LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH


 LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH


Firman Allah S.W.T:

( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق )
Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53)

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah  (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/i baru BKPPPM.

Jaulah maqam sekitar Kaherah telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Mei 2017 buat akhawat dan 13 Mei 2017 untuk ikhwah, peserta disebelah akhawat seramai 26 orang serta diiringi tiga orang musyrif, manakala peserta ikhwah seramai 30 orang.

Jaulah maqam bermula seawal jam 7.00 pagi dengan menaiki tremco. Musyrif membawa peserta menziarahi dan melawat maqam-maqam para ahli bait Rasulullah s.a.w, para wali Allah, sahabat-sahabat nabi, para syeikh dan ulamak yang terdapat di sekitar Kaherah antaranya maqam Sultan Hanafi, maqam Sayyidi Shihabuddin Al-Ramli Al-Ansori, maqam Imam Ibnu sirin, maqam Saidatina Nafisah, maqam Ibnu hisyam dan lain-lain lagi dengan diberi penerangan dan kisah disebalik maqam yang telah dilawati oleh musyrif-musyrif di maqam-maqam tersebut.

Masjid Amru Al-Asr menjadi lokasi lawatan seterusnya, Ia adalah masjid pertama yang dibina di kawasan benua Afrika oleh Saidina Amru Al-Asr dan para sahabatnya ketika beliau dilantik menjadi Gabenor Mesir pada waktu itu oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Peserta solat dan menikmati makanan tengahari di sana sebelum bertolak ke destinasi maqam yang terakhir di sekitar Jabal Muqattam. Semua peserta melahirkan rasa syukur dan gembira dengan jaulah maqam yang telah diziarahi.

Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Jaulah maqam sekitar Kaherah yang telah direncanakan ini. Semoga jaulah maqam yang telah diadakan ini  dapat menambahkan thaqafah, mengerat dan mengukuhkan  lagi ukhuwah sesama mahasiswa/i baru Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir khususnya.



" MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "
" RIBAT UKHUWAH, TEGUH WEHDAH "
" RABBANI THAQAFI KHAIRI "

Disediakan oleh:
Unit Sambutan dan Rehlah BKPPPM sesi 2016/17

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL