Posts

Showing posts from October, 2014

JELAJAH MAQAM ULAMA` & AULIYA` SEKITAR KAHERAH, MESIR

Image
PESERTA ZIARAH MAQAM IKHWAH Muhammad bin Wasi' berkata : " Saya mendapat keterangan bahawa, orang-orang yang mati itu mengenal orang yang ziarah padanya pada hari jumaat, petang hari khamis dan pagi hari sabtu." (H.R. Ibnu Abid-Dunia dan Al-Baihaqi) KAHERAH, Oktober 2014 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat mahasiswa dan mahasiswi baru. Jaulah tersebut telah diadakan pada 11 Oktober 2014 bagi mahasiswa yang telah disertai oleh 12 orang peserta, manakala jaulah untuk mahasiswi pula telah diadakan pada 18 Oktober 2014 dan telah disertai oleh 12 orang peserta dan diiringi oleh 2 orang musyrif.  PESERTA  ZIARAH MAQAM AKHAWAT Tujuan jaulah ini diadakan adalah untuk memperkenalkan maqam para ulama’ dan para auliya’ yang terdapat di sekitar Kaherah dan mengenali tokoh-t

ACTIVIST COUNCIL `14 : LANGKAH MEMPERKASA AKTIVIS-AKTIVIS BKPPPM..!!

Image
Barisan Adhoc Pelaksana Activist Council 2014. 15 Oktober 2014 (Rabu): Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah mengadakan sebuah program yang dinamakan Activist Council ’14 yang berlangsung di Dewan Soleh Al-masri rumah Pulau Pinang Hayyu 7. Program ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh BKPPPM bertujuan untuk mengumpulkan para aktivis yang terdiri daripada ketua-ketua pengarah dan unit serta timbalan yang sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap BKPPPM. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi semangat dan kesedaran kepada seluruh pengarah dan ketua-ketua unit serta timbalan di atas setiap gerak kerja yang mereka laksanakan. Di samping itu juga, program ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan setiap unit yang berada di bawah naungan BKPPPM dan yang terutamanya adalah untuk merapatkan lagi ukhwah dalam kalangan mereka. Activist Council ’14 berlangsung selama sehari bermula dengan majlis perasmian yang dirasmika

[ FASTAQIM `14 ] FESTIVAL TADHIYAH QURBAN BKPPPM 2014

Image
 KAHERAH,( 5-7 OKTOBER 2014) - Meraikan bulan Zulhijjah atau disebut sebagai bulan pengorbanan ,Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah menganjurkan satu sambutan bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1435 H yang diberi nama FASTAQIM’14 ‘Tadhiyah Anbiya , Tarbiah Ummah’ (Fesitval Tadhiyah Qurban 2014). Disamping memperingati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Sambutan pada kali ini juga bertujuan untuk meribatkan ikatan ukhuwah antara ahli BKPPPM, menerap erti pengorbanan dalam kesatuan, mengimbas sirah pengorbanan nabi untuk diterap pada diri ahli, meningkatkan momentum ketaatan kepada Allah. Sambutan ini bermula pada 5 Oktober 2014 iaitu pada hari raya yang pertama dan berakhir pada 7 Oktober 2014 iaitu pada hari raya yang ketiga . Ianya dimulai dengan solat sunat Aidil Adha di masjid musa secara berjemaah, kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti menyembelih dan melapah unta . Pada hari yang berikutnya , Ahli BKPPPM bergo

WAJARKAH ANDA MALU..??

Image
Diriwayatkan  daripada Imran bin Hushain (Radiyallahu`Anhu),katanya: Nabi (Shallallahu Alaihi wa Sallam) telah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali membawa kebaikan.” hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Penjelasan: Menerusi hadis ini pula dinyatakan bahawa sifat malu itu mendatangkan kebaikan (positif). Orang yang mempunyai sifat malu ialah orang yang mempunyai kelebihan berbanding dengan orang yang tidak mempunyai sifat tersebut. Kerana, sifat malu ini bukan merugikan orang yang bersangkutan, sebaliknya memberi faedah yang banyak kepadanya. Kerana biasanya orang yang pemalu tidak akan melakukan perbuatan yang idak disukai, sama ada oleh manusia atau Khaliqnya. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar (Radiyallahu`Anhu),katanya :Nabi (Shallallahu Alaihi wa Sallam) mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi (Shallallahu Alaihi wa Sallam) bersabda: “Malu itu sebahagian dari iman.” h

DAGING KAMBING !!! MENYINGKAP KEBENARAN TERSEMBUNYI...

Image
Proses melapah daging di Sutuh BKPPPM. Masyarakat kita sering menganggap daging kambing mengandungi tinggi kolesterol. Ada juga yang menganggap daging kambing yang menjadi antara makanan sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'panas' yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Begitulah liciknya permainan golongan Yahudi yang ingin menjauhkan kita dengan amalan sunnah Nabi. Mereka mahu kita meminum susu lembu mereka sedangkan mereka mendidik kaum mereka untuk mengamalkan minum susu kambing. Mereka percaya dengan kebaikan dan khasiat susu kambing. Maka, disebabkan itu, kita lebih gemar memilih daging lembu. Melalui kajian yang dilakukan oleh para saintis membuktikan bahawa daging kambing baik untuk kesihatan. Mari kita selongkar kebenaran itu.Pada masa kini, kambing merangkumi 63% sumber protein yang dimakan oleh penduduk dunia terutama di kawasan negara Arab dan Afrika Utara. Selain itu, ia juga menjadi pilihan penduduk di rantau Asia T

CARTA ORGANISASI LEMBAGA PENASIHAT DAN AHLIJAWATANKUASA TADBIR & HEWI BKPPPM SESI 2014/2015

Image
LEMBAGA PENASIHAT BKPPPM 2014/2015 AJKT & AJK HEWI BKPPPM 2014/2015