Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 3 ) MUFTI KETIGA

MUFTI KETIGA

Datuk Syeikh Haji Adnan Bin Syeikh Haji Hashim
(Tahun 1968 – 1981)


Nama                             :   Datuk Syeikh Haji Adnan Bin Syeikh Haji Hashim
Tarikh / Tempat Lahir   :   Tahun 1905 di Penaga, Seberang Perai Utara
Nama Isteri                   :   Datin Maznah binti Mohd Yunus
Bilangan Anak              :   11 orang


Latar Belakang Pendidikan
• Sekolah Penaga, Seberang Perai Utara (1910 – 1916).
• Pondok Tuan Haji Majid di Permatang Janggus (1917 – 1918).
• Pondok Bukit Indra Muda, Bukit Mertajam (1919 – 1922).
• Melanjutkan pelajaran ke Makkah, Madinah dan Mesir selama 11 tahun (1923 – 1934).

Sumbangan
• Pada tahun 1935 hingga 31 Ogos 1945, beliau pernah menjadi guru agama,
       secara sukarela di Seberang Perai.
• Kemudian pada 1 September 1945, beliau menjadi tenaga pengajar di Maktab
        Mahmud, Alor Setar dan bersara pada 24 Febuari 1961.
• Akhir sekali, sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau secara sukarela mengajar
        ilmu-ilmu agama di masjid-masjid. Malahan, semasa berkhidmat sebagai Mufti,
        beliau masih lagi mengajar agama di masjid-masjid.
• Dilantik menjadi Mufti pada 1 Januari 1969 hingga 31 Disember 1981.

Anugerah
• Darjah Johan Negeri (D.J.N) (16 Julai 1971).
• Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N) (16 Julai 1978).

Teruskan mengikuti siri-siri Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ini untuk tokoh mufti yang berikutnya.

Anda juga terus ke pautan https://bit.ly/2Uw5JxJ untuk dapatkan risalah lengkap ini yang telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Rujukan : BIOGRAFI MUFTI-MUFTI NEGERI PULAU PINANG
https://bit.ly/2Uw5JxJ

Disediakan oleh : Lajnah Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM 2018/2019

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Bersama Bersatu"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah dan Thaqafah Islamiah"

Comments

Popular posts from this blog

PENYAKIT HATI DI AKHIR ZAMAN

[TINTA MUTIARA | AGAR REZEKI TIDAK LAGI MISTERI]

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Sejarah di Bulan Muharram