meneruskan kelangsungan Mahasiswa Islam di Mesir, maka Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2011 (BPAP) mengambil langkah dengan menjalinkan hubungan baik bersama masyaikh yang berada di bumi Anbiya’. Dalam pertemuan yang diadakan pada jam 1.00 tengahari tadi bertempat di Maktabah Syeikh Rifaat Fauzi Abd Mutalib di Hayyu Zohor,perbicangan dan pendapat mengenai keterlibatan mahasiswa Malaysia dalam meningkatkan thaqafah. Beliau merupakan seorang pensyarah Bidang Syariah di Kuliah Pengajian Islam Universiti Kaherah Mesir. Pertemuan yang telah diaturkan oleh Saudara Ahmad Zamzami bin Che Daud selaku Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2011 secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi hubungan di antara PMRAM dan masyaikh di bumi anbiya’. Turut serta bersama dalam pertemuan tersebut Saudara Mohammad Abdul Malik bin Abdul Karim yang me

Mumtaz Matlamat Kami !!!!

Image
Untuk Berjaya & Gembira Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama, menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan. Bagaimana? Di bawah ada 9 tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu… • Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda. • Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui. • Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka. • Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik. • Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga. • Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan. •

PMRAM Cakna Agenda Pendidikan

Image
KAHERAH, 25 Mei - Hubungan PMRAM bersama pihak pentadbiran Universiti Al-Azhar dirapatkan lagi dengan kunjungan Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 Saudara Ahmad Daniel Hassan. Kunjungan yang diadakan bagi membincangkan masalah mahasiswa Malaysia yang menuntut Universiti Al-Azhar tersebut disambut baik oleh Dekan-dekan Kuliah di Universiti Al-Azhar. Antara masalah yang dibincangkan ialah kesukaran mahasiswa bagi memahami “bahasa 'amiah ” (dialek arab Mesir) yang dituturkan oleh sebahagian pensyarah disini. “Kami akan sentiasa memperingatkan semua pensyarah disini agar bertutur dengan bahasa arab yang fushah” ujar Dekan Kuliah jurusan Usuluddin, Dr. Bakar Zaki Iwad. Pihak Pentadiran Al-Azhar sangat mengalukan-alukan kerjasama dari pihak PMRAM bagi memastikan kecemerlangan mahasiswa terjamin. “ Kerjasama seperti ini akan sentiasa diberi perhatian yang optimum” Ujar Dekan Kuliah Bahasa Arab, Dr Muhammad Muhammad Khatib Dicatat ole

2011 TAHUN GEMPUR DANA SYAQAH

Image
Misi Dana Syaqah PMRAM walaupun masih belum mencapai sasaran mengikut jangkaannya pada akhir tahun 2009 berdasarkan usul yang telah disepakati di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76, namun ia tetap diteruskan secara komited oleh pihak PMRAM. Biarpun begitu , perlaksanaan dan perancaan untuk memiliki sebuah syaqah milik PMRAM tidak dipandang sepi buktinya kini ia tetap diteruskan bagi menjayakan misi tersebut seterusnya meringankan bebanan PMRAM dalam menanggung sewaan dua buah pusat operasi PMRAM yang mencecah perbelanjaan puluhan ribu setiap tahun. Bermulanya sesi kepemimpinan PMRAM yang baru, maka bermulalah juga sesi baru bagi Unit Dana Syaqah. Oleh itu, segala gerak kerja Unit Dana Syaqah bagi sesi lepas masih lagi diteruskan pada sesi ini. Kajian demi kajian sedang dijalankan Unit Dana Syaqah bagi mencari penyelasaian terbaik untuk penjenamaan semula Unit Dana Syaqah PMRAM. Jika dilihat pada sesi-sesi yang lalu, jelas kelihatan peratusan kenaikan kewangan Unit Dana Syaqah kuran

MAKLUMAT TERBARU MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PUZ

Image

KELEBIHAN SOLAT JEMAAH

Image
Berfirman Allah Taala : إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ سورة التوبة: الآية : 18 . “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18 Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim. Hukum Solat Berjemaah. Para ulamak sangat menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka berkhilaf tentang hukumnya. Ada y

MAJLIS RAMAH MESRA 2011 BERSAMA PUZ

Image
Bkpppm akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama Ahli Lembaga Pusat Urus Zakat(PUZ) pada hari Ahad, 22 Mei 2011. Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian. Semua ahli BKPPPM sila ambil perhatian untuk hadir bersama di dalam majlis tersebut.

