LAPORAN LAWATAN USMB 19’ KE SEKITAR KAHERAH








LAPORAN LAWATAN USMB 19’ KE SEKITAR KAHERAH

Mafhum Firman Allah S.W.T:
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah, dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula (15).”
(Surah Al-Mulk : 15)

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan Jaulah (lawatan) sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/wi baru yang dikelola oleh Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB 19’) BKPPPM.

Lawatan tersebut berlaku pada hari Sabtu, 22 Mei 2019 siswa dan siswi pada 29 Mei 2019 dengan bilangan peserta disebelah mahasiswi seramai 26 orang  bersama 6 orang pengiring perempuan. Manakala, peserta mahasiswa seramai 42 orang berserta 2 orang pengiring lelaki.

Perjalanan lawatan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki sebuah van dan  3 buah coaster. Rombongan peserta dibawa menziarahi dan melawat beberapa tempat bersejarah yang terdapat di sekitar Kaherah seperti Kubu Anwar Sadad, Piramid di Giza, Sphinx, Masjid Amru Al Asr, Kubu Salahuddin Al-Ayubi dan selainnya disamping turut diberi penerangan dan kisah disebalik tempat bersejarah yang dilawati oleh pengiring pada hari tersebut.

Rombongan mahasiswa/wi berhenti rehat untuk solat dan menikmati makanan tengahari di Masjid Amru Al Asr. Selesai rehat, lawatan diteruskan ke Kubu Salahuddin Al Ayubi.

Semua peserta melahirkan rasa syukur dan gembira dengan lawatan yang telah diadakan yang merupakan pengalaman pertama mereka di bumi Mesir. Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua yang terlibat untuk menjayakan aktiviti lawatan ke tempat bersejarah sekitar Kaherah baru-baru ini.


Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir mengharapkan agar lawatan tersebut dapat menambahkan pengetahuan baru bagi mahasiswa/wi baru disamping mengerat dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli Pulau Pinang di perlembahan Nil.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”

Disediakan Oleh : Unit Sambutan Dan Rehlah
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) 18/19

 

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL