Posts

Showing posts from May, 2017

LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH

Image
  LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah  (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/i baru BKPPPM. Jaulah maqam sekitar Kaherah telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Mei 2017 buat akhawat dan 13 Mei 2017 untuk ikhwah, peserta disebelah akhawat seramai 26 orang serta diiringi tiga orang musyrif, manakala peserta ikhwah seramai 30 orang. Jaulah maqam bermula seawal jam 7.00 pagi dengan menaiki tremco. Musyrif membawa peserta menziarahi dan melawat maqam-maqam para ahli bait Rasulullah

LAPORAN JAULAH KAHERAH

Image
  LAPORAN JAULAH KAHERAH Kaherah -  Sabtu, 5 Mei 2017 yang lalu (ikhwah)  dan 13 Mei 2017 (akhawat), di bawah Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) BKPPPM telah menganjurkan jaulah sekitar Kaherah khusus untuk mahasiswa/i baru BKPPPM sesi 2017/18. Dengan bilangan peserta ikhwah seramai 30 orang dan peserta akhawat seramai 26 orang ditemani empat orang musyrif, kami telah berkumpul seawal 7 pagi dan mula bertolak kira-kira jam 7.30 pagi dengan menaiki teramco , tempat destinasi pertama yang kami lawati iaitu kubur Anwar Sadat merupakan Presiden ke 3 yang telah ditembak mati semasa perarakan bagi mengingati peristiwa kejayaan menawan Semenanjung Sinai di kompleks 6 Oktober Kaherah. Destinasi seterusnya ialah Giza yang terdapat tiga piramid yang namanya: Piramid Khufu (piramid yang terbesar dan tertua, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure, dan kami juga melihat kepala singa yang namanya Abuhul atau Sphyx. Destinasi set

Ramadhan Yang Dirindui

Image
  لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته     الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم، رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. أما بعد   يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” Marhaban berasal dari perkataan ‘rahb’ yang bererti luas atau lapang. Ia menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada serta penuh kegembiraan. Marhaban Ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan tanpa ada apa-apa keluhan di dalam hati kita. Kurang daripada dua minggu lagi, Ramadan bakal bertandang dengan pelbagai pelua

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Image
Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban Soalan: Apakah status hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban (malam pertengahan bulan Sya’ban) dan juga amalan yang berkaitan dengannya? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban. Hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan daripada Nabi SAW melalui beberapa jalur. Antaranya melalui jalur Abu Musa al-Asy’ari RA, Aisyah RA, Abu Tha’labah RA, Abdullah bin Amr RA, Mu’az bin Jabal RA, Abu Hur

PERISTIWA, AMALAN DAN KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Image
. Ahlan Wa Sahlan Ya Syaaban!!!  Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan. Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk perbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan lain-lain juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya: 1. Kemuliaan darjat Rasulullah SAW di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi SAW. 2. Keperkasaan dan ketinggian. 3. Kebaikan dan