Posts

Showing posts from June, 2020

ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MEMPERKASAKAN SOLAT BERJEMAAH (SIRI 1)

Image
MEMPERKASAKAN SOLAT BERJEMAAH ( SIRI 1 ) Tajuk : Solat berjemaah mendapat 27 pahala Dari Ibnu Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:    صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَة  “ Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian dengan dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat” ( Muttafaqun ‘alaih ) Solat berjemaah adalah solat yang terdiri dari imam dan makmum. Semakin banyak jumlah jemaah yang mengikuti solat tersebut semakin besar fadhilat yang akan diraih bagi orang yang mengerjakannya. Menurut jumhur ulama, solat berjemaah hukumnya  Sunnah Mu’akkadah . Namun ada sebahagian ulamayang berpendapat solat berjemaah hukumnya wajib. Pendapat yang mengatakan solat berjemaah adalah wajib hukumnya didasarkan pada hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda :  “ Demi Zat Yang jiwaku berada dalam KekuasaanNya, sungguh aku ingin menyuruh orangorang membawa kayu bakar la