Posts

Showing posts from November, 2010
Image
Image
Image

"Belajar-belajar Juga, Kesihatan Mesti Dijaga" - Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM

Image
Dicatat oleh HEWI PMRAM KAHERAH, 22 Nov - HEWI PMRAM Pusat menyarankan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini supaya menitikberatkan penjagaan kesihatan masing-masing. Memandangkan ramai dikalangan ahli HEWI yang sakit terutamanya demam selesema dan batuk, lebih-lebih lagi sekarang ini musim peralihan cuaca daripada musim panas ke sejuk. Menurut Saudari Nor Hasyimah binti Hassan selaku Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM, waktu raya 'idul adha minggu lepas ramai ahli yang sakit, ketika HEWI pergi berhari raya ke mana-mana rumah akan dapati seorang dua ahli yang sakit. "Belajar-belajar juga kesihatan mesti dijaga", ketika ini mahasiswa dan mahasiswi sibuk dengan pengajian di kuliah dan study group yang semakin rancak tetapi jangan sampai mengabaikan kesihatan diri, ujar beliau lagi. Ekoran daripada itu, di Malaysia pula isu kesihatan yang terkini mengenai wabak demam denggi yang semakin serius

Biah Solehah Membentuk Syakhsiah Mahasiswa dan Mahasiswi Islam

Dicatat oleh HEWI PMRAM Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Ta’ala kerana masih dikurniakan nikmat Islam dan iman, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, para sahabat serta para pengikut baginda, seterusnya para penegak agama Allah Ta'ala. Sejak kebelakangan ini umat Islam mengalami keruntuhan moral yang sangat dahsyat. Jika dilihat di tanah air kita sendiri, pelbagai masalah sosial yang berlaku dan kebanyakannya di kalangan pemuda pemudi Islam. Masalah sosial ini menyebabkan imej dan maruah orang Islam cukup tercalar. Kes zina, buang bayi, rogol, bunuh, minum arak dan sebagainya semakin berleluasa. Kenapakah ia berlaku dan siapakah yang sepatutnya dipersalahkan? Adakah ibu bapa yang kurang memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak? Firman Allah Taala : Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga

Gunung Berapi: Gunung Bromo Pula Meletus

Image
Probolinggi Indonesia 30 Nov 2010 – Pergerakan gunung berapi Gunung Bromo dilaporkan meletuskan pasir halus, abu dan asap yang bewarna hitam. Asap itu bergerak menghala ke arah Barat Malang, semalam. Laporan kaji selidik dari pakar gunung berapi itu mencatatkan sebanyak lapan kali gempa bumi itu meletus. Sementara itu, pancutan asid diharapkan dapat keluar secara berperingkat selama beberapa hari ini supaya dapat mengurangkan lagi letusan yang lebih besar. Pantauan telah dilakukan dengan menggunakan pesawat TNI AU jenis Cassa yang bernombor Alfa 2107. Selama satu jam pesawat itu memantau serta memerhatikan disetiap sudut atas kawah gunung berapi Bromo itu untuk mengukur ketinggian asap dan abu vulkanik yang keluar. Pesawat itu mampu melihat sehingga ketinggian 9.5 ribu meter walaupun dalam keadaan pesawat itu penuh diseluputi asap gunung berapi, ia tetap tidak menjejaskan pergerakan para pemantau untuk memberikan laporan. Kira-kira 13 ribu meter ketinggian abu da

Perempuan Yahudi dan Kristian di Parlimen Bahrain

Image
Posted by I love Islam Labels: Dunia Islam Raja Bahrain, Raja Hamad memperkenalkan seorang perempuan Yahudi dan Kristian daripada empat perempuan yang telah menjadi ahli parlimen, ahli parlimen yang dilantik kerajaan itu bulan Oktober lalu. Pejabat berita Bahrain, BNA, menyebutkan, Nancy Khadori telah menjadi ahli parlimen setelah rakannya yang juga seorang Yahudi, Huda Nono menerima jawatan baru sebagai duta besar Bahrain untuk negara AS. "Saya sangat bahagia menerima kepercayaan dari kerajaan. Saya berharap menanggung tanggung jawab ini," kata Khadori, satu daripada 37 orang Yahudi Bahrain yang kebanyakannya berketurunan Iraq. Sementara itu, Hala Qarrisah daripada komuniti Kristian Bahrain, telah ke parlimen untuk menggantikan rakannya Christian Alice Samaan yang semula menjadi ketua timbalan di parlimen. Bahrain adalah negara di Timur Tengah dengan penduduk yang berasal dari berbagai latar belakang agama, mulai dari Kristian, Syiah

Cedera di Gaza, serangan gempa di Lubnan

Image
GAZA - Seorang remaja Palestin cedera di bahagian kaki akibat terkena tembakan tentera rejim zionis di pertengahan lintasan Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza pagi tadi. Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah dalam kenyataan rasminya berkata, penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan di utara Gaza telah ditembak dengan machine-gun zionis, lalu mengenai seorang remaja berusia 15 tahun dan mangsa mengalami kecederaan. Sehingga ini, kecederaan yang dialaminya disifatkan 'pertengahan'. Kejadian tembakan dari rejim zionis ke atas peladang dan penduduk Palestin di timur dan utara Gaza boleh disifatkan berlaku setiap hari. Berikutan itu, rejim zionis cuba untuk mengadakan zon-zon asing yang dikawal tentera sekaligus diibaratkan melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi kemanusiaan. Kebelakangan ini, berpuluh-puluh penduduk Palestin sewaktu mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan berdekatan

ABU ALI gempur unit khas dengan peledak

Image
GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA (sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan salah satu dari unit pejuangnya menggempur sepasukan unit khas tentera zionis yang cuba melepasi masuk ke tanah Gaza dari arah utara beberapa jam yang lalu. Jelas lagi, pejuang ABU ALI meletupkan dua peledak terhadap tentera zionis. Salinan dari kenyataan rasmi ABU ALI MUSTAFA yang diterima agensi berita 'Safa' menyebut, salah satu unit pejuang ABU ALI dapat mengintip pergerakan sepasukan tentera zionis yang cuba melepasi ke tanah Gaza dari sebelah timur tanah perkuburan pada jam 9.15 malam, waktu Palestin , lalu pejuang ABU ALI memasang hendap peledak serta meletupkan dua buah peledak terhadap tentera zionis. Lantas, mendorong tentera rejim zionis meningkatkan bilangan tenteranya ke lokasi berkenaan. ABU ALI menyatakan pihaknya tetap meneruskan penentangan dan menghadang tentangan zionis. Berikutan itu, operasi tersebut

Hukum Meninggalkan Solat

Image
Didalam agama Islam, solat mempunyai kedudukan yang amat istimewa dan berbeza dari ibadah-ibadah yang lain, bahkan , solat merupakan amalan pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak. أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله الصلاة فإن صلحت فقد أفلح و أنجح و إن نقضت فقد خاب و خسر Rasulullah SAW bersabda : perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak adalah solat, oleh itu, jika seseorang hamba itu baik solatnya maka dia akan mendapat kejayaan dan sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya, dia akan mendapat kekecewaan dan kerugian. [ Diriwayatkan oleh At-Tabrani] Solat juga memainkan peranan penting dalam menyempurnakan pegangan akidah seseorang muslim, selagimana seseorang manusia itu tidak berpegang teguh pada kewajipan solat, maka beliau belum lagi berhak menerima gelaran "muslim" yang sebenarnya . بني الإسلام على خمس شهادة ان لا اله الا الله وان محمدا رسول الله، واقام الصلاة، وايتاء الزكاة ، وصوم رمضان ،و حج البيت م

23 Petua-petua Kejayaan Dunia AKhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan

Image
view more 1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya. 2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya. Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa. 3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara. 4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta. 5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun. 6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab). 7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. 8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk. 9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang. 10. Bersifat bel

Perbahasan Melihat Allah S.W.T

Image
Di kalangan Ulamak Al-Mutakallimin telah membahaskan permasalahan ini dengan mendalam dan panjang sekali dalam kitab-kitab Tauhid. Ini adalah kerana pada zat Allah S.W.T itu sendiri bersifat dengan wujud. Jika kita melihat dari segi logik pada akal, setiap benda yang ada pasti dapat dilihat dan dirasai kewujudannya dengan salah satu daripada pancaindera yang lima. Namun begitu, melihat Allah S.W.T secara sedar di dunia ini tidak akan berlaku sama sekali pada sekalian makhluk melainkan pada diri Rasulullah S.A.W sahaja. Buktinya, jumhur ulamak berhujah berdasarkan kisah Rasulullah S.A.W ketika diisrak dan dimi'rajkan untuk menghadap Allah S.W.T di Sidratul Muntaha. Manakala disisi para rasul yang lain dan sekalian manusia, mereka tidak akan dapat melihat Allah S.W.T di dunia. Ini berdasarkan kisah Nabi Musa A.S yang telah diceritakan dalam Al-Quran seperti berikut : وَلَمَّا جَآءَ مُوسَىٰ لِمِيقَـٰتِنَا وَكَلَّمَهُ ۥ رَبُّهُ ۥ قَالَ رَبِّ أَرِنِىٓ أَنظُرۡ إِلَيۡكَ

Isu Zakat : Mahasiswa Terengganu Bantah Sikap Pegawai Tidak Profesional

Image
KAHERAH, 29 Nov - Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir dengan rasa bertanggungjawab telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana dan Penerangan Isu Zakat yang hangat diperkatakan oleh Mahasiswa Terengganu Mesir. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memohon kehadrat Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan penerima-penerima zakat MAIDAM bagi sesi ini yang dinafikan hak dan menanam kesedaran dikalangan mahasiswa Terengganu Mesir terhadap semangat kerjasama dan keprihatinan. Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim selaku Naib Setiausaha KPT Mesir dimulakan dengan penerangan tentang isu-isu yang berlaku dan kronologi isu zakat yang telah didokumentasikan. Majlis seterusnya membuka peluang kepada mana-mana ahli untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan beberapa aduan berkaitan sikap tidak professional pegawai. Antara aduan yang diluahkan semasa majlis tersebut adalah seperti
Image
Image

