Posts

Showing posts with the label NEWS

FAHISYAH DALAM ISLAM

Image
Maraknya isu lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) belakangan ini mengharuskan kita semua belajar lagi dan mengambil hikmah dari kisah Nabi Luth AS dan kaumnya yang dikenal dengan perilaku yang menyimpang, iaitu kaum homoseksual (liwat). Pembelajaran tersebut agar hikmah yang dipetik dari kisah kaum Nabi Luth AS itu benar-benar menjadi pelajaran bagi masa depan bangsa dan umat manusia. Setidak-tidaknya ada tujuh kategori perilaku yang disematkan Al-Quran kepada kaum Nabi Luth AS. Pertama, perbuatan homoseksual (lelaki atau perempuan menyukai sesama jenis) disebut fahisyah. “Dan (ingatlah) ketika Luth berkata kepada kaumnya, ‘Kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual) yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu’.” (QS Al-‘Ankabut 29: 28) . Menurut Muhammad Al-Hijazi dalam At-Tafsir Al-Wadhih , definisi fahisyah itu adalah perbuatan yang sangat keji, buruk, menjijikkan dan sangat membahayakan. ...

PESTA PONGAL : HUKUM MUSLIM MERAYAKANNYA

Image
APA ITU PESTA PONGAL? Pesta Pongal adalah festival yang diraikan di seluruh India dengan nama yang pelbagai mengikut tempat, sebagai menghormati Dewa Matahari iaitu Surya. Antara nama-nama lain bagi Pesta Pongal adalah: Pongal (Tamil Nadu) Maghi (Lahore) Bihu / Bohaggiyo Bhishu (Assam) Sankrat (Rajasthan) Makara Sankranti (Maharashtra) Uttarayan (Gujarat) Magha Saaji (Shimla) Poush Sankranti (Bengal Barat) Surya adalah Dewa Matahari dalam kepercayaan agama Hindu dan penjaga bagi sudut selatan dan barat. Bapanya adalah Dewa Langit iaitu Dyaus. Terdapat satu mitos menyebut bahawa dia dijadikan daripada mata Purusha iaitu makhluk kosmos. Rambutnya dan kedua-dua lengannya berwarna emas. Dewa Surya menaiki kereta kuda yang dikenderai oleh 4 atau 7 ekor kuda dan ditangannya terdapat bunga teratai dan juga cakera. (Lihat  The Routledge Dictionary of God, Goddesses, Devils & Demons , m. 178) Secara khususnya, Pongal adalah satu festival yang diraikan oleh m...

UIGHUR, KAMI TAK BUTA!

Image
Pada 15 Oktober lalu, dilaporkan bahawa kerajaan membebaskan 11 etnik Uighur yang ditahan di negara ini kerana tidak melanggar sebarang undang-undang Malaysia. Mereka ditahan dan didakwa memasuki Malaysia secara haram April lalu, selepas berjaya melarikan dari penjara di Thailand pada November 2017.                             Sebelum ini, China didakwa mencabul hak asasi etnik Uighur di Xinjiang, tetapi Beijing menafikannya. Antara dakwaan penindasan ke atas   Uighur ialah golongan wanita dipaksa membuka hijab, remaja dilarang memasuki masjid, penjawat awam beragama Islam tidak dibenarkan berpuasa dan generasi muda dilarang mendapat pendidikan agama.                              Pada 13 Disember ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Ma...

LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB AKHAWAT 2018

Image
        17 OGOS 2018 -   Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 9 hingga 12 Julai 2018.   Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat   BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu . Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 37 orang beserta enam orang musyrif dan sepasang mutazawwijin dari Selangor.    Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Kami memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti   sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Kami menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel. Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, kami...

LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB IKHWAH BKPPPM 2017/2018

Image
                   JUN 2018 -  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir seliaan Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah pada 22 hingga 24 Jun 2018. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli ikhwah BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu . Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 49 orang.    Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Rombongan jaulah memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti   sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat, perjalanan diteruskan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Bas yang dinaiki menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel. Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, rombongan meneruskan perjalanan ke Mata...

LAPORAN RAYA ANAK PERANTAUAN BKPPPM 2018 ( RANTAU '18 )

Image
                           RUMAH PULAU PINANG , HAYYU SABIK ­_ 15 JUN HINGGA 18 JUN 2018 : Program sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini diberi nama RANTAU '18 iaitu singkatan daripada Raya Anak Perantauan 2018 dengan bertemakan " Seindah Aidilfitri Hubungkan Silaturrahim " . RANTAU '18 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 Jun hingga 18 Jun 2018 . Objektif program ini adalah untuk menjayakan pembawaan YD P BKPPPM sesi 17/18 dibawah item Wehdah serta mempereratkan ahli BKPPPM di perlembahan Nil sempena sambutan hari raya pada tahun ini . Raya Anak Perantauan 2018 dimulakan pada 14 Jun 2018 dengan aktiviti malam perasmian. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki selaku pengarah RANTAU '18 , diikuti dengan ucapan serta perutusan raya 2018 daripada Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi dan diter...

BAITUL MAQDIS..KAMI MENCINTAIMU

Image
BAITUL MAQDIS..KAMI MENCINTAIMU!!! https://www.facebook.com/bkan.penang/posts/1601874683225906 MUKADIMAH Dengan berita yang amat mengejutkan pada pagi ini, iaitu 7 Disember 2017 Kota Baitul Maqdis telah diisytiharkan sebagai ibu negara Israel oleh Kuasa Besar. Ia menjadi tragedi kepada umat Islam. Sefahaman kita dan makrifah kita yang kota Baitul Maqdis adalah milik umat Islam sejak dibuka oleh Saidina Umar al-Khattab. Hal ini dipertahankan lagi walaupun pernah jatuh, tetapi Salahuddin al-Ayyubi telah mengambilnya kembali. Dengan berita ini, kami mengemukakan Bayan Linnas kali ini dengan tajuk: Baitul Maqdis..Kami Mencintaimu. PERTAMA: APA KATA PRESIDEN AMERIKA? Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan dan mengiktiraf Kota Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Trump menganggap keputusan ini sebagai pengiktirafan secara reali...