KESAN TPPA KEPADA MAHASISWA







Assalamualaikum..


TPPA ini ialah kesinambungan dari FTA (Free Trade Agreement) ataupun versi baru FTA. Perjanjian yang diusahakan pada tahun 2005 ini gagal dimeterai kerana mendapat tentangan hebat dari pelbagai NGO seperti TERAS, CAP dan NGO-NGO lain. Mereka melihat FTA ini sebagai penjajahan ekonomi dan akan mengancam kedaulatan Malaysia. Oleh kerana masa yang suntuk dan perjanjian yang kompleks rundingan FTA gagal dimuktamadkan. Setelah sekian lama FTA menyepi akhirnya ia muncul semula dengan nama baru iaitu TPPA.



Apa yang mahu disampaikan adalah kesan TPPA terhadap Mahasiswa. Kesannya ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara ‘online’ turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam mana-mana jurnal berkaitan. Sebagai contoh, jika satu-satu jurnal itu ditempah untuk digunakan sebanyak 10 kali sahaja, andai mahu diakses buat kali ke-11, ia sudah tidak dibenarkan dan pengguna harus subscribe lagi. Ini sudah tentu menambahkan beban di pihak pengguna dan terus menguntungkan pihak korporat.



Berdasarkan salah satu kesan negatif yang dikemukakan ini, jelas lagi terang bahawa perjanjian ini menambah beban terhadap mahasiswa memandangkan wang ringgit Malaysia yang kini sudah jatuh nilainya, dan kos sara hidup yang agak tinggi tidak dapat menampung pembelajaan mahasiswa itu sendiri, malah selain dari itu ia mendedahkan negara kepada risiko dan ancaman yang besar. Ia bukan sahaja menjejaskan ekonomi Negara, tetapi juga dapat bakal mengugat keselamatan Negara.


Disediakan oleh,
Unit Perumahan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL