SEJARAH RABI'UL AKHIR








      Rabi'ul Akhir (ربيع الآخر) adalah merupakan bulan Islam yang ke-4 dan Rabi'ul Akhir dikenali juga dengan nama 'Rabi'ul Thani' (ربيع الثاني) yang membawa maksud musim bunga yang kedua iaitu waktu ini tumbuhan dan tanaman telah sampai ke penghujung dan kemuncak mengeluarkan bunga. Namun ianya hanyalah sekadar nama dan tidak lagi dikaitkan dengan keadaan dan musim bunga yang sebenar.

Dalam catatan sejarah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabi'ul Akhir, diantaranya adalah:-
  • Pada bulan ini, Allah S.W.T telah menurunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.
  •  Berlakunya cubaan membunuh Nabi Muhammad S.A.W oleh kaum Yahudi Bani An Nadhir menggunakan seketul batu besar.
  •  Rasulullah S.A.W menghantar perutusan kepada kaum Yahudi Bani An Nadhir supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama baginda.
  • Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah kerana kezaliman yang dilakukan mereka pada tahun 3 Hijrah, sehingga terjadinya Peperangan Najran.
  • Terdapat beberapa peperangan lain yang tercatat berlakunya di bulan Rabi'ul Akhir diantaranya adalah:-

1) Peperangan Al-Ghabah atau Zi Qarad
    - Peperangan Al-Ghabah atau Zi Qarad dibawah  pimpinan Nabi Muhammad S.A.W bagi memburu 'Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madinah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.

2) Peperangan Al-Ghamar
    - Perutusan 'Ukkashah bin Mihsan ke Al-Ghamar disertai oleh 40 orang tentera Islam. Tujuannya bagi menyerang kabilah Bani Asad tetapi apabila tentera Islam sampai ke perkampungan mereka di sebuah Oasis, mereka dapati tiada berpenghuni, cuma ada beberapa binatang ternakan dan 200 ekor unta lalu 'Ukkashah dan tentera Islam membawanya pulang ke Madinah. 
  • Pengepungan Kota Damsyik (Syam) selama 70 malam diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al-Jarrah dan Khalid bin Al-Walid r.a pada tahun 14 Hijrah (635 Masihi) di zaman Pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang akhirnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq wafat pada tahun 634 Masihi selepas 2 tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Saidina Umar Al-Khattab r.a telah dibai'ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

Tahun fitnah di mana Saidina Aisyah r.a telah terheret dalam kancah peperangan diantara pasukan Khalifah Ali ibn Abi Talib menentang Bani Umaiyyah. Peperangan  Jamal atau perang unta adalah perang yang terjadi di Basra, Iraq pada tahun 656 Masihi.

Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid pada bulan ini, diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

Imam Ghazali atau Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Ahmad, seorang ulama' terkemuka telah meninggal dunia pada bulan Rabi'ul Akhir tahun 505 Hijrah (1111 Masihi). Karya-karya tulisan Imam Al-Ghazali meliputi berbagai bidang keislaman, kalam, Fiqh, Filsafat, Tasawuf dan lain-lainnya yang berbentuk bukun maupun risalah.

Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabi'ul Akhir adalah tarikh Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W (tarikh difardukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diwartakan di Malaysia ialah pada 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W.

Allah berfirman:


وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًاۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ﴿١٤٤﴾


“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir murtad)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” (Surah Ali ‘Imran, Ayat 144)

والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Disediakan Oleh:
Lajnah Penerangan & Penerbitan BKPPPM 16/17

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL