Posts

Showing posts from March, 2017

PENYAKIT HATI DI AKHIR ZAMAN

Image
   Hari kiamat merupakan rukun iman kelima  yang mana pasti akan terjadi dan wajib dipercayai oleh  kita sebagai umat islam. Akan tetapi, tidak ada satu makhluk pun yang mengetahui bila peristiwa ini berlaku.    Namun, Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada kita tentang tanda-tanda kedatangannya melalui utusanNya. Salah satu daripadanya mengenai dua penyakit akhir zaman yang mana menimpa umat Islam pada masa kini. Penyakit ini lebih berbahaya dari penyakit lain kerana penyakit ini akan membawa penderitaan kepada kita di dunia mahupun akhirat.    Dalam sebuah hadis, dari Tsauban r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bahawa “Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”    Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu sepert

BAZARIA MUTIARA BKPPPM 2017 WADAH LESTARI EKONOMI ISLAM

Image
BAZARIA MUTIARA WADAH LESTARI EKONOMI ISLAM LAPORAN BAZARIA MUTIARA 2017 BKPPPM nama tersergam indah, Riuh rendah Bazaria Mutiara, Program berlangsung dengan meriah, Ucapan terima kasih tidak terkira. BAZARIA MUTIARA’17 : “EKONOMI TERJANA, UKHUWAH TERBINA” RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 18,19,20 & 21 MAC 2017 : BKPPPM saban tahun dalam merealisasikan kesyumulan agama Islam dan menteladani sunnah teladan Baginda Rasulullah s.a.w sekali lagi telah menganjurkan program Bazaria Mutiara 2017. Program yang mempunyai seribu satu objektif antaranya menjana serta memperkasakan ekonomi BKPPPM, meningkatkan kemahiran berniaga dalam kalangan ahli serta merapatkan ukhuwah sesama mahasiwa mahasiswi di seluruh Perlembahan Nil dapat dijayakan dengan gilang gemilangnya. Bazaria Mutiara 2017 yang bertemakan ‘Ekonomi Terjana,Ukhuwah Terbina” telah diterajui oleh saudara Muhamad Taufiq bin Md Ali selaku pengarah program dan saudari NurHidayah binti Yusoff (Timbalan Pengar

KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Image
KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI 22 Mac 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan pelajar Malaysia di Mesir yang menyediakan platform dalam membincangkan perihal permasalahan-permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Antaranya adalah berkenaan pendidikan, kebajikan, dan keselamatan. Pada Ahad 19 Mac 2017 yang lalu, telah diadakan pertemuan berkala barisan Yang di-Pertua BKAN yang bertempat di perpustakaan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Ustaz Abdul Wafi Bin Alias. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkenaan kesatuan mahasiswa di Mesir. Oleh itu, seluruh Yang di-Pertua BKAN sebulat suara bersepakat untuk menganjurkan sebuah perhimpunan mega mahasiswa Malaysia di Mesir dengan nama Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Kongres ini dianjurkan bagi mendapatkan suara ahli berkaitan permasalahan yang berlaku di peringkat BKAN

AMALAN DUNIAWI VS AMALAN UKHRAWI

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته          الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى آله واصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد...            Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya kerana masih memberikan keizinan untuk merasai nikmat yang paling terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat iman dan nikmat menjadi seorang muslim yang berada di jalanNya yang benar.            Posting kali ini kita membicarakan tentang amalan duniawi dan amalan ukhrawi, sebelum itu mari kita meneliti apa yang dimaksudkan dengan amalan duniawi dan amalan ukhrawi?           Amalan duniawi merupakan amalan atau pekerjaan yang dilakukan hanya semata-mata kerana keduniaan dan untuk kepentingan diri sendiri,manakala amalan ukhrawi pula ialah amalan atau pekerjaan yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah S.W.T dalam mengejar redhaNya serta mengharapkan balasan yang baik di akhirat kelak. Kedua-dua amalan

PENJELASAN TENTANG VALET DOA

Image
Definisi Valet Parkir valet adalah khidmat untuk meletakkan kenderaan oleh petugas valet. Pemandu tidak mencari tempat parkir yang kerana ia dilakukan oleh petugas valet parkir. Pemandu kendaraan hanya perlu turun dari mobil di depan lobi sesebuah hotel, pusat beli belah atau sebagainya, dan menyerahkan kenderaan kepada petugas valet. Definisi Doa Kami tertarik dengan definisi doa yang dikemukakan oleh Imam al-Khattabi. Antara lain beliau mendefinisikan dengan: “Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doa itu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.” (Lihay  Sya’n al-Dua’ , hal. 4) Beberapa Isu Yang Timbul Dalam Perniagaan Valet Doa Sebelum menyatakan pandangan kami berhubung isu ini, kami sempat meneliti  copywriting  yang diletakkan di  Facebook Valet_Doa . Kami dapat mengesan b

Peristiwa di bulan Jamadil Akhir

Image
Jamadil Akhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني) Jamadil Akhir atau Jumadilakhir adalah bulan ke-6 di dalam kalendar Islam (Takwim Hijrah). Jamadil Akhir adalah musim sejuk yang kedua, di mana bulan ini menandakan pengakhir musim dingin yang telah bermula sejak bulan Jamadilawal dan bakal berakhir pada bulan ini juga (Jamadilakhir). Bulan kedua musim sejuk ini merupakan musim kering dan beku yang lebih dingin daripada bulan sebelumnya. Pengertian Jamadil Akhir (Jamada al-Akhir) membawa pengertian pengakhiran musim sejuk dan dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Akhir’ bererti pengakhiran atau penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami akhir musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau kebekuan bekalan air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras) dan beku. Pada penghujung musim ini, air yang pada mulanya membe

DALANG DISEBALIK KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIAH

Image
1.0 PENGENALAN Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah. Khilafah Islamiyyah merupakan kekuatan umat Islam yang amat menggerunkan pihak Barat. Khalifah sebagai pemimpin umat Islam serta pengganti Rasulullah bagi mentadbir dan memerintah negara Islam, merupakan ketua bagi umat Islam secara keseluruhannya. Namun begitu, kerajaan Islam, setelah beberapa abad ia mempunyai kuasa, sehingga dua pertiga dunia berada di dalam genggamannya, secara rasminya dibubarkan pada 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H oleh seorang pengkhianat, Mustafa Kemal Atartuk. Kerajaan Islam terakhir yang mampu bertahan sehingga jatuhnya Khilafah Islamiyyah ini adalah Kerajaan Uthmaniyyah. 2. MUSTAFA KEMAL ATARTUK Mustafa Kema