Posts

Showing posts from August, 2012

Barisan AJKT & AJK HEWI BKPPPM sesi 2012/2013Ahli Jawatankuasa HEWI BKPPPM sesi 2012/2013

Image
Ahli Jawatankuasa Tadbir BKPPPM sesi 2012/2013 Ahli Jawatankuasa HEWI BKPPPM sesi 2012/2013

KETETAPAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA 2012 BKPPPM

Image
Lampiran 1 Lampiran 2

SURUHANJAYA PILIHANRAYA 2012 BKPPPM : MAKLUMAN PENCALONAN

Image
Makluman Pencalonan

Pelajar Baru Digalakkan Datang Awal Ke Mesir Untuk Imtihan Qabul Kedua

Image
KAHERAH -- Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru 2012 (USMB '12) sebagai sebuah jawatankuasa khas di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggalakkan kepada pelajar-pelajar baru yang akan menyambung pengajian ke Mesir untuk hadir pada waktu yang lebih awal bagi menyambung pengajian di Mesir. Sebagaimana yang telah dimaklumkan pada beberapa hari yang lalu, para pelajar yang gagal imtihan qabul (IQ) boleh memilih sama ada ingin mengambil Markaz Bahasa di Malaysia atau di Mesir. Bagi pelajar-pelajar yang memilih untuk mengambil Markaz Bahasa di Mesir, mereka diberikan peluang sekali lagi sama ada untuk mengambil imtihan qabul kali kedua di Mesir atau terus memasuki Markaz Bahasa mengikut tahap (mustawa) berdasarkan keputusan imtihan qabul kali pertama yang diduduki di Malaysia baru-baru ini. Bagi yang mengambil imtihan qabul kali kedua di Mesir, hasil keputusan tersebut akan digunakan bagi menentukan tahap (mustawa) pengajian untuk memasuki Markaz Bahasa Al-azhar.

Kempen : Gandakan Pahala Dengan Puasa Enam Syawal.

Image
Kempen Puasa Enam Syawal

Lelaki bersenjata yang tidak dikenali meletupkan paip gas Yaman

Image
Penyerang tidak dikenali meletupkan saluran paip yang mengepam gas cecair ke terminal eksport selatan Yemen Balhaf, menyebabkan opreasi terhenti, seorang pegawai keselamatan berkata pada Selasa. "Lelaki bersenjata tersebut meletupkan saluran paip gas di Stesen 5, di kampung Zahira, di wilayah Shabwa, "kata ketua keselamatan wilayah brigadier agung Ahmed Omeir. Beliau berkata serangan berlaku sekitar 1:00 pagi Selasa (2200 GMT Isnin). Perancis mempunyai saham dalam Loji Balhaf sebanyak hampir 40 peratus. Minyak Yaman dan saluran paip gas telah berkali-kali disabotaj sejak protes anti-kerajaan mewujudkan vakum kuasa pada tahun 2011 bahawa kumpulan bersenjata telah dieksploitasi, menyebabkan kekurangan bahan api dan menurunkan pendapatan eksport bagi negara miskin. 320 kilometer (200 batu) saluran paip menghubungkan wilayah Marib untuk Balhaf, di selatan Yaman kebanyakannya tidak mempunyai kawalan ketat telah berkali-kali disabotaj. Pada 13 Mei, disyaki militan al

Mesir Akan Buka Semula Sempadan Rafah Eid ul-Fitri Ini

Image
Pemerintah Mesir berjanji untuk membuka semula lintasan Rafah untuk cuti Eid ul-Fitr yang akan dilakukan pada hujung minggu ini, sebuah pejabat Gaza berkata pada hari Isnin (13/8). Mahir Abu Sabha, Pengarah Penyeberangan Kerajaan Hamas, memberitahu agensi Berita Ma'an bahawa lintasan Rafah akan dibuka dalam dua arah sebelum percutian Eid ul-Fitr yang menandakan berakhirnya Ramadan. Mesir bahkan akan membuka sempadan pada Selasa ini (14/8), Abu Sabha menambah. Sekitar 3700 warga Gaza kembali ke Semenanjung Gaza pada hari Jumaat minggu lalu setelah terkandas di Mesir ketika sempadan Rafah ditutup, Pejabat Gaza melaporkan. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Gaza, Fathi Hammad, Isnin lalu mendesak Presiden Mesir Mursi untuk mengambil keputusan segera untuk membuka semula sempadan Rafah. Selepas serangan pemuda bersenjata yang mengakibatkan 16 penjaga sempadan Mesir terbunuh pada Ahad lepas, Mesir mengambil langkah dengan menutup sempadannya di Semenanjung Gaza dan terowong

September ini ! Mesyuarat Agung Tahunan ke-35 [ MAT Ke-35 ]

Image
Debaran kian dirasai. Mesyuarat Agung Tahunan ke-35 [ MAT Ke-35 ] Bakal menemui anda semua. Nantikan kemuncaknya.

