Posts

Showing posts from December, 2016

3 PEMBAWAKAN BKPPPM SESI 2016/17

Image
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْد                                                                                            فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ       Di dalam perjuangan, perlukan kesabaran dan kemantapan hati, motivasi agar kita tidak menjual harga diri apa lagi agama ini. Lebih-lebih lagi di jalan dakwah, jalannya susah, berat, berliku, dan penuh dengan dugaan yang pedih. Tentu untuk menghadapi semua itu perlukan sebuah motivasi, agar masa sulit tidak membawa kepada putus asa dalam perjuangan. Maka dengan Al-Qur’an Allah teguhk

DIMANAKAH ALEPPO DI HATI KITA??

Image
     Mutakhir ini, kita sering mendengar atau membaca berita tentang isu rakyat sunni Syria di Aleppo melalui dada akhbar serta media massa. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat muslim khususnya, juga pada peringkat global umumnya. Pelbagai pihak telah mengambil cakna berkenaan isu rakyat sunni Syria khususnya di Aleppo yang semakin serius.      Seperti dalil daripada hadis Rasulullah S.A.W  "المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا" bermaksud: "Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin lainnya seperti satu bangunan yang saling menguatkan satu sama lain." Oleh itu, marilah kita mengenali sedikit latar belakang bandar Aleppo.       Aleppo adalah kota kedua terbesar di Syria selepas Damascus (Damsyik/Dimashq). Penduduk di Aleppo adalah sekitar 3.5 juta dan semakin berkurangan semenjak krisis Syria bermula Mac 2011. Aleppo juga merupakan kota ketiga utama ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah selepas Kota Konstantinople dan Cairo. Manaka

PANDUAN KESELAMATAN

Image
PANDUAN KESELAMATAN Suatu kejadian letupan telah berlaku pada Ahad yang lepas telah membuka  mata pelbagai pihak dan golongan masyarakat seluruh negara, ia menyebabkan banyak pihak telah membuat spekulasi tersendiri berkaitan kejadian tersebut. Kejadian tersebut telah berlaku di sebuah gereja koptik (Cairo's Coptic Cathedral) di Abbasiyah, ibu negara mesir menyebabkan ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar kejadian tersebut berlaku. berdasarkn laporan jabatan kesihatan Mesir, letupan ini telah mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban,mengikut laporan yang telah dibuat baru-baru ini seramai 25 orang terkorban dan ramai yang tercedera . Menurut pegawai gereja koptik, letupn itu berlaku di dua buah gereja kecil, di gereja St Peter dan St Paul yang berhampiran dengan gereja koptik. Sementara itu, pasukan keselematan sedang menyiasat perkara ini di tempat kejadian dengan sumber awal yang menunjukkan bahawa bahan letupan tersebut telah diletakkan di dalam gere

SEJARAH BULAN RABI'UL AWWAL

Image
Bulan Rabi'ul Awwal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabi'ul Awwal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Selepas kedatangan Islam, Rasulullah S.A.W telah mengekalkan nama Rabi'ul Awwal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini. Antara peristiwa yang berlaku pada bulan ini:- 1) Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah bersamaan 23 April 571 Masihi. 2) Rasulullah S.A.W mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid pada 10 Rabi'ul Awwal. 3) Nabi Muhammad S.A.W diangkat sebagai Rasul pada 1 Rabi'ul Awwal ketika usia 40 tahun. Maka dengan ini, bermulalah dakwah Baginda secara rasmi di Makkah Al-Mukarromah. 4) Rasulullah S.A.W bersembunyi di Gua Hira' pada 2,3 dan 4 Rabi'ul Awwal. 5) Sewaktu berhijrah ke Yathrib (Madinah), Rasulullah S.A.W

UMAT ISLAM ROHINGYA DIZALIMI

Image
      Dewasa ini, dunia berlalu dengan pelbagai kejadian buruk yang berlaku di sekitar kita. Saban hari, kita melihat kes pembunuhan yang berlaku seakan-akan manusia tidak mempunyai nilainya. Kita dapat melihat sendiri negara jiran iaitu Myanmar bagaikan mimpi musibah yang berlaku kepada mereka iaitu pembunuhan beramai-ramai di Rakhine.     Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengisytiharkan Rohingya sebagai salah satu etnik yang paling teruk di tindas yang dilihat sebagai salah satu cubaan untuk penghapusan etnik di Myanmar.      Pada 2015,menurut laporan seramai 25,000 penduduk di Rohingya telah melarikan diri dengan bot sepanjang Januari-Mac gagal apabila dihalang oleh pihak di negara jiran iaitu Bangladesh apabila mereka menyeberangi sungai Naaf sempadan Bangladesh Myanmar. Namun apa yang dikesalkan, tiada satu pun pihak atau agensi antarabangsa yang bangun bertindak melawan kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya. Dunia terus sunyi dan dia

LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH

Image
 LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah Iskandariah khusus buat Mahasiswa/wi baru dan terbuka kepada ahli BKPPPM yang lain. Jaulah ke Iskandariah telah diadakan pada hari Sabtu, 19 November 2016 untuk akhawat dan 26 November 2016 untuk ikhwah, peserta di sebelah akhawat seramai 22 orang serta diiringi dua orang musyrif, manakala sebelah ikhwah seramai 35 orang. Jaulah dimulakan seawal 6.30 pagi bertolak ke Iskandariah dan dibawa oleh musyrif ke destinasi yang masyhur iaitu Mumtazah, Qal'ah, Library Alex