Posts

Showing posts from May, 2021

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43

Image
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43   - MEI 04, 2021 KAHERAH, 31 MAC 2021 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) kali ke - 43 telah diadakan secara maya di laman rasmi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dengan jayanya bertemakan " Kepimpinan Rabbani, Kesatuan Dirahmati."  Majlis perasmian bermula pada jam 7.30 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis, saudara Muhammad Irham Suhaimi Bin Ismail. Seterusnya diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM'43, saudara Zul Arief Bin Zulkepli dan diikuti dengan ucapan Yang Dipertua BKPPPM saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli. Seterusnya majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh saudara Muhamad Iman Bin Fadzil, Penasihat BKPPPM sesi 2019/2020. Dalam ucapan tersebut beliau menceritakan tentang sejarah penubuhan BKPPPM dan menekankan bahawa keberlangsungan BKPPPM selama 43 tahun ini memerlukan sokongan daripada a

MINDA PIMPINAN | IBADAH PUASA MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN ISLAM

Image
   IBADAH PUASA MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN ISLAM Sedar tak sedar, Kita sekarang berada di penghujung fasa 3 Bulan Ramadan. Oleh itu, sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah pada bulan yang Barakah ini.  1. Pensyariatan puasa  Amatlah sedih, jika kita tidak tahu asal usul pensyariatan puasa yang telah diamalkan dikalangan umat terdahulu dan sezaman dengan Nabi SAW. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat ke 183 : (یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ) Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Pada awalnya puasa difardhukan pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijrah. Akan tetapi, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian, umat Nabi Muhammad SAW sec