Kes Pecah Rumah : PMRAM Begitu Serius Menangani Masalah Keselamatan

pencuri4.jpgKAHERAH 30 April - Kejadian kes pecah rumah pada hari Jumaat semakin menjadi-jadi apabila sebuah rumah sewa pelajar Selangor dimasuki pencuri ketika orang ramai nyenyak tidur.

Kecurian yang terjadi berdekatan dengan Suq Sayyarat itu berlaku pada jam 3.45 pagi apabila dipercayai terdapat 2 orang arab tempatan yang masuk secara senyap melalui tingkap dapur serta menggeledah rumah mangsa.

Menurut mangsa yang tidak mahu namanya dikenali, beliau terjaga daripada tidur pada jam 4 pagi untuk menunaikan solat subuh. Ketika melalui ruang dapur, beliau mendapati pencuri tersebut keluar dengan segera melalui tingkap dapur.

Beliau yang berada dalam keadaan panik terus memberitahu rakannya untuk menangkap pencuri tersebut. Malangnya pencuri tersebut begitu licik melarikan diri daripada rumah mangsa.

Tambahnya lagi, pencuri tersebut memotong besi tingkap untuk masuk ke dalam rumah mangsa. Mereka yang berada dalam rumah tersebut tidak menyedari lansung kejadian yang berlaku.

Peristiwa tersebut dilaporkan kepada Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Selepas solat Jumaat, mangsa bersama rakannya terus membuat laporan di balai polis Qisim Awwal Madinah Nasr dengan diketuai oleh Presiden PMRAM sendiri.

"Antara barang-barang yang sempat dicuri ialah 2 buah komputer riba, 1 telefon bimbit serta wang berjumlah kira-kira LE 1500." tambah mangsa.

Menurut Presiden PMRAM, hari jumaat adalah hari kebiasaannya berlaku kes pecah rumah terutamanya ketika mahasiswa keluar menunaikan solat jumaat.

Oleh itu, mahasiswa-mahasiswi perlu meningkatkan sensitiviti mengenai isu keselamatan agar perkarayang sama tidak berulang.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL