HTS : PENDEDAHAN AWAL TENTANG MESIR DAN AL-AZHAR


KAHERAH, 2 & 3 Oktober 2012- Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah anjuran Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah berjaya melaksanakan Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS) 2012, satu program khusus buat mahasiswa dan mahasiswi baru. Antara beberapa objektif yang digariskan untuk dicapai dalam program ini adalah memberi pendedahan awal kepada para peserta akan situasi sebenar kehidupan mereka selaku penuntut ilmu di bumi Mesir. Selain itu,program ini juga bertujuan memperkenalkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai persatuan induk yang menguruskan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.









HTS 2012 telah membuka tirai dengan dirasmikan oleh Naib Presiden II PMRAM iaitu Saudara Ahmad Wafiy bin Noor Azri. Antara pengisian menarik yang menjadi tarikan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru adalah Slot al-Azhar & Mesir dan senat fakulti yang menampilkan senior berpengalaman daripada BKPPPM sendiri. Antara yang lain adalah penerangan mengenai Unit Biah Solehah,Unit Bait Muslim dan HISBAH, pengenalan bersama PMRAM dan PESAT, slot khusus bersama AJKT & AJK HEWI BKPPPM sesi 2012/13 dan banyak lagi.

“ Diharapkan HTS 2012 dapat menatijahkan impak positif kepada semua peserta dalam meneruskan kelangsungan generasi yang akan memikul tanggungjawab selaku penuntut ilmu di Ardul Kinanah ini pada masa akan datang, ” ujar Saudara Mohamad Sarkawi bin Mohmad Salleh selaku pengarah program HTS 2012.

Kemuncak Hari Taklimat & Silaturrahim 2012 diserikan dengan persembahan menarik yang disampaikan oleh para peserta sendiri seperti persembahan nasyid, pentomen dan sajak berdrama. Komitmen dan kesungguhan yang ditonjolkan jelas membuktikan keterhadapan mereka selaku mahasiwa yang akan menerajui PMRAM dan BKPPPM pada masa akan datang. Tahniah!

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL