JELAJAH MAQAM ULAMA` & AULIYA` SEKITAR KAHERAH, MESIR

PESERTA ZIARAH MAQAM IKHWAH
Muhammad bin Wasi' berkata :

" Saya mendapat keterangan bahawa, orang-orang yang mati itu mengenal orang yang ziarah padanya pada hari jumaat, petang hari khamis dan pagi hari sabtu."

(H.R. Ibnu Abid-Dunia dan Al-Baihaqi)

KAHERAH, Oktober 2014 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat mahasiswa dan mahasiswi baru. Jaulah tersebut telah diadakan pada 11 Oktober 2014 bagi mahasiswa yang telah disertai oleh 12 orang peserta, manakala jaulah untuk mahasiswi pula telah diadakan pada 18 Oktober 2014 dan telah disertai oleh 12 orang peserta dan diiringi oleh 2 orang musyrif. 

PESERTA  ZIARAH MAQAM AKHAWAT

Tujuan jaulah ini diadakan adalah untuk memperkenalkan maqam para ulama’ dan para auliya’ yang terdapat di sekitar Kaherah dan mengenali tokoh-tokoh termasyhur di Mesir kepada mahasiwa/wi baru. Di samping itu, jaulah ini juga bertujuan untuk mengeratkan ikatan ukhwah Islamiyyah dalam kalangan mahasiswa/wi yang baru menjejakkan kaki di Perlembahan Nil ini.

Hampir 25 maqam diziarahi di hampir 15 kawasan. Antaranya adalah maqam Imam As-Syafie, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Ibn Hisyam, Syeikh Zakaria al-ansari, Saidina Uqbah bin Amir ,Imam Abdul Wahab As Syaqrani dan lain lain lagi. Rata-rata peserta memberi komitmen dan respon yang baik dan melahirkan rasa gembira dengan jaulah yang diadakan. Yang Dipertua, Saudara Mohd Jasry Raimy Bin Johari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang telah direncanakan ini. Beliau mengharapkan supaya jaulah maqam ini mampu memberi kesan kepada peserta dan mencapai objektif yang disasarkan.

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

Disediakan oleh : Ketua Unit Sambutan & Rehlah BKPPPM sesi 2014/15




Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963