Konvokesyen :PMRAM Akan Umumkan September Ini

KAHERAH, 29 Ogos - Konvokesyen yang dijalankan saban tahun oleh PMRAM sebagai program mega tahunan akan dipertimbangkan semula untuk diadakan pada tahun ini setelah dua tahun PMRAM tidak mengadakannya.
Keputusan untuk melaksanakan konvokesyen di peringkat PMRAM akan diumumkan pada September ini.

Pada tahun ini, pihak PMRAM sudah bersedia untuk melaksanakan konvokesyen sebagaimana yang telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden PMRAM , Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman pada minggu lepas setelah melihat beberapa sudut antaranya dari segi kemampuan di peringkat PMRAM itu sendiri.
Hasil kajian di peringkat Lajnah Perancang PMRAM yang telah dijalankan selepas kenaikan sesi 2011 yang lalu di bawah Timbalan Presiden menunjukkan bahawa hampir 91% ahli PMRAM inginkan PMRAM laksanakan konvokesyen pada tahun ini.

Begitu juga hasil daripada kajian yang dibuat ini telah menunjukkan bahawa 100% mahasiswa tahun akhir ingin menyertai konvokesyen PMRAM.
Kajian yang dijalankan ini juga bersifat menyeluruh dan melibatkan ahli di Kaherah dan juga muhafazah.
Justeru berdasarkan kepada permintaan ahli PMRAM dan kelapangan takwim aktiviti tahunan PMRAM , barisan kepimpinan PMRAM pada sesi ini bersetuju untuk mempertimbangkan dan menilai semula cadangan penganjuran konvokesyen PMRAM dan keputusannya akan dimaklumkan kepada seluruh ahli pada September ini “. ujar Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden PMRAM.

Oleh yang demikian, pihak PMRAM mengharapkan agar semua ahli bertenang dan menunggu keputusan rasmi berkaitan konvokesyen itu daripada pihak pimpinan sendiri yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini sebelum membuat apa-apa andaian.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL