Posts

Showing posts from August, 2011

PERUTUSAN HARI RAYA DARIPADA YDP BKPPPM

Image
Bismillah wal hamdulillah, segala puji dan puja hanya layak bagi Allah swt, selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda serta seluruh pejuang Islam. Firman allah swt : “ Dan supaya kamu sempurnakan bilangan puasa Ramadhan dan supaya kamu membesarkan allah kerana mendapat petunjuk-NYA, dan supaya kamu bersyukur”. (surah Al-Baqarah: ayat 185) Sahabat-sahabatku, Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita pada kali ini, membawa ribuan nikmat dan peluang, entah sempat atau tidak untuk menemui Ramadhan yang akan datang. Hakikatnya, yang berlalu sudah pasti menjadi kenangan dan sejarah buat kita. Namun, pemergian Ramadhan bukan sebagai garisan penamat bagi kita selaku muslim untuk culas dan malas beribadah. Nabi SAW ada menyebut “ Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani, janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan ”. Islam mengajar kita supaya ibadah yang kita laksanakan bukan hanya terhenti bila bermu

Solat Hari Raya E'dul Fitri 1432H

Image
Dengan ini Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ingin mengumumkan pada tahun ini PMRAM akan menganjurkan Solat Hari Raya E'dul Fitri 1432 H bertempat di Masjid Musa, Hayyu Sabi'e pada 1 Syawal 1432H . Dijemput kepada semua mahasiswa / mahasiswi untuk sama-sama hadir beramai-ramai .

Penuhi Pra-Syarat Kemenangan Islam - Presiden PMRAM

Image
KAHERAH , 29 Ogos - Presiden PMRAM , Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menegaskan bahawa mahasiswa / wi Islam Mesir mesti memenuhi pra-syarat kemenangan Islam dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Beliau menegaskan perkara tersebut dalam ucapan perasmian penutupan program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh BKKIMM di Wisma Melaka malam tadi . Antara pra-syarat yang ditegaskan oleh beliau ialah mahasiswa / wi Islam mesti sentiasa bersemangat dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Selain itu , doa merupakan senjata utama bagi orang mukmin ketika berhadapan dalam sesuatu situasi . Beliau menceritakan sirah rasulullah SAW ketika peperangan Badar Al-Kubra yang menyaksikan peperangan penentu antara hak dan batil . Bahkan , mahasiswa / wi Islam mesti memahami apa hakikat perjuangan yang dibawa oleh mahasiswa / wi supaya tidak lemah dan putus asa apabila berhadapan

Konvokesyen :PMRAM Akan Umumkan September Ini

Image
KAHERAH , 29 Ogos - Konvokesyen yang dijalankan saban tahun oleh PMRAM sebagai program mega tahunan akan dipertimbangkan semula untuk diadakan pada tahun ini setelah dua tahun PMRAM tidak mengadakannya . Keputusan untuk melaksanakan konvokesyen di peringkat PMRAM akan diumumkan pada September ini . Pada tahun ini , pihak PMRAM sudah bersedia untuk melaksanakan konvokesyen sebagaimana yang telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden PMRAM , Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman pada minggu lepas setelah melihat beberapa sudut antaranya dari segi kemampuan di peringkat PMRAM itu sendiri . Hasil kajian di peringkat Lajnah Perancang PMRAM yang telah dijalankan selepas kenaikan sesi 2011 yang lalu di bawah Timbalan Presiden menunjukkan bahawa hampir 91% ahli PMRAM inginkan PMRAM laksanakan konvokesyen pada tahun ini . Begitu juga hasil daripada kajian ya

BKPPPM Turut Bersama Dengan PMRAM & PERUBATAN

Image
KAHERAH , 27 Ogos - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) memandang serius isu kegagalan seorang mahasiswa perubatan Tanta , Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan menduduki peperiksaan akhir tahun baru-baru ini . Yang Di-Pertua BKPPPM , Saudara Hilmi telah menalifon kepada mangsa , yang juga merupakan anak negeri kelahiran Pulau Pinang bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar mengenai isu yang berlaku . Perbualan antara YDP BKPPPM dengan mangsa merupakan langkah awal setelah mendapat makluman daripada pihak PMRAM berhubung isu tersebut yang membabitkan anak-anak negeri Pulau Pinang . Ternyata , pihak BKPPPM merasa kesal mengenai isu yang berlaku kerana ia berpunca daripada sikap sambil lewa seorang pegawai EM, En Khairi Jalalludin yang lewat turun ke Tanta bagi menyelesaikan kes ini

Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar Syarat Kemasukan .

