Posts

Showing posts from December, 2015

Road to Alexandria

Image
LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH USMB 2015  Firman Allah SWT : katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulakan penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” (Surah Al-Ankabut ayat 20) 19 Disember 2015, Sabtu - Unit Sambutan dan Rehlah Badan kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Road to Alexandria khusus kepada mahasiswi USMB 2015 dan terbuka kepada semua ahli. Seramai 16 orang mahasiswi yang telah menyertai jaulah pada kali ini dan diiringi 2 orang musyrif. Jaulah ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada mahasiswi baru menghayati sejarah Islam di Iskandariah serta mentadabbur alam. Perjalanan bermula pada jam 7 pagi dari Kaherah dan tiba di Kota Iskandariah jam 9.30 pagi. Destinasi pertama ialah Montazah. Sebuah taman indah begitu terkenal dikalangan warga mesir, pelajar-pelajar Malaysia dan pelancong dunia lain. Terpegun seb

LAPORAN JAULAH SEKITAR KAHERAH

Image
KAHERAH -26 Disember 2015 , ‘Jaulah Kaherah’ merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Sambutan dan Rehlah (USR) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) 15/16 yang telah berlangsung pada 15 Rabiul Awal bersamaan 26 Disember 2015. Salah satu objektif utama jaulah ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejerah di sekitar Kaherah. Jaulah tersebut telah disertai seramai 13 peserta ikhwah dan 2 orang musyrif, Muhamad Iman Bin Fadzil dan Azri Asyraf Bin Ismail sebagai pngiring dan pengisi lawatan tersebut. Bermula pada jam 7.00 pagi dengan pengumpulan para peserta di hadapan bangunan asrama pelajar Pulau Pinang, Mesir. Selepas itu diikuti dengan sesi bergambar,taklimat ringkas daripada musyrif dan bacaan doa sebelum bertolak. Perjalanan bermula dari asrama pelajar Pulau Pinang dan tiba di tempat lawatan pertama iaitu di Maqam Anwar Sadat. Anwar Sadat merupakan Presiden  pertama Mesir yang mati ditembak ketika perbarisan ketente

DISEBALIK PERNIAGAAN NABI MUHAMMAD SAW

Image
Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul, Masih terasa lagi bahang kerinduan  kepada Rasulullah setelah berlalunya Maulidur Rasul baru-baru ini. Bagi menambahkan lagi kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, kita akan menyingkap  salah satu pekerjaan yang pernah dilakukan oleh Beliau. Seperti yang kita semua ketahui bahawa nabi Muhammad S.A.W adalah seorang nabi yang banyak memikul tanggungjawab yang sangat besar iaitu membawa risalah dan menyebarkan dakwah. Dalam masa yang sama nabi juga melakukan pekerjaan yang lain. Antara pekerjaan yang baginda lakukan seperti mengembala kambing dan lain-lain. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara

HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Image
Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul untuk semua. Apakah hukum Sambutan Maulidur Rasul? Kenapa kita menyambut Maulidur Rasul? Sejarah Maulidur Rasul? Secara khusus, Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah menganjurkan untuk melakukan apa-apa upacara tertentu bagi menyambut ulang tahun kelahiran baginda. Selepas kewafatan baginda juga, para sabahat dan tabi’in tidak juga melakukan apa-apa upacara tertentu dalam menyambut ulang tahun kelahiran baginda. Sambutan Maulid Nabawi mula diadakan oleh sebahagian golongan khalaf pada zaman terkemudian. Catatan paling awal tentang sambutan Maulid Nabi direkodkan oleh sejarawan Islam terkenal Al-Maqrizi, iaitu pada zaman pemerintahan Fatimiyyah. Beliau merekodkan dalam bukunya: “Para khalifah-khalifah kerajaan Fatimiyyah mempunyai beberapa perayaan dan sambutan musim-musim tertentu sepanjang tahun. Sambutan tersebut ialah: musim permulaan tahun, hari Asyura, maulid Nabi S.A.W, maulid Ali bin Abi Talib r.a., maulid Hasan,

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME

Image
PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME Allah berfiman didalam surah Ar-Rum ayat ke 39 yang bermaksud, . Artinya : “ Dan riba (tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah, maka tidak bartambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk memperoleh keridaan Allah, maka itulah orang – orang yang melipatgandakan (pahalanya). Pengenalan:   Menurut pandangan Islam  : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t Ekonomi menurut pandangan Barat  : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME. Kebebasan Terh

LAPORAN TRAGEDI KEMALANGAN DI SELATAN SINAI

Image
LAPORAN TRAGEDI KEMALANGAN DI SELATAN SINAI Satu tragedi kemalangan telah berlaku di Selatan Sinai yang melibatkan seorang ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM iaitu Mohd Atifurrahman bin Suhaimi serta keluarga. Kejadian berlaku pada 13.11.2015 apabila van yang mereka naiki dari Sinai menuju ke Kaherah terbabas disebabkan daripada tayar van tersebut pecah. Kesemua mangsa yang terlibat seramai 12 orang, seorang daripada mereka Rashidah binti Harun (ibu saudara mangsa) mengalami kecederaan yang serius sehingga dipindahkan ke hospital Kaherah, dua daripada mangsa mengalami kecederaan yang teruk iaitu Suhaimi bin Harun (bapa mangsa) patah bahu dan sakit bahagian pinggang serta Adilatulezzah binti Suhaimi (adik mangsa) mengalami kecederaan yang teruk di bahagian muka. Manakala 8 orang yang berbaki hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.                 Pada 14.11.2015 pihak BKPPPM telah menghantar seramai 3 orang wakil daripada persatuan yang diwakili oleh

TAZKIRAH PERDANA

Image
Khamis , 4 Disember 2015 : Kedatangan tetamu daripada Malaysia Ustaz Abd Ghani Bin Hj Omar Mantan Setiausaha BKPPPM, Mantan Badan Pengurus PMRAM dan Mantan Timbalan Presiden PMRAM telah datang ke Perlembahan Nil baru-baru ini. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah mengambil peluang keemasan yang ada dengan menjemput beliau untuk datang memberi tazkirah di Rumah Pulau Pinang Hayyu Sabie pada Hari Khamis 4 Disember 2015. Diantara isi tazkirah yang diberikan kepada ahli yang datang adalah kepentingan kita dalam mengutamakan ilmu dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan hal - hal kepimpinan. Banyak perkara yang dinasihatkan oleh beliau diantaranya adalah wasiat Syeikh Fathi Yakan dan sedikit pengalaman beliau dalam mengemudi bahtera kepimpinan di Mesir ini. Terdapat banyak masalah pengkaderan ilmuan islam di Pulau Pinang yang diceritakan oleh beliau ini menjadikan suntikan semangat kepada ahli untuk menjadi yang terbaik dan dapat berbakti apabila pulang ke