Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (KUSARA) 2016







Kepala Batas : Seramai 65 orang mahasiswa yang akan ke Mesir, Jordan dan Maghribi telah menyertai Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (KUSARA) 2016. Kursus yang dianjurkan bersama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah diadakan selama 3 hari bermula 21 Jun hingga 23 Jun 2016 bertempat di Hotel Sri Malaysia itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP)  Dato' Haji  Sazali Bin Hussien.

Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Antara slot yang diberikan dalam kurus tersebut adalah sembang santai " orang arab ", Pengenalan Al-Azhar, Sistem Pembelajaran, Siapakah Al-Azhari, Kenali BKPPPM dan Bengkel Persediaan Imtihan Qabul.

Semoga peserta-peserta yang telah menyertai kurus dapat mengambil manfaat dan mempersiapkan persediaan yang rapi sebelum ke timur tengah


















Disediakan oleh,
 Unit Penerbitan & Penerangan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 15'16

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963