SEJARAH BULAN RABI'UL AWWAL




Bulan Rabi'ul Awwal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabi'ul Awwal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Selepas kedatangan Islam, Rasulullah S.A.W telah mengekalkan nama Rabi'ul Awwal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini.

Antara peristiwa yang berlaku pada bulan ini:-

1) Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah bersamaan 23 April 571 Masihi.

2) Rasulullah S.A.W mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid pada 10 Rabi'ul Awwal.

3) Nabi Muhammad S.A.W diangkat sebagai Rasul pada 1 Rabi'ul Awwal ketika usia 40 tahun. Maka dengan ini, bermulalah dakwah Baginda secara rasmi di Makkah Al-Mukarromah.

4) Rasulullah S.A.W bersembunyi di Gua Hira' pada 2,3 dan 4 Rabi'ul Awwal.

5) Sewaktu berhijrah ke Yathrib (Madinah), Rasulullah S.A.W singgah di Quba' pada 8 hingga 12 Rabi'ul awwal.

6) Nabi Muhammad S.A.W sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabi'ul Awwal dan terus membina Masjid Quba', masjid pertama dalam sejarah Islam.

7) Rasulullah S.A.W sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabi'ul Awwal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama kira-kira seratus orang Islam yang bersama baginda ketika itu.

8) Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabi'ul Awwal ialah peperangan Safwan (Badar Pertama), Bawat, 'Zi Amar' (Ghafaran), 'Bani An-Nadhir',
Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

9) Pelepasan penghantaran tentera Islam oleh Abu Bakar As-Siddiq yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid bagi berhadapan dengan orang Rom, ianya telah diarahkan oleh Baginda supaya menuju ke tanah jajahan Rom tetapi terhenti disebabkan oleh kewafatan Baginda.

10) Nabi Muhammad S.A.W wafat pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal tahun ke 11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi, di rumah isterinya Aisyah r.a selepas sakit selama 12 hari dan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.

11) Para Sahabat melantik dan membai'ah Saidina Abu Bakar As-Siddiq menjadi Khalifah pada tanggal 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah di Dewan Bani  Sa'idah, iaitu pada hari Rasulullah S.A.W wafat.

12) Salahuddin Al-Ayyubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib pada peperangan Al-Hittin dan seterusnya membuka Baitul Maqdis pada bulan Rabi'ul Awwal tahun 583 Hijrah.

13) Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh Ferdinando dan Isabella pada bulan Rabi'ul Awwal tahun 897 Hijrah.

14)  Kemasukan Tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella ke bumi Gharnoda, bandar dan kubu terakhir tentera Islam di Andalusia pada tahun 897 Hijrah.

Kekalahan di Andalusia merupakan kejatuhan sebuah Negara Islam yang amat menyayatkan hati, orang Islam disana dibunuh dengan kejamnya dan segala warisannya dimusnahkan. Antara sebab berlakunya kejatuhan negara tersebut berpunca daripada pepecahan umat Islam yang tidak menunaikan perintah Allah S.W.T, kelemahan strategi dan tenaga untuk berhadapan dengan kaum Kristian. Kejatuhan tersebut ditangisi oleh semua umat Islam sehinggakan ada di kalangan penyair yang mengarang kedukaan itu di dalam syair-syair mereka. Kehilangan itu bermakna kemusnahan tempat sejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukarkan menjadi gereja dan muzium serta tiada lagi suara azan berkumandang di negara tersebut.


Disediakan Oleh:
Lajnah Penerangan & Penerbitan BKPPPM 16/17

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL