"Belajar-belajar Juga, Kesihatan Mesti Dijaga" - Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM

KAHERAH, 22 Nov - HEWI PMRAM Pusat menyarankan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini supaya menitikberatkan penjagaan kesihatan masing-masing.

Memandangkan ramai dikalangan ahli HEWI yang sakit terutamanya demam selesema dan batuk, lebih-lebih lagi sekarang ini musim peralihan cuaca daripada musim panas ke sejuk.


Menurut Saudari Nor Hasyimah binti Hassan selaku Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM, waktu raya 'idul adha minggu lepas ramai ahli yang sakit, ketika HEWI pergi berhari raya ke mana-mana rumah akan dapati seorang dua ahli yang sakit.

"Belajar-belajar juga kesihatan mesti dijaga", ketika ini mahasiswa dan mahasiswi sibuk dengan pengajian di kuliah dan study group yang semakin rancak tetapi jangan sampai mengabaikan kesihatan diri, ujar beliau lagi.

Ekoran daripada itu, di Malaysia pula isu kesihatan yang terkini mengenai wabak demam denggi yang semakin
serius selepas jumlah angka korban sehingga semalam terus meningkat mencecah 125 mangsa, peningkatan 60 peratus berbanding 77 kes kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

Dua kematian terbaru dicatatkan semalam membabitkan mangsa dari Sandakan dan Tawau, Sabah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jumlah kes denggi dilaporkan turut meningkat 18 peratus tahun ini kepada 42,659 kes sehingga 18 November lalu berbanding 36,135 kes dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Wabak denggi dalam negara kita semakin serius. Bilangan kematian begitu tinggi dan kita tak boleh lambat mengambil tindakan dengan kerjasama semua pihak. Doktor, pengamal perubatan swasta dan klinik kerajaan perlu mengenalpasti tanda-tanda denggi lebih awal dan memberi rawatan segera,” katanya di Berita Harian.


Walau dimana sahaja keberadaan rakyat Malaysia kesihatan dan keselamatan mesti dijaga. PMRAM sentiasa mengutamakan agenda kebajikan kepada ahli-ahlinya supaya kehidupan mereka di Mesir ini terjamin dan selamat.
Sumber:http://www.hewipmram55.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL