Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL
( قال رجل للنبي - صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أترك ناقتي وأتوكل أو أعقلها وأتوكل؟ قال: بل اعقلها وتوكل " ( رواه الترمذي "
Ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW :
Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kenderaanku (unta) lalu aku
bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal? lalu Rasulullah SAW menjawab, ikatlah kenderaanmu lalu bertawakallah.
[HR TIRMIDZI]
Tawakal secara
ringkasnya adalah menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT disertakan dengan
usaha dan ikhtiar manakala Tawakul adalah makna disebaliknya iaitu hanya
berharap semata-mata kepada Allah SWT tanpa ada usaha seolah-olah menunggu nasi
dipinggan masuk ke dalam mulut tanpa disuap.
Orang-orang yang beriman perlu menyandarkan dirinya kepada Allah
SWT dalam setiap apa jua urusan tetapi perlu seiring dengan usaha dan ikhtiar.
Konsep doa, usaha, ikhtiar
dan tawakal secara ringkasnya disebut (D.U.I.T) boleh diamalkan dalam kehidupan
kita. Sedangkan Nabi SAW juga ada usaha dan ikhtiarnya apatah lagi diri kita
yang banyak dosa tapi berlagak seolah-olah akan ke syurga.
Contoh usaha dan ikhtiar Nabi SAW adalah seperti berikut :-
1. Baginda mengenakan pakaian besi dan pelindung ketika berperang
walaupun janji Allah SWT akan membantu Rasul-Nya.
2. Ketika Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda mengupah pemandu
jalan di atas tujuan dapat menghilangkan jejak baginda.
Di sini, kita boleh pelajari apa yang telah diajarkan oleh Nabi
SAW iaitu bertawakal kepada Allah SWT bukannya bertawakul.
Seterusnya, sebagai
mahasiswa/wi Al-Azhar, sempena imtihan yang akan tiba tidak lama lagi, masih
ada masa untuk kita usaha dan ikhtiar seiring dengan tawakal kepada Allah SWT.
Jangan hanya mengharap lampu dipadam dengan memetik jari sahaja tanpa perlu
ditutup iaitu jangan mengharap keputusan yang cemerlang tanpa ada usahanya.
Dan berkaitan isu semasa, saudara seagama kita Uyghur ditindas dan dizalimi.
Apakah tindakan kita? Adakah hanya bertawakul semata-mata tanpa
ada usaha dan ikhtiar?
Oleh itu, saya menyeru kepada semua agar kita teruskan berdoa
buat saudara-saudara kita yang telah ditindas. Selain itu, kita sewajarnya
terus memboikot barangan buatan musuh-musuh Islam. Kita tidak mampu membantu
mereka dari sudut tenaga, tetapi kita boleh membantu mereka dari sudut tersebut.
Semoga Allah SWT melihat ia sebagai satu usaha dan ikhtiar dalam membantu
mereka di samping kita bertawakal kepada-Nya.
والله أعلم
بالتوفيق والنجاح
MASYHUDA AMNA BINTI
JOOHARI
(Timbalan Lajnah Ekonomi BKPPPM 19/20)
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu
Comments