Posts

Showing posts from May, 2020

29 MEI 1453 KOTA KONSTANTINOPEL BERJAYA DITAWAN

Image
PEMBUKAAN KOTA KONSTANTINOPEL OLEH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH  PADA TAHUN 29 MEI 1453 MASIHI  Konstantinopel atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah  sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasaskan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M. Konstantinopel begitu  strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel adalah bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya. “If the Earth were a single state,  Constantinople would be its capital.” Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Konstantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah ﷺ sendiri ketika Baginda ﷺ menggali Parit Khandaq dengan sabdanya: “Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-b

TARBIAH RAMADAN | REKOMENDASI FASA AKHIR RAMADAN

Image
 TARBIAH RAMADAN: REKOMENDASI FASA AKHIR RAMADAN   ( Oleh : Nur Syuhada Binti Abdul Razak ) ( Mahasiswi Universiti Al-Azhar As-Syarif, Kuliah Bahasa Arab )    Pejam celik pejam celik tanpa kita sedar sekarang kita telah sampai di penghujung Ramadan. Tidak disangka beberapa hari lagi Ramadan bakal menutup tirainya. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama jadikan rekomendasi ini sebagai petunjuk dan panduan supaya kita dapat istiqamah dalam melakukan amal ibadah sepanjang hidup walaupun di luar bulan Ramadan. Apa yang diertikan dengan Ramadan ? ➢ Perkataan Ramadan berasal dari akar kata Bahasa Arab ( رمــض ) atau ( الــرمــاض ) yang bermaksud panas yang menghanguskan atau kekeringan . [Kitab 006 , Muslim Ibn Habaj, abul Hussain - Sahih Muslim] Sebelum mengupas dengan lebih mendalam, marilah kita ketahui apa yang dimaksudkan dengan “ Rekomendasi ”, iaitu saranan atau cadangan yang bersifat menganjurkan, menggalakkan, membenarkan atau menguatkan mengenai s

MINDA PIMPINAN | NUZUL AL-QURAN RAHMATAN LIL 'ALAMIN

Image
بسم اللّه الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته Alhamdulillah atas limpahan rahmat dan kasih sayang Allah Ar-Rahim yang masih memberikan peluang untuk sama-sama kita menghirup udara Ramadan yang penuh rahmat, pengampunan dan ganjaran yang berlipat ganda buat kita semua. Bulan Ramadan adalah bulan istimewa kerana di dalamnya diturunkan Al-Quran kepada Rasulullah S.A.W sebagai mukjizat terbesar sehinggakan Ramadan juga disebut sebagai Syahrul Quran . Pengertian Nuzul Al-Quran   Perkataan " Nuzul " bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Manakala " Al-Quran " ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai satu mukjizat, dengan lafaz Bahasa Arab, dan membacanya adalah satu ibadah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam umumnya. Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan A

TARBIAH RAMADAN : PENDIDIKAN MENTAL, FIZIKAL & SPIRITUAL

Image
TARBIAH RAMADAN : PENDIDIKAN MENTAL, FIZIKAL & SPIRITUAL ( Oleh : MUHAMMAD SAIFUL ASYRAF BIN ABDULLAH ) Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ “Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan petunjuk itu dan pembeza (antara hak dan batil). Barangsiapa di antara kamu hadir (di tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkan, pada hari-hari yang lain. Allah menghendak