Image
KAHERAH , 27 Ogos - Peperiksaan kelayakan ( Imtihan Qobul ) masih lagi menjadi syarat bagi pelajar - pelajar yang akan memasuki Universiti Al-Azhar . Imtihan qobul tersebut yang bermula sejak tahun 2009 masih lagi akan diadakan di Universiti Al-Azhar , Mesir . Pihak PMRAM melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM , telah pun mengedarkan contoh soalan imtihan qobul kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut . " Kita akan memberikan maklumat terbaru dari semasa ke semasa mengenai perkembangan isu pendidikan di bumi Mesir " ujar Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.

FEISTA`11: Antara Pengisian Yang Menarik.

Image
FEISTA`11: Antara Pengisian Yang Menarik. Jangan lepaskan peluang...

KOLOKIUM ILMUAN SIRI 3&4

Image
KOLOKIUM ILMUAN SIRI 3&4..Nantikannya....

FEISTA`11:Antara Yang Menarik

Image

Fiesta`11: Sambutan Hari Raya BKPPPM

Image

ISU GAGAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN : BKPPPM MOHON PENYELESAIAN SEGERA

Image
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir simpati terhadap isu yang menimpa Muhammad Alif bin Sofian Gan seorang pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan mengharapkan agar masalah kemasukan ke dalam peperiksaan di Universiti Tanta pada kali ini selesai. Situasi semasa saudara Alif adalah berada dalam keadaan yang merunsingkan memandangkan mempunyai kemungkinan mengulang tahun gara-gara masalah fail pelajar yang tidak selesai sejak sekian lama. Menurut perbualan telefon BKPPPM bersama saudara Alif, usaha untuk menyelesaikan perkara tersebut berlaku sejak bulan Mei yang lalu, namun gagal menemui jalan penyelesaian hingga ke hari ini. BKPPPM memandang serius isu ini kerana ia adalah hak kebajikan saudara Alif, juga merupakan isu mahasiswa. Isu ini adalah isu kita bersama. BKPPPM mengucapkan terima kasih kepada pihak PMRAM dan PERUBATAN kerana sanggup bersama-sama untuk membantu dalam menyelesaikan isu ini. BKPPPM sedia menhulurkan bantuan dan menghara

KONVOKESYEN PMRAM : BKPPPM MENYOKONG SEPENUHNYA

Image
Berikutan pengumuman rasmi baru-baru ini oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) yang bersedia untuk menganjurkan konvokesyen PMRAM pada tahun ini, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) dengan ini menyokong sepenuhnya dan bersedia menghulurkan bantuan bagi menjayakan agenda tersebut. PMRAM yang merupakan persatuan induk bagi semua BKAN dan DPM di bumi Mesir ini pernah mengadakan konvokesyen sebelum ini bagi meraikan kejayaan seluruh anak-anak malaysia di sini dan meraikan khusus bagi mahasiswa/wi yang telah menamatkan pengajian sama ada dari pengajian Islam mahupun perubatan. Sokongan dan dokongan ini adalah berikutan daripada reaksi ahli BKPPPM khususnya serta culaan tidak rasmi ahli PMRAM amnya yang dilihat meminta pihak PMRAM untuk mengadakan Konvokesyen setelah 2 tahun tidak diadakan sejak tahun 2009 yang lalu. BKPPPM mengharapkan keputusan yang terbaik demi menjaga kebajikan seluruh ahli bagi sama-sama meraikan kejayaan pelajar-pelajar Ma

Konvokesyen : PMRAM Bersedia, Bergantung Kepada Ahli

Image
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) hari ini mengumumkan bahawa pihak PMRAM bersedia untuk menganjurkan Konvokesyen PMRAM pada tahun ini . Ia berikutan reaksi ahli yang dilihat meminta pihak PMRAM untuk mengadakan Konvokesyen setelah 2 tahun tidak diadakan sejak tahun 2009 yang lalu . Baru-baru ini , PMRAM telah membuat culaan " Wajarkah PMRAM mengadakan konvokesyen pada tahun ini " bagi mendapatkan sokongan daripada ahli mengenai permintaan mereka terhadap PMRAM . Culaan tersebut merupakan satu ukuran bagi pihak PMRAM mempertimbangkan samada untuk mengadakan konvokesyen atau tidak pada tahun ini . Penganjuran Konvokesyen PMRAM pada tahun ini adalah bergantung kepada ahli , sekiranya ahli begitu mendesak samada melalui culaan yang telah

