Posts

Showing posts from February, 2018

SOLUSI'18, Simposium Kotemporari Untuk Mahasiswa

Image
‏      ‏ [ ‏المجادلة‏ : ‏ 11 ‏ ] ‏، { ‏‏يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ‏ } Allah mengangkat darjat orang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. - Mujadalah 11 Bertepatan dengan ayat alquran surah mujadalah ayat 11, melalui pembawaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah item Thaqafah. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sangat mendukung usaha program berbentuk ilmiah yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri.   25 Februari 2018 telah berakhirnya Program Simposium Ilmuan Muda Islam (SOLUSI'18) yang telah berlansung selama dua hari dengan pengisian yang disampaikan oleh pengisi yang mantap dan berpengalaman seperti Sheikh Ali Abdul Basit Muzid, Ustaz Zaharudin bin Muhammad dan Ustaz Azhar Bin Yahya.   Program yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri bagi memberikan thaqafah kepada pelajar

Ikhlas dalam beramal.

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani . Firman Allah S.W.T : وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ “ Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan Agama ( yg lurus )” ( Al-Bayyinah:5) Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan semesta alam, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa risalah yang haq sebagai rahmat bagi semesta alam kepada umatnya. Demikian penerangan ayat di atas, berkenaan kehidupan ini Allah ciptakan untuk menguji siapa antara hambanya yang paling banyak beramal . Beramal merupakan intipati utama kewujudan manusia di dunia. Tanpa amal manusia seperti kehilangan fungsi dan peranan utamanya sebagai hamba Allah. Sepertimana Allah S.W.T berfirman untuk menegaskan tujuan penciptaan manusia : الَّ ذِي خَلَ

LAPORAN SAMBUTAN JUBLI DELIMA BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2018

Image
LAPORAN SAMBUTAN JUBLI DELIMA BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2018           18 Februari 2018, KAHERAH, Program Sambutan Jubli Delima BKPPPM 2018 bersempena 40 tahun BKPPPM, bertemakan “Sejarah diteladani, Kesatuan dirahmati, Bkpppm di hati" telah melabuhkan tirainya. Sambutan Jubli Delima telah berlangsung dengan jayanya hampir sebulan bermula dari 24 Januari sehingga 18 Februari. Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan ahli BKPPPM dan mengeratkan hubungan silaturrahim sama ada pengajian islam atau sains perubatan di samping menyemai perasaan kasih sayang dan menghargai usaha generasi terdahulu seterusnya membentuk generasi yang sentiasa menyokong dan mendokong islam. 24 Januari, program ini  dimulai dengan ROAD TO JUBLI DELIMA dengan pengisian pertama daripada siri “Daurah Fiqh Saba'ah” sebanyak 7 kali pada hari yang berlainan. ROAD TO JUBLI DELIMA  diteruskan dengan Kejohanan Bola Jaring Sempena Jubli Delima B