Posts

Showing posts from July, 2014

IHYA' TARBAWI RAMADHAN 2014 (IHTIRAM 14')

Image
Add caption Sabtu 28 Jun 2014 – 27 Julai 2014 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2013/14 telah berjaya menganjurkan satu program tahunan khusus bagi ahli BKPPPM iaitu Ihya’ Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM 14’) 2014/1435H. Program tersebut dikendalikan dibawah Biro & Unit Dakwah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2013/14. Program tersebut bertemakan Ibrah Ramadhan Inspirasi Perjuangan (tema PMRAM pusat) . Justeru itu, antara objektif program bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturraahim di antara ahli BKPPPM di sepanjang bulan Ramadhan, disamping mengambil inisiatif memanfaatkan peluang yang terhidang untuk menghidupkan bulan ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada ahli BKPPPM secara langsung dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu,ia juga dapat memberi peluang kepada ahli untuk menimba pengalaman dalam mengendalikan sesebuah program dengan baik dan dapat mencungkil bakat baru dalam bidang kepimpina

Amalan Nabi Muhammad SAW Pada Malam-malam Akhir Sebelum Meninggalkan Ramadhan (TAZKIRAH RAMADHAN 1434H)

Image
TAZKIRAH RAMADHAN 1434H Amalan Nabi Muhammad SAW Ketika Bulan Ramadhan.  Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasululah saw. dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati hal-hal sedemikian disebabkan: 1. Banyak berdo’a, terutama ketika hendak berbuka puasa. Rasulullah saw bersabda: “Saat-saat berbuka adalah saat yang paling tepat dan mujarab bagi orang yang berpuasa untuk berdoa.” Dan doa yang selalu diucapkan ketika berdoa adalah “Ya Allah, hanya keranamu aku berpuasa, dan dengan rezekimu aku berbuka, telah hilang haus dan dahaga, maka tetap hauslah pahala bagiku, ya Allah!!”. 2. Rasulullah saw selalu tadarus (membaca al-Qur’an). Setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as. selalu datang menemui Rasulullah saw., dan bersama-sama membaca al-