Posts

Showing posts from September, 2011

ARMA DIHATI : PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI....!!!

Image
Asrama Rumah Melayu Abbasiyah atau lebih dikenali dengan ARMA suatu masa dahulu pernah melakarkan tragis hitam dalam sejarah agung PMRAM apabila PMRAM diusir keluar dari ARMA tanpa sebab yang munasabah pada tahun 1992. Isu ARMA menjadi bukti kesungguhan PMRAM dalam menjaga kebajikan mahasiswa / wi melayu di Mesir.Kesan daripada itu PMRAM tidak lagi mempunyai tempat operasi yang tetap malahan dinafikan hak dengan penyelewengan fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Isu berkaitan ARMA ini seringkali dilaungkan namun sensitiviti ahli terhadap isu ini masih suram.Suasana kebangkitan ahli ketika mana PMRAM dihalau keluar dari ARMA masih belum dapat dirasai kini.isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja dikalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM.Dimana hilangnya aura semangat abang-abang dan kakak-kakak kita yang d

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3

Image
Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3 (Kitab Sahih Bukhari Bersama Masyaikh Al-Azhar) Dan Majlis Apreasiasi Kecemerlangan (Graduan Dan Mahasiswa Cemerlang 2011) Objektif: 1. Membina Dan Memupuk Mahasiswa Yang Berjiwa Ulama’. 2. Memupuk Semangat Dan Suasan Ilmu Di Kalangan Ahli. 3. Menerapkan Semangat Cintakan Hadith Dan Ilmu 4. Melahirkan Mahasiswa Yang Cintakan Persatuan Dan Sanggup Mencurah Bakti 5. Memberi Peluang Kepada Mahasiswa Dalam Memahami Hadith Nabi Muhammad Saw Tema: Sunnah Dihayati, Ibrah Diteladani Nantikan Oktober Ini… Layari www.pmram.org facebook/ pmram pusat

Mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Kenangan

Image
KAHERAH , 21 Sept - Satu nadwah penting telah dianjurkan oleh Rabithah ' Alamiah Likharijiy al-Azhar dengan kerjasama Ittihad Syabab wal Ansor al-Azhar bagi memperingati mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali pada 18 September yang lalu . Nadwah tersebut diadakan di Qa'ah Syeikh Muhammad Abduh , Universiti al-Azhar , Kaherah . Nadwah Thaqafiah tersebut membincangkan berkenaan tajuk " Syeikh Muhammad al-Ghazali wa Juhuduhu fi Da'wah al-Islamiyah ". Ia diadakan sempena untuk memperingati kelahiran Syeikh Muhammad al-Ghazali pada 22 September, seorang muffakir agung yang banyak menyumbangkan idea ke arah perkembangan ilmu dalam dunia Islam khususnya . Antara ulama ' dan pemikir Islam yang hadir dalam nadwah tersebut antaranya adalah Rois Jami’ah al-Azhar , Dr Usamah el-'Abd , Syeikh Hassan Syafie , Dr Muhammad ' Imarah , Dr Abdul Mun'iem Abul Fu

Pendaftaran Kutub Sittah Siri 3 Kini Dibuka

Image
KAHERAH , 21 Sept - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ), sekali lagi menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah untuk siri yang ke-3 dan Majlis Apresiasi Kecemerlangan.Majlis yang bakal diadakan pada Oktober ini . Pendaftaran untuk penyertaan telah dibuka pada 21hb September 2011 dan akan berakhir pada 18hb Oktober 2011.Sebarang pendaftaran boleh dibuat melalui jawatankuasa pendaftaran Saudara Haniful Fuad di bahagian ikhwah , manakala di bahagian akhowat melalui timbalan jawatankuasa pendaftaran Saudari Hisymah Zulfa binti Khalid Maklumat lanjut berkenaan majlis akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui iklan dan promosi yang dijalankan program.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Timbalan Pengarah 1 Saudara Ahmad Baihaki di talian 011149

Mesyuarat Agung Tahunan : Tentatif Penuh MAT kali ke-34

Image
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT): Tentatif Penuh MAT kali ke-34. InsyaAllah. MAT akan diadakan esok hari, Khamis,22 September 2011 bertempat di dewan Soleh Al-Masri. Pendaftaran bermula jam 6.00 hingga 7.00 pagi. Semua ahli BKPPPM dijemput hadir bagi menunaikan amanah sebagai ahli BKPPPM. Harap maklum.

Kelebihan Berpuasa Enam Hari Dalam Syawal

Image
PUASA ENAM Puasa enam hari dalam bulan syawwal selepas fardhu ramadhan amat dikenali sebagai puasa enam di kalangan umat Islam di Malaysia. Puasa enam sangat digalakkan untuk dilakukan kerana mempunyai kelebihan yang amat besar. Kelebihan berpuasa enam hari dalam Syawwal 1. Berpuasa sebulan ramadhan kemudian diikuti pula dengan 6 hari dalam bulan syawwal seperti puasa setahun penuh. قال الرسول صلى الله عليه وسلم (صيام رمضان بعشرة اشهر,وصيام ستة ايام بشهرين,فذلك صيام سنة) " Puasa ramadhan (seperti) puasa selama 10 bulan,dan puasa 6 hari(iaitu syawwal) seperti puasa 2 bulan,maka demikian(seperti) puasa setahun(12 bulan)” 2. Puasa enam adalah satu tanda bahawa puasa kita dalam bulan ramadhan diterima oleh ALLAH S.W.T kerana ALLAH S.W.T apabila DIA menerima amalan seseorang hamba,maka DIA akan menolong hambaNYA itu untuk melakukan amalan soleh yang lain.Contohnya solat sunat yang dilakukan selepas solat fardhu serta puasa sunat yang di lakukan selepas puasa f

Tahniah Buat Mahasiswi Pengajian Islam dan Matrikulasi

Image
Barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM 2011 mengucapkan tahniah dan syabas buat mahasiswi Pengajian Islam dan Matrikulasi yang telah berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini. Setelah hampir dua bulan mahasiswi Pengajian Islam dibelenggu rasa kebimbangan dan keresahan, akhirnya membuahkan hasil daripada apa yang telah diusahakan. Kejayaan yang diperolehi ini merupakan suntikan semangat bagi mahasiswi untuk terus maju dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan. Bagi mahasiswi Matrikulasi pula, kejayaan yang dicapai merupakan satu semangat baru dalam melangkah ke gerbang yang lebih mencabar sebagai penuntut ilmu. Keazaman yang kuat dan kegigihan yang mantap perlu disemai bagi menghasilkan impak yang cemerlang pada masa akan datang. Mahasiswi yang masih lagi tidak diberikan peluang untuk melangkah setapak ke hadapan haruslah meneruskan usaha dengan lebih gigih disertai tawakkal yang tinggi kepada Allah subhanahuwataala. Perlu diingatkan bahawa, se

Pertemuan En.Khairi Jalalludin : HEWI PMRAM Pertahankan Suara Mahasiswi

Image
KAHERAH, 19 Sept -Satu pertemuan telah diadakan antara beberapa pimpinan HEWI PMRAM yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi HEWI Saudari Nurain Yaacob, Naib Pengerusi HEWI I Siti Fathiyah Mohd Razi, Naib Pengerusi HEWI II Saudari Nurul Hasanah Yahuza, Ketua Unit Kebajikan HEWI Saudari Nor Hashimah Majid beserta wakil dari mahasiswi Qiraat dan Pengajian Islam pagi tadi . Pertemuan yang diadakan itu adalah bertujuan menyuarakan suara mahasiswi yang tidak bersetuju berkenaan isu tindakan Encik Khairi Jalaluddin selaku Pegawai EME yang telah memaksa dan mengenakan syarat bagi mahasiswi tahun akhir dalam pengurusan sijil supaya menyertai Konvokensyen yang bakal dianjurkan oleh EME . Tindakan yang dilakukan Encik Khairi Jalaluddin ditafsirkan sebagai tindakan peribadi memandangkan tiada sebarang penetapan syarat di peringkat EME supaya graduan menyertai Konvokensyen . Hal ini amatlah tidak bersesuaian memandangkan di peringkat Malaysia

JAMUAN RAYA : Semua Ahli BKPPPM Dijemput Hadir Memeriahkannya

Image
Makluman kepada semua ahli BKPPPM, anda dijemput menghadiri jamuan raya pada hari ini, Selasa, 20 September 2011 bermula jam 1.00 petang sehingga 3.00 petang bertempat di asrama Rumah Penang, Hayyu Sabiek. Semua ahli BKPPPM sama ada pengajian Islam mahupun perubatan dijemput hadir. Jamuan ini hanya terbuka untuk ahli BKPPPM sahaja.

Pengesahan Sijil : Pengarah EME Beri Jaminan, Tanpa Paksaan

Image
KAHERAH ,18 Sept - Suatu pertemuan antara pihak PMRAM dan EME telah diadakan pagi tadi . Pertemuan tersebut khusus bagi mendapatkan penjelasan daripada pengarah EME sendiri berhubung kewjipan mengikuti konvokesyen sebagai syarat yang dikenakan kepada graduan untuk mendapatkan sebarang pengesahan yang telah dimaklumkan oleh En. Khairi Jalaluddin sebelum daripada ini . Dalam pertemuan tersebut , pihak PMRAM yang diwakili oleh Saudara Abdul Aziz Bin Ali, Timbalan Presiden dan Saudara Mohd Solehuddin Bin Mohd Safien , Naib Presiden II menyuarakan pandangan tidak bersetuju terhadap keputusan mewajibkan konvokesyen bagi mendapatkan sebarang pengesahan daripada pegawai EME . Pandangan tersebut mewakili luahan ahli PMRAM yang merasakan syarat tersebut seolah-olah memaksa dan menyusahkan mahasiswa untuk membuat urusan . Hasil daripada perjumpaan tersebut , Pengarah EME , Prof Dr Su

Kerjasama Antara PMRAM Dan UTHM

Image
KAHERAH , 18 Sept - Peserta Program Mobiliti Universiti Tun Hussin Onn Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Mesir sekitar jam 2.00 petang semalam dengan disambut oleh beberapa orang wakil daripada Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM . Antara Badan Pengurus yang menyambut delegasi ini Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri selaku Ketua Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM , Saudara Abdul Aziz bin Ali Timbalan Presiden PMRAM dan Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi , wakil daripada HEWI PMRAM Saudari Juhaida bin Abdul Hamid merangkap Ketua Unit Sambutan dan Rehlah HEWI PMRAM dan Saudari Nurul Arifah binti Helmi Ketua Unit Kebudayaan , Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM 2011 juga turut serta . Ketua Delegasi Program Mobiliti Pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ialah Prof.Dr Sabri bin Ismail yang juga merupakan graduan Al-Azhar sekitar tahun 1

ERDOGAN SANG SINGA: ERA DIKTATOR TELAH TAMAT

Image
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang melawat Libya jumaat semalam memberi kritikan tajam kepada Presiden Syria Bashar Assad yang telah memrelakan regim kerajaannye menindas para demonstrasi aman yang membuat bantahan 6 bulan lalu. Beliau menekankan bahawa era kepimpinan 'tirani' telah tamat. Erdogan berkata, ketika merayakan kemenangan revolusi di Libya, Ghadafi menyalahgunakan kuasa: "Anda telah mempamerkan pada dunia sejagat bahawa tiada sistem dan undang-undang yang boleh melawan kehendak rakyat...dan ini perlu difahami oleh pihak-pihak yang menindas rakyat Syria." "Ini jenis pemimpin-pemimpin negara yang perlu memahami bahawa pemerintahan dia telah berlalu kerana pemerintahan berbentuk diktator telah tamat," tambah beliau lagi, tanpa merujuk Presiden Syria dengn nama. Beliau menyebut bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkanlebih daripada 2,600 orang, sebilangan besar orang awam telah terbunuh dalam demonstrasi yang

MAT kali Ke-34 : Jom Meriahkannya..

Image
Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 akan diadakan pada 22 September 2011 bersamaan hari Khamis bertempat di dewan Soleh Al-Masri..Pendaftaran bermula jam 6-7 pagi. Proses pembuangan undi juga akan berlangsung pada hari tersebut bermula jam 8 pagi hingga 3 petang. Jangan lupa, tunaikan kewajipan anda sebagai ahli BKPPPM...

PENUNJUK PERASAAN CUBA SERBU KEDUTAAN ISRAEL DI JORDAN

Image
Amman Al-Rabia: Pihak keselamatan Jordan menghalang para penunjuk perasaan dari menyerbu masuk kedutaan Israel khamis semalam. Berlaku demonstrasi besar-besaran di kawasan sekitar bangunan kedutaan. Beratus-ratus aktivis, ahli politik dan Jawatankuasa Rakyat bangun bersama-sama untuk mengusir duta Israel di Jordan dan memutuskan perjanjian damai antara jordan dan Israel. Hampir 150 orang dari seluruh gerakan Islam bergabung melakukan demonstrasi di depan kedutaan Israel selepas solat di masjid Morocco Kaloti. Para penunjuk perasaan melaungkan slogan berbentuk kutukan kepada Israel dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes. Mereka juga mengarahkan supaya kedutaan Israel ditutup dan duta Israel dihalau dari Jordan serta merta. Pihak keselamatan Jordan meletakkan besi penghadang menghalang kemaraan para penunjuk perasaan dari sampai ke bangunan kedutaan. Berlaku pertempuran antara para penunjuk perasaan dan pihak keselamatan. Pihak keselamatan dan tentera Jordan berkum

Majlis Khusus Untuk Graduan Dan Mahasiswa Cemerlang

Image
KAHERAH , 16 Sept - Presiden PMRAM , Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengumumkan bahawa PMRAM akan mengdakan satu majlis khusus untuk graduan dan mahasiswa cemerlang . Majlis tersebut adalah bagi meraikan mahasiswa / wi yang telah menamatkan pengajian samada peringkat pengajian Islam mahupun perubatan serta mahasiswa / wi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini . Ia merupakan satu alternatif di peringkat PMRAM setelah mana , desakan di peringkat ahli untuk PMRAM mengadakan konvokesyen pada tahun ini . " PMRAM telah berbincang dan setuju untuk mengadakan satu majlis khusus untuk meraikan graduan dan mahasiswa cemerlang . Cumanya ia tidak dinamakan sebagai konvokesyen . Apa yang pasti PMRAM akan mengadakan satu majlis khusus yang akan bergabung sekali dengan program mega iaitu Kutub Sittah siri III," kata Presiden PMRAM . PM

Tasfiah : PMRAM Mendoakan Kejayaan Mahasiswa Pengajian Islam Tahun Akhir

Image
KAHERAH , 16 Sept - Mahasiswa / wi pengajian Islam tahun akhir yang berbaki satu atau dua subjek akan menduduki peperiksaan tasfiah bermula esok (17 September) sehingga akhir bulan September ini . Peperiksaan tasfiah tersebut merupakan penentu bagi mahasiswa / wi pengajian Islam samada akan berjaya menamatkan pengajian atau mengulang tahun akhir . PMRAM mendoakan kejayaan bagi kesemua mahasiswa / wi pengajian Islam yang akan menduduki peperiksaan tasfiah . Semoga kejayaan akan diperolehi bersama-sama manfaat ilmu yang dipelajari . Kejayaan mahasiswa / wi pengajian Islam merupakan kegembiraan bagi pihak PMRAM kerana bertepatan dengan agenda pendidikan yang dibawa oleh PMRAM selama ini dengan subtajuk daripada ucapan Presiden iaitu " Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama ".