Posts

Showing posts from October, 2012

USMB : JAULAH KE PORT SAID

Image
Peserta jaulah bergambar PORT SAID, 11 Oktober 2012 - Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) dengan kerjasama Unit Sambutan & Rehlah (USR) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (BKPPPM) sesi 2012/2013 telah mengadakan jaulah ke Port Said dan kawasan sekitarnya. Jaulah tersebut telah disertai oleh mahasiswa baru seramai 28 orang berserta musyrif. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam,  telah sampai ke destinasi pada pukul 11.30 pagi. Antara kawasan menarik yang dilawati ialah Suq Qadim, Suq Jadid dan Tanah Asia di Mesir atau yang lebih dikenali dengan Port Fuad yang perlu melintasi Terusan Suez. Tujuan lain jaulah ke Port Said tersebut ialah untuk membeli pakaian bagi menghadapi musim sejuk yang bakal mengigilkan setiap tubuh penduduk Negara Mesir ini. Mudah-mudahan mahasiswa baru dapat menjalani musim sejuk dengan sebaiknya dan lebih terus bersemangat dalam pelajaran.

PELANCARAN MUZAKARAH BERKELOMPOK & BICARA MAHASISWA

Image
PELANCARAN MUZAKARAH BERKELOMPOK & BICARA MAHASISWA  " STUDENT LIFE " JUMAAT 12 OKT 2012 7.30 MALAM DEWAN SOLEH MASRI, RUMAH PULAU PINANG SEMUA AHLI PULAU PINANG DIJEMPUT HADIR.

DAURAH KITAB : MATAN ABI SYUJAQ

Image
DAURAH KITAB MATAN ABI SYUJAQ bersama USTAZ MOHD FAISAL BIN ZAKARIA Pada 14,15 dan 16 Oktober 2012 Jam 7.15 - 9.15 malam Tempat Rumah Pulau Pinang, Haiyyu 7 untuk tempahan kitab boleh hubungi :- Muhd. Irfan Syahid B. Zulkifli 011-45227732 Nurul Nabila Bt. Roslan 011-45227748 SEMUA DIJEMPUT HADIR....

JAULAH MAQAM : MENELUSURI KEHIDUPAN ULAMA

Image
KAHERAH, Oktober 2012 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat mahasiswa dan mahasiswi baru. Jaulah tersebut telah diadakan pada 30 September 2012 bagi mahasiswa yang telah disertai oleh 25 orang peserta, manakala jaulah untuk mahasiswi pula telah diadakan pada 1 Oktober 2012 dan telah disertai oleh 12 orang peserta dan diiringi oleh 2 orang musyrif. Tujuan jaulah ini diadakan adalah untuk memperkenalkan maqam para ulama’ dan para auliya’ yang terdapat di sekitar Kaherah dan mengenali tokoh-tokoh termasyhur di Mesir kepada mahasiwa/wi baru. Di samping itu, jaulah ini juga bertujuan untuk mengeratkan ikatan ukhwah Islamiyyah dalam kalangan mahasiswa/wi yang baru menjejakkan kaki di Perlembahan Nil ini. Hampir 30 maqam diziarahi di hampir 15 kawasan. Antaranya adalah maqam Imam As-Syafie, Imam Hasan Al-

HTS : PENDEDAHAN AWAL TENTANG MESIR DAN AL-AZHAR

Image
KAHERAH, 2 & 3 Oktober 2012- Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah anjuran Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah berjaya melaksanakan Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS) 2012, satu program khusus buat mahasiswa dan mahasiswi baru. Antara beberapa objektif yang digariskan untuk dicapai dalam program ini adalah memberi pendedahan awal kepada para peserta akan situasi sebenar kehidupan mereka selaku penuntut ilmu di bumi Mesir. Selain itu,program ini juga bertujuan memperkenalkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai persatuan induk yang menguruskan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. HTS 2012 telah membuka tirai dengan dirasmikan oleh Naib Presiden II PMRAM iaitu Saudara Ahmad Wafiy bin Noor Azri. Antara pengisian menarik yang menjadi tarikan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru adalah Slot al-Azhar & Mesir dan senat fakulti yang menampilkan senior berpengalaman daripada BKPPPM sendiri. Antara yang lain adalah penerangan meng