Jangan Libatkan Diri Dengan Sebarang Demonstrasi

Image
KAHERAH , 14 Mei - Perhatian kepada semua mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan atau demonstrasi yang berbaur politik . Sepertimana pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM dan KBMK yang melarang sama sekali untuk sebarang penglibatan mahasiswa/wi Malaysia. "Di atas faktor keselamatan ,pihak PMRAM berharap agar tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang berunsurkan politik" ujar Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM 2011.

Isu Palestin : Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Nur

Image
KAHERAH, 14 Mei - Sempena Intifadah Palestin esok yang akan disambut secara besar-besaran bagi memperingati Nakhbah Palestin, PMRAM menggalakkan ahli-ahli untuk turun menyertai solat subuh berjemaah di Masjid Nur pagi esok. Solat subuh berjemaah esok sebagai lambang bukti kekuatan umat Islam dalam isu membebaskan Baitulmaqdis serta melumpuhkan kekuatan Israel dalam campur tangan urusan Palestin. Naib Presiden I PMRAM merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM Saudara Mohd Faizzudin Ghazali, ketika ditemui mengulas, "Isu Palestin adalah isu sejagat umat Islam dan ia bukannya isu politik. Oleh itu, di peringkat PMRAM Pusat kita menggalakkan ahli-ahli PMRAM untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Nur, Abbasiah esok sebagai salah satu sokongan kita terhadap isu pembebasan Palestin" katanya. Solat subuh berjemaah adalah lambang kekuatan umat Islam, kelebihan solat Subuh adalah lambang seseorang muslim itu sejati dan selamat dar

NAHNU MUMTAZIN MENEMUI ANDA

Image

NAHNU MUMTAZIN MENEMUI ANDA

Image

Lagi Kes Pecah Rumah Hari Jumaat : Pencuri Diberkas

Image
KAHERAH, 30 April - Satu lagi kejadian kes pecah rumah dilaporkan apabila Asrama Rumah Johor Rab'ah dimasuki pencuri ketika mahasiswa keluar menunaikan solat Jumaat. Menurut saksi, kecurian tersebut dilakukan oleh 2 orang arab warga tempatan yang mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam asrama akibat pintu pagar yang tidak berkunci. Mangsa yang tidak mahu namanya dikenali memberitahu pihak PMRAM bahawa ketika beliau pulang daripada menunaikan solat Jumaat, mahasiswi menjerit di tingkat atas asrama memberitahu terdapat pencuri yang sedang turun melalui tangga. Beliau yang berselisih dengan 2 orang pencuri tersebut sempat menahan mereka daripada melarikan diri membawa sejumlah barang-barang berharga milik mahasiswa. Tambah beliau, ketika bergaduh di tangga asrama, pencuri tersebut sempat lari meninggalkan 4 buah komputer riba yang cuba dicuri. Mangsa yang berada dalam keadaan panik terus memanggil rakannya yang lain untuk menangkap pencuri tersebut. Salah

Kes Pecah Rumah : PMRAM Begitu Serius Menangani Masalah Keselamatan

Image
KAHERAH 30 April - Kejadian kes pecah rumah pada hari Jumaat semakin menjadi-jadi apabila sebuah rumah sewa pelajar Selangor dimasuki pencuri ketika orang ramai nyenyak tidur. Kecurian yang terjadi berdekatan dengan Suq Sayyarat itu berlaku pada jam 3.45 pagi apabila dipercayai terdapat 2 orang arab tempatan yang masuk secara senyap melalui tingkap dapur serta menggeledah rumah mangsa. Menurut mangsa yang tidak mahu namanya dikenali, beliau terjaga daripada tidur pada jam 4 pagi untuk menunaikan solat subuh. Ketika melalui ruang dapur, beliau mendapati pencuri tersebut keluar dengan segera melalui tingkap dapur. Beliau yang berada dalam keadaan panik terus memberitahu rakannya untuk menangkap pencuri tersebut. Malangnya pencuri tersebut begitu licik melarikan diri daripada rumah mangsa. Tambahnya lagi, pencuri tersebut memotong besi tingkap untuk masuk ke dalam rumah mangsa. Mereka yang berada dalam rumah tersebut tidak menyedari lansung kejadian yang berlak

Hiburan Menurut Pandangan Syarak

Image
medic got talent.jpgMelihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita melihat banyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh dunia. Malah lebih malang lagi apabila isu ini sudah menular di sekeliling mahasiswa/wi Islam di timur tengah ini. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia masa kini. Secara umumnya, Islam tidaklah mengharamkan hiburan secara keseluruhannya, namun hiburan tersebut mestilah mengikut nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam dan tidak melalaikan. Ini kerana hiburan juga merupakan suatu perkara yang fitrah yang rata-rata manusia menjadikan muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran