Posts

Showing posts from May, 2019

Minda Pimpinan | Raih Kejayaan Dalam Taqwa

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ Segala puji bagi Allah yang telah memberi sebaik-baik nikmat berupa iman dan islam. Salawat dan doa keselamatanku terlimpahkan selalu kepada Nabi Agung Muhammad S.A.W. berserta keluarga dan para sahabat-sahabat Nabi semuanya. Pada bulan Ramadhan yang suci ini, tidak dinafikan bahawa kebanyakan umat Islam sedang berlumba-lumba mengejarkan amal ibadah kepada Allah. Hal ini demikian kerana, selain dari meraih keredhaan-Nya, bulan yang penuh mulia ini juga mempunyai banyak fadilatnya. Sebagai seorang pelajar juga tidak terlepas dalam  mendekatkan diri  kepada Allah, juga dalam meraih ketaqwaan-Nya.  Ketaqwaan adalah bekal dalam menghadapi  segala bentuk mehnah dan tribulasi dalam dunia belajar pada masa kini. Memetik ayat ke

SAHUR SUDAH DIKIRA BERNIAT PUASA ?

Image
Puasa adalah salah satu ibadat yang difardhukan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya. Maka, setiap ibadat atau perbuatan yang khusus dilakukan kerana Allah S.W.T. memerlukan niat sebagai membezakan di antara ibadat dan adat kebiasaan seperti membezakan di antara orang yang menahan diri daripada makan dan minum kerana berpuasa dengan orang yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan. SOALAN Sekiranya seseorang itu tidak berniat puasa pada malam hari namun dia bersahur sebagai persiapan untuk berpuasa, adakah sah puasanya menurut mazhab kita? JAWAPAN Asas kepada kewajipan untuk berniat dalam semua ibadat berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى Maksudnya:  Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat, dan setiap orang (perbuatannya) dikira berdasarkan apa yang diniatkan.   Riwayat Muslim (1907) Maka, niat berpuasa diletakkan sebagai satu syarat sah puasa seseorang itu. Hal ini disebutkan secar

PEMBEBASAN KOTA SUCI

Image
Islam mula berkembang dengan pesat di bawah suasana aman yang wujud selepas perjanjian Hudaibiyyah. Kedatangan rombongan demi rombongan untuk menganut Islam. Kini kabilah-kabilah yang menganut Islam mencecah jumlah yang besar.                 Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah. Al-Quran menamakan Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan tidak menemakannya menawan atau menyerang atau menakluk kerana ungkapan ini paling munasabah dengan kesucian Kota Mekah dan kedudukannya. Mekah adalah bumi istimewa di sisi Allah, bumi pertama diwujudkan. Allah mengisytiharkan kebesaran-Nya dengan memilih Nabi kesayangannya Ibrahim supaya membukanya dan menempatkan zuriatnya yang akhirnya melahirkan Nabi Teragung, Nabi Muhammad S.A.W. PUNCA PERISTIWA                 Pencabulan perjanjian ini tercetus apabila Bani Bakar yang bernaung di bawah musyrikin Quraisy memerangi Bani Khuza’ah yang bernaung di bawah Rasulullah S.A.W. kerana permusuhan lama yang be

JANGAN BERIBADAH KERANA RAMADHAN

Image
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut  diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Umat Islam mengambil kesempatan ini dengan melakukan ibadah berlipat kali ganda. Persoalannya di sini, b enarkah ungkapan, "Jangan beribadah kerana Ramadhan kerana Ramadhan akan pergi, tetapi beribadahlah kerana Allah." Adakah salah jika kita beribadah lebih banyak di bulan Ramadhan berbanding di bulan lain? Menjawab persoalan di atas, ibadah pada bulan Ramadhan adalah digalakkan untuk kita memperbanyakkannya. Nasihat yang dinyatakan di atas tidaklah bercanggah. Disebabkan itulah, para salafus soleh berkata: كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا Maksudnya :  “Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadhan.” Sesungguh

LAPORAN LAWATAN USMB '19 KE MAQAM SEKITAR KAHERAH

Image
LAPORAN LAWATAN USMB '19 KE MAQAM SEKITAR KAHERAH Firman Allah S.W.T: وَلا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْواتٌ بَلْ أَحْياءٌ وَلكِنْ لاَّ تَشْعُرُونَ “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam, perjuangan membela agama Allah itu : orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istemewa) tetapi kamu tidak menyedari.” (Surah al-Baqarah : 154) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan Jaulah (lawatan) maqam sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/i baru yang dikelola oleh Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB 19’) BKPPPM. Lawatan tersebut berlaku pada hari Sabtu, 4 Mei 2019 secara berasingan siswa dan siswi dengan bilangan peserta disebelah mahasiswi seramai 26 orang  bersama 7 orang pengiring perempuan. Manakala, peserta mahasiswa seramai 42 orang berserta 4 orang pengiring lelaki. Perjalanan lawatan bermula sea

Minda Pimpinan | Ahlan Ya Ramadhan

Image
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ Segala puji bagi Allah yang telah memberi sebaik-baik nikmat berupa iman dan islam. Salawat dan doa keselamatanku terlimpahkan selalu kepada Nabi Agung Muhammad S.A.W. berserta keluarga dan para sahabat-sahabat Nabi semuanya. Allahumma Ballighna Ramadhan. Bulan Ramadhan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihan ini haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim dan mengalu-alukannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: