Posts

Showing posts from December, 2019

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL

Image
  ( قال رجل للنبي - صلى الله عليه وسلم :  يا رسول الله أترك ناقتي وأتوكل أو أعقلها وأتوكل؟ قال: بل اعقلها وتوكل " ( رواه الترمذي " Ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kenderaanku (unta) lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal? lalu Rasulullah SAW menjawab, ikatlah kenderaanmu lalu bertawakallah. [HR TIRMIDZI] Tawakal secara ringkasnya adalah menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT disertakan dengan usaha dan ikhtiar manakala Tawakul adalah makna disebaliknya iaitu hanya berharap semata-mata kepada Allah SWT tanpa ada usaha seolah-olah menunggu nasi dipinggan masuk ke dalam mulut tanpa disuap. Orang-orang yang beriman perlu menyandarkan dirinya kepada Allah SWT dalam setiap apa jua urusan tetapi perlu seiring dengan usaha dan ikhtiar.  Konsep doa, usaha, ikhtiar dan tawakal secara ringkasnya disebut (D.U.I.T) boleh diamalkan dalam kehidupan kita. Sedangkan Nabi SAW juga ada usaha d

LAPORAN JAULAH MAKAM DAN BAJU SEJUK 2019

Image
November 2019, KAHERAH  –  Unit Sambutan dan Rehlah,  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2019/2020 telah menganjurkan Jaulah Maqam dan Baju Sejuk yang telah diadakan pada 8 November 2019 bagi Ikhwah dengan bilangan s eramai 75 orang 4 orang pengiring, manakala disebelah akhawat diadakan pada 16 November 2019 dengan bilangan seramai 90 orang be sert a 8 orang pengiring.       Perjalanan bermula seawal jam 3.00 pagi dengan menaiki sebuah bas dan coaster bagi Ikhwah dan 2 buah bas bagi Akhawat. Rombongan jaulah berhenti seketika di perhentian untuk menunaikan solat fardu Subuh dan kembali me ne ruskan ke destinasi. Destinasi pertama yang telah dibawa adalah maqam Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Beliau merupakan seorang tokoh ulama besar Mesir yang masyhur dan juga seorang mufassirin yang dihormati.       Seterusnya rombongan meneruskan perjalanan ke Ra'sul Bahr. Setelah sampai peserta diberikan penerangan mengenai tempat tersebut iaitu tempat pertemuan Su