Posts

Showing posts with the label IKLAN

SYURA DALAM ISLAM

Image
Dalam ketatanegaraan Islam dikenal istilah ‘ahli syura’. Posisinya yang sangat penting membuat keberadaannya tidak mungkin dipisahkan dengan struktur ketatanegaraan. Kerana bagaimanapun bagusnya seorang pemimpin, ia tetap tidak akan pernah lepas dari kelemahan, kelalaian, atau ketidaktahuan dalam beberapa hal. Sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w pun diperintahkan untuk melakukan syura. Apatah lagi orang lain. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di r.h. mengatakan: “Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya -padahal baginda adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya, dan paling elok akhlaknya- ‘Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu’, maka bagaimana orang lain yang selain beliau?” (Taisir Al-Karimirrahman, hal. 154) Kata asy-syura (الشُوْرَى) adalah ungkapan lain dari kata musyawarah (مُشَاوَرَةٌ) atau masyurah (مَشُوْرَةٌ) yang dalam bahasa kita juga dikenali dengan musyawarah, sehingga ahli syura...

LAPORAN JAULAH KAHERAH IKHWAH & AKHAWAT

Image
LAPORAN JAULAH KAHERAH IKHWAH & AKHAWAT Kaherah, 2 Oktober 2016 – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah Kaherah Akhawat yang melibatkan mahasiswi baru seramai 19 orang pada 24 Seprember 2016 dan Jaulah Kaherah Ikhwah yang melibatkan mahasiswa baru ikhwah seramai  32 orang pada 1 Oktober 2016.  Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dari perkarangan asrama rumah Pulau Pinang dan tiba di Giza pada jam 8.45 pagi. Di Giza ini terdapat tinggalan sejarah iaitu piramid yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Firaun mengarahkan rakyatnya membina piramid sebagai makamnya. Destinasi seterusnya ke Masjid Amru al-Asr. Masjid tersebut merupakan merupakan masjid yang kedua terbesar dan bersejarah selepas Masjid al-Azhar. Usai solat dan makan, peserta jaulah diberi penerangn berkaitan sejarah masjid ini.  Destinasi yang kedua ...

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Hari ni cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia iaitu bersempena dengan Hari Malaysia. Apa itu hari Malaysia??? Mari kita selusuri sejarah Hari Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat ...

Istilah Nakbah? Apakah itu Nakbah

Image
Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita. Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Ne...

WARNA WARNI BAZARIA MUTIARA '16 BKPPPM

Image
BAZARIA MUTIARA ’16 : “OUR ECONOMY, OUR UNITY” RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIE’ – 3, 4, 5 & 6 APRIL 2016 : Belum sempat menghilangkan lelah selepas bersama-sama menjayakan Hari Keluarga (WARRIOR 16), seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bersatu tenaga menyiapkan persiapan sempena BAZARIA MUTIARA ’16 yang bermula pada 3 April 2016 sehingga 6 April 2016 yang bertemakan “Our Economy, Our Unity” telah dikelolakan oleh saudara Mohamad A’fif Bin Mohd Azmi (Pengarah), saudari Malyanah Sakinah Binti Mohd Shukri (Timbalan Pengarah) dan semua ahli jawatan kuasa pelaksana yang turut bertungkus lumus menjayakan program ini.  Bazar yang berlangsung selama empat hari itu menampakkan kemeriahan sesuai dengan konsep “Hotel Servis” pada tahun ini dan tidak dilupakan kehadiran para pengunjung yang tidak putus-putus dari waktu bermulanya urusniaga sehingga ke malam. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang mewarnai BAZARIA MUTIARA ’16 pada kali ini. ...

JEJAK SINAI ‘16 -“Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”

Image
LAPORAN JEJAK SINAI ‘16 MAC 2016 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 17 hingga 19 Mac 2016. Jaulah ini diberi nama Jejak Sinai ’16 dengan bertemakan “Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu. Jejak Sinai ’16 telah disertai oleh 37 orang akhawat BKPPPM, 3 orang akhawat BKAN taakhi KPKM serta seorang daripada Mansurah dan diiringi 5 orang musyrif dan 1 pasangan mutazawwijin. Jejak Sinai ’16 bermula pada 2.00 pagi pada 17 Mac 2016. Doa menaiki kenderaan telah dibaca oleh Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Sekitar 4.30 pagi, rombongan singgah di Noktah Hasanah untuk menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat subuh, kami bergerak memasuki Semenanjung Sinai dengan memasuki Terowong Ahmad Hamdi bagi melintasi Terusan Suez. Terowong ini dibina bagi menyambung Mesir ya...

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Image
KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain. Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari sirah Rasulullah. Apabila menghayati sirah nabi, seseorang Islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan hidupnya. Di antara objektif utama kita menghayati sirah Rasulullah boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Memahami syakhsiah (keperibadian) Nabi Muhammmad SAW melalui riwayat hidupnya dan suasana yang dialami dalam hidupnya. Dengan menghayati syakhsiah dan kehidupan ini dapat menguatkan keyakinan kita bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja pintar di kalangan kaumnya bahkan telah di bantu oleh bantuan wahyu yang telah diturunk...

