Pengesahan Sijil : Pengarah EME Beri Jaminan, Tanpa Paksaan

KAHERAH,18 Sept - Suatu pertemuan antara pihak PMRAM dan EME telah diadakan pagi tadi. Pertemuan tersebut khusus bagi mendapatkan penjelasan daripada pengarah EME sendiri berhubung kewjipan mengikuti konvokesyen sebagai syarat yang dikenakan kepada graduan untuk mendapatkan sebarang pengesahan yang telah dimaklumkan oleh En. Khairi Jalaluddin sebelum daripada ini.
Dalam pertemuan tersebut, pihak PMRAM yang diwakili oleh Saudara Abdul Aziz Bin Ali, Timbalan Presiden dan Saudara Mohd Solehuddin Bin Mohd Safien, Naib Presiden II menyuarakan pandangan tidak bersetuju terhadap keputusan mewajibkan konvokesyen bagi mendapatkan sebarang pengesahan daripada pegawai EME.
Pandangan tersebut mewakili luahan ahli PMRAM yang merasakan syarat tersebut seolah-olah memaksa dan menyusahkan mahasiswa untuk membuat urusan.
Hasil daripada perjumpaan tersebut, Pengarah EME, Prof Dr Suaidi bin Hj Shafei telah memaklumkan bahawa syarat tersebut bukanlah polisi yang telah ditetapkan oleh pihak EME dan beliau memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara tersebut sekaligus memudahkan urusan mahasiswa terutama graduan daripada Shoubra dan Mansurah.
Selain itu, bagi megelakkan timbul permasalahan pengesahan yang sama, Pengarah EME menyarankan kepada seluruh graduan agar membuat pengesahan daripada Puan Zakian binti Zaidon yang merupakan salah seorang pegawai EME yang sebelum ini berkhidmat di Iskandariah tanpa melalui En. Khairi Jalaluddin.
Ini kerana semua pegawai EME yang berkhidmat di sini layak untuk membuat pengesahan sebarang sijil ataupun dokumen.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963