Krisis Somalia: LE3000 Kutipan Sumbangan Setakat Ini

Image
KAHERAH , 20 Ogos -Berhadapan Krisis kebuluran teruk termasuk keganasan dan pergolakan politik yang melanda rakyat Somalia yang mendapat liputan meluas media antarabangsa baru-baru ini , Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) terus mengorak langkah menyatakan kebersamaan dalam isu kemanusiaan yang besar ini dengan melancarkan kutipan sumbangan di seluruh peringkat mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di perlembahan Nil. Hasil kutipan sumbangan yang telah dilancarkan pada iftor Mahabbah melibatkan BKAN 4 negeri yang diadakan di dataran Haiyyu Asyir baru-baru ini , jumlah ktuipan yang telah diterima oleh pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) sudah menjangkau LE3000 sehingga ke hari ini . Hasil perbincangan di

Wajarkah PMRAM mengadakan Majlis Konvokesyen pada tahun ini?

Image
Select Poll Number of Voters: 137 First Vote: Tuesday, 09 August 2011 11:05 Last Vote: Sunday, 21 August 2011 23:19 Wajarkah PMRAM mengadakan Majlis Konvokesyen pada tahun ini? Hits Percent Graph Wajar 130 94.9% Tidak wajar 7 5.1%

Solat Tarawih Dan Tazkirah Bersama Wakil Rombongan MAPIM

Image
KAHERAH, 21 OGOS - Wakil anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM), Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Abd Rahman Bin Abdullah sempat bersama menunaikan solat Taraweh dan solat Sunat Witir bersama ahli BKPPPM di Dewan Soleh Al-Masri. Rombongan MAPIM seramai 34 orang yang baru tiba daripada Palestin atas urusan kemanusiaan di sana sempat beramah mesra dengan rakyat Palestin selama tiga hari dan bertemu dengan kementerian-kementerian dalam kabinet Palestin. Kesempatan ahli rombongan yang hadir ke bumi Mesir dima nfaatkan sepenuhnya dengan jemputan memberikan ucapan ringkas diantara solat Taraweh yang telah disampaikan oleh Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang merupakan ahli lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) dan juga pengerusi Masjid Al-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepa la Batas. Dalam ucapan beliau, disebut mengenai pengalaman perjalanan dari Mesir ke Palestin dan juga pengalaman berada di Palestin selama tiga hari dengan kedeng

Puasa Itu Indah

Image
عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله صلى الله وسلم قال :!ذا جأ رمضان فتحت أبواب الجنة , وغلقت أبواب النار و وصدفت الشياطين (Kitab صحيح مسلم jilid 7-8 muka surat 186) Imam Al Ghazali dalam kitab احياء علوم الدين menjelaskan 6 perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa terutama di bulan ramadhan . Antaranya ialah 1) Menahan pandangan daripada segala perkara yang tercela dan makruh serta membimbangkan dan melalaikan daripada mengingati Allah Taala . Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah menganugerahkan kepadanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.” 2) Menjaga lidah daripada perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan berkata keji. Oleh itu , seharusnya dia mendiamkan diri dan menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. Rasulullah SAW bersabda: "Dua perkara merosakk

Sambutan Nuzul Al-Quran: Penghayatan Dan

Pada 17 Ogos yang lalu,Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, BKPPPM Ihyak Ramadhan Menganjurkan ceramah sambutan Nuzul Al-Quran yang dikendalikan dibawah selian ajk pelaksana Program Ihya` Ramadhan . Program tersebut bermula dengan solat sunat tarawih dan solat witir secara berjemaah. kemudian majlis diteruskan dengan ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Abas Bin Azizuddin yang merupakan Setiusaha Agung Keluarga pelajar-elajar Islam Perak Mesir( KPIPM )

Isu Mahasiswa Perubatan Tanta, PMRAM Akan Bertindak

Image
KAHERAH , 19 Ogos - Isu seorang mahasiswa perubatan di Tanta , Saudara Muhammad Alif Sofian Gan yang tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun pada Jun baru-baru ini mendapat perhatian serius di peringkat PMRAM . Beliau dilaporkan tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun kerana fail atau dokumen pengajian beliau tidak sampai ke pihak Universiti Tanta untuk diproses . Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Perubatan telah pun pergi menemui pihak pegawai EM yang terlibat iaitu En Khairi Jalalludin , namun masalah yang dihadapi oleh mangsa masih belum selesai . Sehinggakan beliau dikira gagal pada peperiksaan akhir tahun pada semester pertama iaitu Jun lalu . PMRAM juga mendapat maklumat bahawa mangsa sehingga ke hari ini