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

Image
Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang baik jika kadar penganggurannya rendah. Sebaliknya jika kadar pengangguran tinggi, bermakna berlakunya pembaziran sumber manusia. Masalah pengangguran terus merupakan satu daripada masalah ekonomi yang sangat penting dan harus ditangani dalam pasaran buruh. Sebab berlakunya pengangguran adalah pelbagai dan kompleks. Bagi sesetengah individu, pengangguran hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek yang mana ianya merupakan satu proses semulajadi bagi individu-individu yang bergerak di antara satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain atau pergerakan daripada alam persekolahan ke pasaran kerja. Bagi sesetengah individu yang lain pula beranggapan, pengangguran yang mengambil masa beberapa bulan mungkin disebabkan kesukaran mencari pekerjaan. Kenyataannya, kadar pengangguran merupakan petunjuk yang penting kepada prestasi kitaran ekonomi. Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.3 peratus kepa...

HUKUM DERMA ORGAN SETELAH MENINGGAL DUNIA

Image
Apakah Dibolehkan Bagi Orang Islam Bersetuju Untuk Menderma Organ Apabila Ia Meninggal Dunia Kelak? ISU: Apakah dibolehkan bagi orang Islam bersetuju untuk menderma organ apabila ia meninggal dunia kelak? Ini melibatkan mayat orang Islam yang perlu dibelah untuk mengambil organ tersebut. PENJELASAN: Menderma organ setelah meninggal dunia adalah dibenarkan di dalam Islam tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Keharusan menderma organ untuk dilakukan selepas kematian adalah berdasarkan kepada maslahat dan keperluan yang diraikan dalam Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa kemaslahatan orang yang hidup adalah lebih aula untuk dipelihara berbanding kemaslahatan orang yang telah mati berdasarkan kaedah: حرمة الحي آكد من حرمة الميت Maksudnya: “Kehormatan orang yang hidup lebih kuat daripada kehormatan orang yang telah mati”. (Al-Syirazi, Al-Muhazzab, 1/456). Di Malaysia, keharusan menderma dan pemindahan organ telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangs...

With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16)

Image
Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) menganjurkan hari keluarga bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang yang berada di Mesir bagi merapatkan lagi ukhuwah yang telah terbina.Tahun ini juga, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir tidak ketinggalan untuk menganjurkan aktiviti tahunan itu yang diberi nama With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16) dengan membawa tema “Kasih Disemai, Ukhuwah Dituai” . Program tersebut telah berlangsung selama 4 hari yang bermula pada 17 Februari 2016 dan menutup tirainya pada 21 Februari 2016 , pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang. Tanggal 17 Februari, WARRIOR ’16 membuka tirai dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria Bin Yusuf mengenai Ruqyah; Mengenali asas –asas perubatan islam.Seterusnya majlis diserikan lagi dengan perasmian WARRIOR 16  oleh Ustaz Jasry Raimy Bin Johari selaku Ketua Lembaga Penasihat BKPPPM sesi 15/16. Pengakhiran hari pertama...

KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA

Image
KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA.. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) DI MANA HAK MAHASISWA UNTUK BERSUARA?? Mahasiswa sebagai tunggak harapan negara mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian mahasiswa seharusnya mempunyai hak untuk bersuara dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan mahasiswa mahupun negara. Namun, mahasiswa negara pada masa ini dilihat sukar untuk menyuarakan pendapat mereka terutama sekali dalam hal politik. Mengapa hal ini terjadi??adakah mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam hal politik? Memang tidak dinafikan mahasiswa negara pada zaman sekarang telah lebih berani dalam menyuarakan pendapat mereka terutama sekali apabila wujudnya teknologi blog. Blog telah memainkan peranan dan memberikan impak yang begitu besar terhadap perjalanan politik negara pada masa kini. Mahasiswa lebih cenderung untuk meperolehi fakta dan maklumat berkaitan politik negara mela...

KESAN TPPA KEPADA MAHASISWA

Image
Assalamualaikum.. TPPA ini ialah kesinambungan dari FTA (Free Trade Agreement) ataupun versi baru FTA. Perjanjian yang diusahakan pada tahun 2005 ini gagal dimeterai kerana mendapat tentangan hebat dari pelbagai NGO seperti TERAS, CAP dan NGO-NGO lain. Mereka melihat FTA ini sebagai penjajahan ekonomi dan akan mengancam kedaulatan Malaysia. Oleh kerana masa yang suntuk dan perjanjian yang kompleks rundingan FTA gagal dimuktamadkan. Setelah sekian lama FTA menyepi akhirnya ia muncul semula dengan nama baru iaitu TPPA. Apa yang mahu disampaikan adalah kesan TPPA terhadap Mahasiswa. Kesannya ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara ‘online’ turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam man...