Posts

Showing posts from June, 2016

Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (KUSARA) 2016

Image
Kepala Batas : Seramai 65 orang mahasiswa yang akan ke Mesir, Jordan dan Maghribi telah menyertai Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (KUSARA) 2016. Kursus yang dianjurkan bersama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah diadakan selama 3 hari bermula 21 Jun hingga 23 Jun 2016 bertempat di Hotel Sri Malaysia itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP)  Dato' Haji  Sazali Bin Hussien. Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Antara slot yang diberikan dalam kurus tersebut adalah sembang santai " orang arab ", Pengenalan Al-Azhar, Sistem Pembelajaran, Siapakah Al-Azhari, Kenali BKPPPM dan Bengkel Persediaan Imtihan Qabul. Semoga peserta-peserta yang telah menyertai kurus dapat mengambil manfaat dan me

Hikmah Disunatkan Segera Berbuka Puasa?

Image
Sebab apa Allah s.w.t memerintahkan supaya disegerakan berbuka puasa?.Sengaja melambat-lambatkan berbuka itu, dikatakan boleh mengurangkan pahala puasa. Jika ikut pada hukum akal kita yang bodoh ini, apa salahnya jika kita berbuka puasa pada jam 10.00 malam, 12.00 malam atau jam 2.00 pagi?. Tidakkah itu menunjukkan lebih islamik?. Lagi lambat kita berbuka puasa, sepatutnya lagi bertambahlah pahala yang kita dapat!. Sebaliknya lagi lambat kita berbuka, malahan pahala puasa kita lagi berkurangan. Di tangan para cendiakawan, tulisan adalah ungkapan hati yang tidak boleh disampaikan melalui kata-kata. Kerana itulah makanya, tulisan para cendiakawan itu, menjadi unik lagi mengagumkan, tetapi kadang-kadang ianya sulit untuk difahami. Itulah makanya karya serta tulisan mereka mengundang kekaguman ramai!. Sunnah menggalakkan supaya cepat berbuka, adalah bagi menggambarkan dan menuntut kita supaya menikmati kurniaan nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t yang ringan, yang berupa makan

QANUN DARIPADA WAHYU UNTUK JENAYAH - Hudud , Qisas , Diat & Takzir

Image
“Di bawah undang-undang jenayah (atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) terbahagi ia kepada 4 bahagian: HUDUD, QISAS, DIAT dan TAKZIR. Dan perlu difahami bahawa hukum Islam ini adalah bertujuan untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat dan kerosakan bukan tujuan untuk menghukum secara semberono atau zalim. APA ITU HUDUD? Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah. Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk undang-undang; antaranya ialah undang-undang jenayah, undang-undang munakahat, undang-undang ekonomi, undang-undang perlembagaan Islam  dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain. Di bawah undang-undang jenayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Ia itulah hudud, qisas, diat dan takzir. A) Makna HUDUD: bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.Contohnya; kalau seseor