Posts

Showing posts from August, 2019

Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 4 )

Image
MUFTI KEEMPAT Tuan Haji Abdul Rashid bin Hashim (Tahun 1982 – 1984) Nama                      :  Tuan Haji Abdul Rashid bin Hashim Tarikh Lahir          :  Tahun 1922 Tarikh Kematian  :  Februari 1984 (berusia 62 tahun) Bilangan Anak      : 5 orang (3 Lelaki dan 2 Perempuan) Sumbangan • Menjadi guru di Sekolah Agama Khairiah. • Menjadi imam di Masjid Pokok Setol Sungai Dua. • Mengajar kuliah agama di sekitar Negeri Pulau Pinang. • Menjadi Mufti pada tahun 1982 hingga 1984. Teruskan mengikuti siri-siri Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ini untuk tokoh mufti yang berikutnya. Anda juga terus ke pautan https://bit.ly/2Uw5JxJ untuk dapatkan risalah lengkap ini yang telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Rujukan : BIOGRAFI MUFTI-MUFTI NEGERI PULAU PINANG Disediakan oleh : Lajnah Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM 2018/2019 "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" "Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah" "Bersama Bersatu

Minda Pimpinan | Pemuda Pembela Agama Allah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ، .وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ Dalam perjuangan Islam, Pemuda adalah barisan penting, justeru itu pemuda perlu bersiap sedia untuk menyahut seruan perjuangan bagi menegakkan agama Allah S.W.T. Tidak gentar mendepani cabaran, biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan sendiri. Firman Allah S.W.T : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ   Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Al

JAUHI SIFAT GHURUR

Image
JAUHI SIFAT GHURUR (TERPEDAYA) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ   (Yaitu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selaian dari kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah luas ampunan-Nya. Dan dia lebih mengetahui keadaanmu, saat Dia menjadikan engkau dari tanah dan saat engkau masih janin dalam perut ibumu, maka tidak bolehlah engkau mengatakan dirimu suci. Dialah yang maha mengetahui keadaan orang yang bertaqwa. (Qs. An-Najm[53]: 32) Jangan kita merasa paling benar dan paling sunah sehingga di luar golongan kita sebut akli bid'ah . Janganlah kita menganggap diri kita suci, membersihkan dan paling benar, kerena hakikat diri kita berada dalam ilmu Allah SWT.  Janganlah kita memuji-muj

LAPORAN SAHARA'19 BKPPPM

Image
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2019 ( SAHARA '19 ) RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 7 OGOS hingga 14 OGOS 2019 :  Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA ’19 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. SAHARA ‘19 kali ini bertemakan “membumi pengorbanan, melangit perjuangan”. SAHARA ’19 telah berlangsung selama 8 hari bermula 7 Ogos  sehingga 14 Ogos 2019. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihissalam, menghayati bulan kebesaran Islam dan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli BKPPPM di Mesir. SAHARA ’19 dimulai dengan Gotong Royong Perdana pada 7 0gos 2019 dengan kerjasama Lajnah Perumahan BKPPPM sesi 2018/2019 bagi memastikan kawasan asrama bersih menjelang ketibaan hari raya Aidiladha.SAHARA ‘19 membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu Daurah Kitab Matla’ Badrain (Bab Qurban) yang disampaik

Fiqh Korban : Pembahagian Yang Afdhal Bagi Daging Korban

Image
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2:478) Selain itu, daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT: فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah al-Hajj: 28) Menjawab persoalan tentang pembahagian yang afdhal bagi daging korban, kami menyatakan bahawa hal ini hendaklah terlebih dahulu melihat sama ada korban tersebut merupakan korban sunat atau korban nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban. Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban sunat, maka sunat juga baginya untuk mem

Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 3 ) MUFTI KETIGA

Image
MUFTI KETIGA Datuk Syeikh Haji Adnan Bin Syeikh Haji Hashim (Tahun 1968 – 1981) Nama                             :   Datuk Syeikh Haji Adnan Bin Syeikh Haji Hashim Tarikh / Tempat Lahir   :   Tahun 1905 di Penaga, Seberang Perai Utara Nama Isteri                   :   Datin Maznah binti Mohd Yunus Bilangan Anak              :   11 orang Latar Belakang Pendidikan • Sekolah Penaga, Seberang Perai Utara (1910 – 1916). • Pondok Tuan Haji Majid di Permatang Janggus (1917 – 1918). • Pondok Bukit Indra Muda, Bukit Mertajam (1919 – 1922). • Melanjutkan pelajaran ke Makkah, Madinah dan Mesir selama 11 tahun (1923 – 1934). Sumbangan • Pada tahun 1935 hingga 31 Ogos 1945, beliau pernah menjadi guru agama,        secara sukarela di Seberang Perai. • Kemudian pada 1 September 1945, beliau menjadi tenaga pengajar di Maktab         Mahmud, Alor Setar dan bersara pada 24 Febuari 1961. • Akhir sekali, sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau secara sukarela mengajar