Posts

Showing posts from January, 2017

DUNIA ISLAM MASA KINI

Image
      Dunia Islam masa kini dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir yang semakin meruncing. Fokus utamanya ialah di Timur Tengah seperti negara Mesir, Libya, Syria ,Lubnan dan Iraq.      Seperti yang kita sedia maklum, Kejatuhan Saddam Hussein  yang mengakibatkan kemaraan Syiah di Timur Tengah. Kejatuhan Muammar Ghadafi, Husni Mubarak, Ben Ali, dan yang paling menonjol kejatuhan Dr Morsi di Mesir.      Dunia Islam sekarang dikuasai oleh peperangan demi peperangan yang berterusan. Negara Rusia turut berusaha memperkukuhkan kedudukan dengan menubuhkan BRICS – Gabungan Brazil, Rusia, India, Iran, China, South Afrika, satu blok ekonomi untuk menghadapi gugatan blok barat dan Amerika Syarikat.       Rusia dan anggota BRICS menolak USD dan menerima pakai mata wang China Yuan dalam urusan niaga sesama mereka. Rusia mempergiatkan bidang pertanian untuk menolak kebergantungan hasil import daripada barat dengan usaha mengeluarkan gandum dan bijirin organik. Tambahan pula, Rusia ju

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI DI MESIR

Image
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI DI MESIR HENTIKAN PERSEPSI NEGATIF TERHADAP SEKOLAH AGAMA 1) Islam adalah agama yang mementingkan keharmonian dan keamanan manusia sejagat. Islam bukanlah agama yang melampaui batas bahkan ia melengkapi fitrah manusia serta sesuai dianuti untuk kebaikan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Ar-R

SEJARAH RABI'UL AKHIR

Image
      Rabi'ul Akhir (ربيع الآخر) adalah merupakan bulan Islam yang ke-4 dan Rabi'ul Akhir dikenali juga dengan nama 'Rabi'ul Thani' (ربيع الثاني) yang membawa maksud musim bunga yang kedua iaitu waktu ini tumbuhan dan tanaman telah sampai ke penghujung dan kemuncak mengeluarkan bunga. Namun ianya hanyalah sekadar nama dan tidak lagi dikaitkan dengan keadaan dan musim bunga yang sebenar. Dalam catatan sejarah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabi'ul Akhir, diantaranya adalah:- Pada bulan ini, Allah S.W.T telah menurunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.  Berlakunya cubaan membunuh Nabi Muhammad S.A.W oleh kaum Yahudi Bani An Nadhir menggunakan seketul batu besar.  Rasulullah S.A.W menghantar perutusan kepada kaum Yahudi Bani An Nadhir supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama baginda. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah kerana