Posts

Showing posts from February, 2013

HUKUM MERAIKAN VALENTINE'S DAY, ADA APA DENGANNYA???

Image
PADA mulanya, ia dikenali sebagai Saint Valentine`s Day, namun akhirnya disingkatkan kepada Valentine`s Daysahaja. Di Sweden, ia dinamakan: Alla hjärtans dag ("Hari Semua Jantung (Hati)"), di Findland pula dinamakan:Ystävänpäivä (Hari Persahabatan), begitu juga ditempat-tempat lain yang diberikan nama berbeza, namun maksudnya sama: Menghargai kekasih. Di Malaysia, umum mengenalinya sebagai “Hari Kekasih”. Dan diraikan oleh kebanyakan peringkat masyarakat, dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa. Valentine`s Day merupakan satu peringatan tahunan yang diadakan pada 14 Februari setiap tahun, bagi meraikan cinta. Hari ini mula dikenali setelah kematian beberapa pahlawan kristien yang bernama Saint Valentine, dan mula ditetapkan oleh Pope Gelasius pada tahun 496. Kemudian ia dibatalkan dari Kalender Umum Roman bagi Saint( [1] ) pada tahun 1969 oleh Pope Paul VI. Secara tradisinya, ia adalah hari pasangan kekasih meluahkan cintanya antara satu sama lain dengan cara menghadi

MUTIARA THAQAFI : Kenali Al-Farabi

Image
Ahli Falsafah Dan Ilmuwan Islam Terkemuka pada zamannya.Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan bin Uzlaq Al-Farabi . Dilahirkan di Farab, tahun 257 H / 870 M dan wafat di Haleb (Aleppo) pada tahun 339 H / 950 M.  Terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi, berpengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah.  -Istimewanya AL-FARABI, Terdidik dengan sifat qanaah menjadikannya seorang yang amat zuhud.  Beliau terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya.  Antara hasil karyanya ialah ilmu logika, fisika, ilmu jiwa, metafisika, kimia, ilmu politik, musik, dan lain-lain.Tapi kebanyakan karya–karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab telah hilang dari peredaran dan hanya sekitar 30 buah karya yang masih tersisa. Diantaranya:  Ø Agrad al Kitab ma Ba’da Tabi’ah (Intisari Buku Metafisika)  Ø Al–Jam’u Baina Ra’yai al–Hakimaini (Mempertemukan dua pendapat Filusuf :Plato dan Aristotele

SAMBUTAN 35 TAHUN BKPPPM MERIAH

Image
KAHERAH, 2 Februari 2013: 31 Januari 2013 baru-baru ini, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2012/2013 telah menyambut Hari Ulangtahun Penubuhan BKPPPM kali ke-35. Satu majlis yang penuh kemeriahan telah diadakan bersempena hari ulangtahun tersebut.  Majlis telah bermula seawal subuh lagi  dengan qiamulail, munajat perdana dan bacaan ma`thurat kubra serta semua ahli digalakkan berpuasa sunat Khamis pada hari tersebut. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil serta dialunkan Qasidah oleh kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak Pulau Pinang sendiri dan berakhir dengan iftor jamaie. Bacaan Yasin pada petang tersebut telah memohon kepada Allah S.W.T agar kesatuan BKPPPM terus kekal dan dapat memberi kebajikan kepada seluruh anak Pulau Pinang yang menuntut di Bumi Mesir ini.  Kalam perasmian bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Penubuhan BKPPPM kali ke-35 telah disempurnakan oleh Saudara Muhammad bin Mohamad Zain, Badan

TINTA BIAH SOLEHAH : TAUTAN UKHUWAH

Image
Mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhuwah merupakan suatu perbuatan yang AMAT MULIA. Allah SWT menyatakan persaudaraan sebagai sifat kaum mukminin dalam kehidupan di dunia dan di akhirat seperti dalam firman-Nya إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوْا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ Mafhumnya: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka perbaikilah hubungan antara kedua saudaramu itu, dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”    (al-Hujarat: 10). HAK-HAK DAN KEWAJIPAN DALAM UKHUWAH: ü Menyapa dan memberi salam ketika bertemu. ü Menghadiri undangannya. ü Jika diminta memberi nasihat, maka nasihatilah. ü Mendoakan ketika bersin. ü Menziarahi ketika sakit. ü Mengiringi jenazahnya. ü Menjaga rahsia dan menutup aib. ü Mendamaikan/menolong sesama muslim. Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,bukan terletak pada manisnya ucapan dibibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saud