Adakah Ilham Dikira Sebagai Dalil Atau Hujah

Image
Mukaddimah Pengertian Ilham Ilham dari sudut bahasa : sesuatu yang dicampakkan ke dalam hati orang yang berakal dan membuatkan seseorang untuk beramal dengannya samada ianya hak ataupun batil. Seperti firman Allah S.W.T : فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا Maksudnya : “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya” . ( Surah As-Syams, ayat ke 9 ). Ilham dari sudut istilah ulama Usul Fiqh :- Menurut pendapat pengarang kitab Taqwim Adillah bahawa ia adalah sesuatu yang mengerakkan hati dengan ilmu dan ia membawa manusia untuk beramal dengannya tanpa mencari dalil dan meneliti pada hujah. Takrif ini disokong oleh Imam As-Samarqandi dan mengatakan bahawa ini adalah takrif yang sahih. Maka daripada pengertian ini, ilham dari sudut pandangan manusia ialah sesuatu daripada Allah SWT dengan jalan hak. Begitu juga Imam Az-Zarqasyi telah menaqal (mengambil) pandangan daripada sebahagian As-sufiyyah tentang pengertian ilham iaitu sesuatu yang d

Kutipan Sumbangan Taakhi Meringankan Beban

Image
ISKANDARIAH, 14 Nov - PMRAM hari ini menghulurkan sumbangan berikutan musibah yang menimpa bagi bayi kelahiran pasangan Saudara Hafiz Omar dan Saudari Norasyila Abu Bakar Kelahiran bayi pasangan tersebut pada umur kelahiran tujuh bulan menyebabkan kelahirannya terpaksa ditempatkan di bawah penjagaan rapi hospital. Adik Ahmad Iqbal diletakkan di bawah penjagaan hospital bagi memantau kestabilan pernafasannya. Naib Presiden III Ketika ditemui di hospital mengulas, dalam kes-kes berlaku yang melibatkan kelahiran tidak cukup bulan kebiasaan memerlukan penjagaan rapi dari pihak hospital. Bayi akan diletakkan di dalam Incubator untuk dipantau sehingga stabil. Apa yang menyukarkan pihak keluarga kelahiran ialah kos penjagaan terbabit. Tambahan beliau, untuk kos incubator sahaja membelanjakan LE400 sehari tidak termasuk kos ubatan harian. Bagi kos tersebut, pihak PMRAM telah berjaya melancarkan kutipan sebanyak dua kali untuk menampu

Tafaqquh Tidak Sempurna Dengan Memahami Hukum Semata-mata - Timbalan Presiden

Image
KAHERAH, 19 Nov - Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman di dalam khutbahnya pada Hari Raya Eidil Adha mengajak kembali seluruh mahasiswa/wi Islam memahami secara betul akan kehendak tafaqquh yang digarapkan oleh Islam. Hal ini berikutan masih lagi wujud segelintir pihak yang menyalah erti akan kehendak sebenar tafaqquh itu sendiri sehingga mendatangkan beberapa masalah. Dalam khutbah beliau itu, beliau turut membidas kenyataan segelintir pihak yang hanya 'mewajibkan' pendidikan kuliah dan kitab turath semata-mata tanpa melibatkan diri dengan kerja-kerja Islam melalui medium persatuan yang sedia ada iaitu PMRAM. "Mesti ingat bahawa konsep tafaqquh menekankan 2 eleman yang saling melengkapi iaitu memahami hukum di dalam Islam dan melaksanakan tuntutan dan hak sebagaimana yang diseru oleh Islam. Ramai yang tahu hukum itu dan hukum ini, tetapi tidak ramai yang bangkit melaksanakan tuntutan dan hak di dalam Islam," jelas beliau. "Sebab itu kita lihat integr

SAMBUTAN AIDIL ADHA BERAKHIR DENGAN JAYANYA

Image
KAHERAH, 15-17 November - Lambaian Dzulhijjah tiba lagi. Menjadikan UDHIYYAH MERAIH TAQWA sebagai tema Sambutan AidilAdha BKPPPM pada kali ini yang berlangsung selama 3 hari banyak menerapkan berkenaan tentang pengorbanan. Takbir raya yang dialun sesudah solat maghrib membuka tirai agenda sambutan dituruti dengan Majlis Perutusan Raya AidilAdha dari Wakil Presiden PMRAM yang disampaikan oleh BP PMRAM Ustaz Zuhaili. Turut serta pada majlis tersebut adalah Ustazah Samihah bt Abdullah selaku HEWI Angkat BKPPPM sesi 2010/2011. Pada keesokan harinya setelah menunaikan Solat Hari Raya AidilAdha pada jam 9 pagi kesemua ahli berkumpul untuk menyaksikan acara korban. Buat julung-julung kalinya, acara korban kali ini melibatkan unta sebanyak 2 ekor. Selain itu, 1 ekor kambing dan 3 ekor kharuf turut menjadi haiwan korban pada kali ini. Alhamdulillah, acara korban telah berjalan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa kecederaan pada ahli yang menyembelih dan melapah haiwan korban. Pada pe