Posts

Showing posts from July, 2015

SIMFONI DI AIDILFITRI (SELFIE `15) MENCERIAKAN SUASANA AIDILFITRI DI PERANTAUAN

Image
LAPORAN PROGRAM SELFIE ’15 ( SIMFONI DI AIDILFITRI )  Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM ) telah menganjurkan program hari raya Aidilfitri di bumi Mesir ini dan program tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan di beri nama “ Simfoni di Aidilfitri “ ( Selfie ’15 ) dan bertemakan “ Ramadhan Bertaqwa, Syawal Bermakna ” yang telah berlangsung di sutuh BKPPPM pada 17 Julai 2015 sehingga 19 Julai 2015 selama tiga hari berturut-turut. Persiapan program telah diadakan dua hari sebelum iaitu pada hari Rabu 15 Julai dan Khamis 16 Julai 2015. Antara objektif program raya pada tahun ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM dan menghubungkan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwah Islamiyah di kalangan ahli. Rabu 15 Julai jam 10.00 malam diadakan acara gotong-royong di sutuh bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat di syaqqah masing-masing. Khamis 16 Julai jam 4.00 petang, program diteruskan dengan acara gotong-royong membersihkan kawasan

ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

Image
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 14 JULAI 2015 ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut : 1. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menafikan berlaku penipuan sebagaimana yang dilaporkan sepanjang pengurusan BKAN kepada pelajar-pelajar baru ke Mesir setiap tahun. Pengurusan yang dilaksanakan di peringkat BKAN berjalan dengan telus dan dipantau dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua BKAN.­­ 2. BKAN m

PEMBURUAN LAILATUL QADAR BERMULA..!!

Image
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3) Lailatul Qadar atau malam Al-Qadar diberi nama tersebut kerana kebesaran dan kemuliaan qadar atau kedudukan malam itu di sisi Allah SWT disebabkan banyaknya dosa-dosa kesalahan manusia yang diampuniNya pada malam itu. Sabda Nabi Muhammad SAW: ”Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan penuh tulus ikhlas semata-mata mengharapkan ganjaran Allah, maka diampuni Allah akan dosa-dosanya.” Kelebihan Lailatul Qadar digandakan Allah SWT segala amalan dan ibadah di dalamnya lebih dari seribu bulan. Bila malam Lailatul Qadar turun? Bila waktunya yang tepat? Pertanyaan tersebut, tidak mampu menemukan jawapan yang pasti mengenai bila turunnya Lailatul Qadar itu. Hadis daripada Jabir, Nabi Muhammad SAW berkata: ”Bahaw