DISEBALIK PERNIAGAAN NABI MUHAMMAD SAW



Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul,

Masih terasa lagi bahang kerinduan  kepada Rasulullah setelah berlalunya Maulidur Rasul baru-baru ini. Bagi menambahkan lagi kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, kita akan menyingkap  salah satu pekerjaan yang pernah dilakukan oleh Beliau.

Seperti yang kita semua ketahui bahawa nabi Muhammad S.A.W adalah seorang nabi yang banyak memikul tanggungjawab yang sangat besar iaitu membawa risalah dan menyebarkan dakwah. Dalam masa yang sama nabi juga melakukan pekerjaan yang lain. Antara pekerjaan yang baginda lakukan seperti mengembala kambing dan lain-lain.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (surah An-Nisa 29)

Berdasarkan kalam Allah yang suci diatas, ia hendak menerangkan kepada kita tentang salah satu pekerjaan mulia yang dapat kita lakukan selain dari perkerjaan biasa iaitu dengan cara berniaga, yang mana ia merupakan satu pekerjaan baik yang dituntut oleh Allah S.W.T.. Ia juga merupakan salah satu pekerjaan disebalik pekerjaan Nabi Muhammad S.A.W yang lain.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :”Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan ”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis diatas hendak menerangkan kepada kita bahawa kedudukan perniagaan merupakan suatu kedudukan yang tinggi disisi Allah S.W.T ..Nabi merupakan seorang perniaga yang amat dikenali ramai dengan sifat baginda yang benar,jujur,amanah dalam perniagaan..Jika hendak dibandingkan dengan perniagaan di negara kita zaman sekarang, masih ramai lagikah peniaga yang mempunyai sifat seperti Nabi? Mungkin ada tetapi amatlah susah jika hendak berjumpa dengan seorang peniaga yang ada sifat-sifat tersebut, dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang yang turun naik adakah peniaga akan tetap melaksanakan cara-cara berniaga yang islam gariskan.

Islam menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan dan memberi layanan yang baik kepada pelanggan seperti mana yang dilakukan oleh Nabi.Dengan sifat baginda yang sedemikian begitu ramai yang menyenangi baginda.. Adakah kita berlaku adil kepada ketika berniaga?maka tepuk dada tanya iman..sejauh mana sifat kita sekarang ketika berniaga?Kita diajar ketika berniaga dilarang sama sekali untuk menyelitkan unsur-unsur riba,tipu daya dan helah..

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :’Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah dikalangan kami “

(Hadis Riwayat Muslim)

Jadi kita sebagai umat islam, kita perlulah melakukan sesuatu pekerjaan dengan cara yang telah islam gariskan..Seperti contoh perniagaan, kita perlulah berniaga dengan cara yang baik seperti Nabi S.A.W .Ssemoga setiap pekerjaan yang kita lakukan diredhai Allah.

Wallahualam…



Disediakan oleh,
Unit Ekonomi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2015/16

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963