LAPORAN RELAX'S 19 (REHLAH SOIFIYAH)
LAPORAN RELAX’S 19(REHLAH SOIFIYAH) JULAI 2019 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah yang diberi nama RELAX’S 19 (Rehlah Soifiyah Matrouh dan Siwa). Akhawat pada tarikh 11 Julai hingga 14 Julai 2019, dan ikhwah pada tarikh 17 Julai hingga 20 Julai 2019. Jaulah ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli BKPPPM. Selain, ahli-ahli dapat mengambil ibrah daripada sejarah yang terdahulu. RELAX’S 19 (akhawat) telah disertai oleh 53 akhawat BKPPPM, 7 musyrif dan diiringi satu pasangan mutazawwijin bersama 4 orang cahaya mata. RELAX’S 19 (ikhwah) telah disertai oleh 66 ikhwah peserta termasuk musyrif. RELAX’S 19 bermula sekitar jam 2.45 pagi bertarikh 12 Julai 2019 (akhawat) dan 17 Julai 2019 (Ikhwah). Seusai peserta-peserta menaiki bas, doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz. Sekitar jam 4.45 pagi, Peserta RELAX’S 19 berhenti di perhentian untuk memberi laluan kepada peserta menunaikan solat su...