LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43 
- MEI 04, 2021

KAHERAH, 31 MAC 2021 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) kali ke - 43 telah diadakan secara maya di laman rasmi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dengan jayanya bertemakan " Kepimpinan Rabbani, Kesatuan Dirahmati." 

Majlis perasmian bermula pada jam 7.30 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis, saudara Muhammad Irham Suhaimi Bin Ismail. Seterusnya diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM'43, saudara Zul Arief Bin Zulkepli dan diikuti dengan ucapan Yang Dipertua BKPPPM saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli. Seterusnya majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh saudara Muhamad Iman Bin Fadzil, Penasihat BKPPPM sesi 2019/2020. Dalam ucapan tersebut beliau menceritakan tentang sejarah penubuhan BKPPPM dan menekankan bahawa keberlangsungan BKPPPM selama 43 tahun ini memerlukan sokongan daripada ahli untuk menggerakkan di posisi masing-masing dan turut menjadikan MAT sebagai medan terbaik untuk berbincang dan melontarkan idea sejajar dengan tema " Kepimpinan Rabbani, Kesatuan Dirahmati ". Ucapan beliau diakhiri dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

Seusai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan pertunjukan gimik dan penyampaian cenderahati kepada perasmi program. 

Majlis diakhiri dengan bacaan kafaratul majlis dan Surah Al-Asr.

HAYYU SABI’E , 01 APRIL 2021 – Berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BKPPPM kali ke - 43 pada jam 9.30 pagi, dimulakan dengan ucapan pengerusi umum dan menjemput semua barisan kepimpinan sesi 2019/2020 ke tempat persidangan bagi memulakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 43. 

Mesyuarat yang dikendalikan sepenuhya oleh Yang Dipertua dimulai dengan pelantikan 2 orang setiausaha sidang dan diteruskan dengan Pembentangan Laporan Minit Mesyuarat Agung Tahunan sesi 2018/2019 oleh Setiausaha Agung Saudara Zul Arief Bin Zulkepli. Kemudian diteruskan dengan laporan gerak kerja setiap jabatan dan lajnah. Disamping itu, sesi pembentangan diselangi dengan cabutan bertuah daripada AJKT/H kepada para perwakilan. Mesyuarat ditangguhkan pada 12.00 tengah hari bagi memberi ruang untuk solat zohor, makan dan rehat.

Mesyuarat disambung semula pada jam 1.00 petang, dan diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan laporan penyata kewangan BKPPPM sesi 2019/2020 oleh saudara Muhamad Syamim Bin Daud, Bendahari Agung sesi 2019/2020. Selesai sesi soal jawab, mesyuarat diteruskan dengan pelantikan saudara Safmeezool Ameer Bin Satar dan saudara Faqrurrozi Bin Abdullah sebagai Juru Audit bagi sesi 2020/2021. Mesyuarat diteruskan lagi dengan sesi muhasabah dan cadangan bagi setiap jabatan dan lajnah dimulai dengan Lajnah Ekonomi sehingga Jabatan Bendahari Agung BKPPPM Sesi 2019/2020. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para perwakilan yang yang telah memberikan respon.

Majlis diteruskan dengan gimik pembubaran jawatan oleh semua AJKT/H dengan menanggalkan Kad AJKT/H.

Majlis seterusnya diserahkan kepada  Suruhanjaya Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan kenaikan barisan kepimpinan sesi 2020/2021 yang dipimpin oleh Yang Dipertua sesi 2020/2021, suadara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli.

Berakhirnya pengumuman tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-43 dan tampuk kepimpinan sesi 2019/2020. 

Akhir sekali majlis dilengkapkan dengan penyampaian sijil-sijil program dan AJK setiap Lajnah serta penyampaian anugerah-anugerah khas kepada ahli, antaranya ialah Anugerah  Mahasiswa Dan Mahasiswi Cemerlang, EXCO Terbaik, Aktivis Terbaik, dan Tunas Harapan. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua mantan AJKT/H sesi 2019/2020 dan kepada semua ahli lembaga penasihat BKPPPM sesi 2019/2020. 

Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan dari pelbagai aspek serta kerjasama yang baik dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini.

Harapan kepada semua ahli BKPPPM supaya kita tetap bersatu menjaga kesatuan ini, sentiasa menyokong dan mendokong BKPPPM dalam semua keadaan serta memberi sepenuhnya kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Semoga bertemu semula pada MAT BKPPPM akan datang.

Disediakan Oleh,
(Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir Kali ke - 43)

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963