RIBAT PMRAM Sempena IHTIRAM Disambut Meriah

Image
Dataran Hayyu Asyir (H10)  KAHERAH, 11 Ogos 2012 - Kedatangan Ramadan menjanjikan sajian pentarbiahan kepada uamt Islam membentuk jiwa dan hati kehambaan menilai erti kesyukuran di atas segala nikmat yang diberikan. Untuk menghargai keindahan Ramadan kali ini , Lajnah & Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2012 telah menyusun beberapa pengisian khusus di dalam program Ihya' Tarbawi Ramadan PMRAM ( IHTIRAM'12 ). RIBAT PMRAM menjadi pembuka tirai IHTIRAM'12 kali ini. Program bermula dengan Sahur Jamaie kemudiannya disusuli dengan solat subuh berjemaah dan penutup tirainya diisi dengan tazkirah oleh Saudara Mohd Azlan Haji Alias selaku Penasihat PMRAM 2012. "Usah gentar untuk bersama-sama dengan PMRAM kerana dasar yang dibawa adalah al-Quran dan Sunnah, maka atas dasar inilah PMRAM perlu dipertahankan oleh seluruh mahasiswa mahasiswi Islam di Perlembahan Nil ini" antara petikan pesanan yang diberikan di dalam tazkirahnya. Penyampaian yang cuk

Implikasi Buruk Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

Image
Telefon bimbit atau telefon mudah alih merupakan alat komunikasi utama untuk masyarakat berinteraksi serta berkomunikasi sama ada dalam mahupun luar negara. Perkembangan dunia teknologi maklumat saban tahun telah menginterpretasi kehidupan individu ke arah lebih tersusun dan sistematik. Dengan kecanggihan teknologi ini, ianya telah mengubah lanskap dan pola norma kehidupan individu ketika berhadapan dengan seribu satu kecanggihan. Baru-baru ini kita dihebahkan dengan satu cadangan yang hangat diperbincangkan dalam draf Peraturan Pendidikan Disiplin Murid 2012 mengenai kesediaan pihak kerajaan membenarkan pelajar sekolah membawa telefon dan gajet untuk sesi 2013 atas faktor keselamatan. Isu ini dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,Dr.Wee Kah Siong yang kini sudah berada pada peringkat akhir sebelum dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk diluluskan. Kita tidak melihat atas faktor keselamatan menjadi kewajaran pihak kerajaan membenarkan membawa telefon bimbit. Ke

Makluman Nilai Bayaran Zakat Fitrah 1433 H.

Image
Zakat Fitrah 1433 H

USUL PMRAM : Mengembalikan Hak PMRAM di ARMA.

Image

Pemangkuan Biro Dakwah BKPPPM

Image
Mu'az Petang tadi telah pulang ke Malaysia seorang lagi exco BKPPPM..Beliau adalah Muhammad Mu'az bin Abdul Rahim [ Persona Taqwa ], Biro Dakwah BKPPPM. Semoga selamat sampai ke Malaysia, selamat menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan selamat bercuti. Jawatan Biro Dakwah akan dipangku oleh Azwan Azman , TYDP BKPPPM. Azwan

Seorang wartawan Jepun memeluk Islam di Syria semasa membuat liputan.

Image
Seorang wartawan Jepun masuk Islam di Syria, di hadapan para pejuang Syria. Dalam sebuah video yang dimuat naikkan di dalam Youtube, menunjukkan seorang lelaki bermata sepet, seorang wartawan Jepun melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan mujahidin dari Batalion Mamduh Julha yang bergerak aktif di gunung Al-Turkman di sempadan Syiria-Turki. Menurut laporan, beliau memeluk Islam setelah tersentuh melihat sikap baik para mujahidin ketika beliau sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut. Dia mengucapkan syahadah dengan dibimbingi oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin mengucapkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah gembira. Kini beliau bernama Musthofa, hamba Allah yang mencari hidayah di bumi para syuhada, Syiria. Pada saat itu, bertepatan pada waktu solat Asar, maka Musthofa langsung diajak untuk solat. Dia diajar berwudhu oleh salah seorang mujahid. Dia nampak sangat serius ketika mengikuti tahap-tahap wudhu yang

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Image
Musuh-musuh Islam yang terdiri daripada Orientalis dan Athies telah mencuba untuk menimbulkan pelbagai persoalan terhadap sistem-sistem Islam dengan pelbagai tuduhan yang tidak benar untuk memberi keraguan terhadap kebaikan-kebaikan yang ada dalam sistem Islam itu sendiri. Kita dapati segelintir daripada orang Islam menerima pandangan-pandangan mereka dan meyakini dengan fahaman serta pemikiran mereka. Di antara tuduhan yang cuba ditimbulkan persoalan dan dilancarkan serangan ke atas sistem Islam ialah Islam membenarkan umatnya berpoligami dan perkahwinan Rasullullah SAW dengan sembilan orang wanita. Musuh-musuh Islam telah mengambil perkara ini sebagai satu hujah untuk membuat tuduhan ke atas sistem Islam serta Rasullullah S.A.W itu sendiri. Bahkan, mereka juga menuduh bahawa Islam menggadaikan kemuliaan, penghormatan dan martabat wanita dalam kehidupan. Sekilas pandang mengenai poligami. Islam bukanlah agama yang pertama dalam mensyariatkan poligami tet