Posts

Showing posts with the label ARTIKEL

Tinggalan Azhari : Bahagia Itu Berjaya

Image
BAHAGIA ITU BERJAYA Setiap dari jiwa manusia tidak pernah lari daripada meminta nafas bahagia. Suatu perasaan semulajadi atau fitrah bagi semua lapisan umur dalam setiap abad bagi menentukan kualiti hidup dengan membina bahagia, dan tidak kurang juga dalam menyebarkannya. Perasaan ini tentunya ingin dimiliki bagi mereka yang berfikiran normal dan tidak mudah berputus asa dalam rentak kehidupan dunia, akan tetapi apakah kebahagiaan sebenar yang berjaya digapai oleh seorang yang bergelar AZHARI? Kalimat Bahagia itu sendiri sudah menggambarkan satu ungkapan yang tenang dan harmoni dalam ruang fikiran dan jiwa manusia. Bahagia mempunyai definisi tersendiri iaitu suasana senang dan aman serta gembira. Bahagia juga membawa maksud beruntung, kesenangan hidup, kemujuran dan kelestarian. Kebahagian yang dikecapi oleh seseorang manusia adalah bermula sejak dari kecil, alam dewasa seterusnya hingga ke usia tua kehidupan seseorang individu. Justeru, antara rahsia sesebuah kebahagiaa...