Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL

 


( قال رجل للنبي - صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أترك ناقتي وأتوكل أو أعقلها وأتوكل؟ قال: بل اعقلها وتوكل " ( رواه الترمذي "

Ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW :
Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kenderaanku (unta) lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal? lalu Rasulullah SAW menjawab, ikatlah kenderaanmu lalu bertawakallah.

[HR TIRMIDZI]


Tawakal secara ringkasnya adalah menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT disertakan dengan usaha dan ikhtiar manakala Tawakul adalah makna disebaliknya iaitu hanya berharap semata-mata kepada Allah SWT tanpa ada usaha seolah-olah menunggu nasi dipinggan masuk ke dalam mulut tanpa disuap.

Orang-orang yang beriman perlu menyandarkan dirinya kepada Allah SWT dalam setiap apa jua urusan tetapi perlu seiring dengan usaha dan ikhtiar.


 Konsep doa, usaha, ikhtiar dan tawakal secara ringkasnya disebut (D.U.I.T) boleh diamalkan dalam kehidupan kita. Sedangkan Nabi SAW juga ada usaha dan ikhtiarnya apatah lagi diri kita yang banyak dosa tapi berlagak seolah-olah akan ke syurga. 


Contoh usaha dan ikhtiar Nabi SAW adalah seperti berikut :-


       1. Baginda mengenakan pakaian besi dan pelindung ketika berperang walaupun janji Allah SWT akan membantu Rasul-Nya.


       2. Ketika Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda mengupah pemandu jalan di atas tujuan dapat menghilangkan jejak baginda.

Di sini, kita boleh pelajari apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW iaitu bertawakal kepada Allah SWT bukannya bertawakul.
 
Seterusnya, sebagai mahasiswa/wi Al-Azhar, sempena imtihan yang akan tiba tidak lama lagi, masih ada masa untuk kita usaha dan ikhtiar seiring dengan tawakal kepada Allah SWT. Jangan hanya mengharap lampu dipadam dengan memetik jari sahaja tanpa perlu ditutup iaitu jangan mengharap keputusan yang cemerlang tanpa ada usahanya. 

Dan berkaitan isu semasa, saudara seagama kita Uyghur ditindas dan dizalimi.
Apakah tindakan kita? Adakah hanya bertawakul semata-mata tanpa ada usaha dan ikhtiar?

Oleh itu, saya menyeru kepada semua agar kita teruskan berdoa buat saudara-saudara kita yang telah ditindas. Selain itu, kita sewajarnya terus memboikot barangan buatan musuh-musuh Islam. Kita tidak mampu membantu mereka dari sudut tenaga, tetapi kita boleh membantu mereka dari sudut tersebut. Semoga Allah SWT melihat ia sebagai satu usaha dan ikhtiar dalam membantu mereka di samping kita bertawakal kepada-Nya.

والله أعلم
بالتوفيق والنجاح

MASYHUDA AMNA BINTI JOOHARI
(Timbalan Lajnah Ekonomi BKPPPM 19/20)

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Unknown said…
Ustazah maksud tawakkul macam mana pula?

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden