Posts

Showing posts from March, 2016

JEJAK SINAI ‘16 -“Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”

Image
LAPORAN JEJAK SINAI ‘16 MAC 2016 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 17 hingga 19 Mac 2016. Jaulah ini diberi nama Jejak Sinai ’16 dengan bertemakan “Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu. Jejak Sinai ’16 telah disertai oleh 37 orang akhawat BKPPPM, 3 orang akhawat BKAN taakhi KPKM serta seorang daripada Mansurah dan diiringi 5 orang musyrif dan 1 pasangan mutazawwijin. Jejak Sinai ’16 bermula pada 2.00 pagi pada 17 Mac 2016. Doa menaiki kenderaan telah dibaca oleh Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Sekitar 4.30 pagi, rombongan singgah di Noktah Hasanah untuk menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat subuh, kami bergerak memasuki Semenanjung Sinai dengan memasuki Terowong Ahmad Hamdi bagi melintasi Terusan Suez. Terowong ini dibina bagi menyambung Mesir ya

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Image
KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain. Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari sirah Rasulullah. Apabila menghayati sirah nabi, seseorang Islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan hidupnya. Di antara objektif utama kita menghayati sirah Rasulullah boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Memahami syakhsiah (keperibadian) Nabi Muhammmad SAW melalui riwayat hidupnya dan suasana yang dialami dalam hidupnya. Dengan menghayati syakhsiah dan kehidupan ini dapat menguatkan keyakinan kita bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja pintar di kalangan kaumnya bahkan telah di bantu oleh bantuan wahyu yang telah diturunk

Laporan Hari Thaqafah Mahasiswa HAMASAH

Image
 Laporan Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH) 5 Mac 2016 - Kaherah- Telah berlangsung dengan jayanya program yang disusun khas oleh gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri iaitu Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH) yang diadakan di Asrama Darul Aman. Diantara objektif program tersebut adalah memberi pendidikan kepada semua mahasiswa baru. Selain itu dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta. Program berlangsung selama sehari bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 5.00 petang. Peserta diberikan pengisian menarik tentang konsep amal islami, entiti jahiliyyah dan kenali musuh islam yang telah disampaikan oleh pengisi-pengisi yang tidak asing lagi seperti Dr Muhammad Zaim Bin Syamsuri ,Ustaz Nasrullah Bin Mustafa dan Ustaz Syed Ahmad Ridwan Bin Syed Md Zain.  Disediakan oleh,  Unit Penerbitan & Penerangan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 15'16

SEJARAH 3 MAC 1924 : KEJATUHAN TURKI UTHMANIAH

Image
RINGKASAN SEJARAH KEJATUHAN TURKI UTHMANIAH PENDAHULUAN Sebelum Khilafah umat Islam bertukar kepada Khilafah Uthmaniyah, umat Islam berada dibawah tampuk pemerintahan Khilafah Abbasiyah. Kekhalifahan Abbasiyah adalah kekhalifahan kedua Islam yang berkuasa di Baghdad (sekarang ibu kota Iraq). Kekhalifahan ini berkembang pesat dan menjadikan dunia Islam sebagai pusat pengetahuan dengan menerjemahkan dan melanjutkan tradisi keilmuan Yunani dan Parsi. Kekhalifahan ini berkuasa setelah merebutnya dari Bani Umayyah dan menundukan semua wilayahnya kecuali Andalusia. Berkuasa mulai tahun 750 dan memindahkan ibukota dari Damaskus ke Baghdad. Berkembang selama dua abad, tetapi berada diambang kemusnahan apabila beberapa faktor penting yang menyumbang kepada kejatuhan khilafah Abbasiyah. Antara faktor kejatuhan Khilafah Abbasiyah adalah disebabkan serangan tentera Tartar yang melumpuhkan pemerintahan Khilafah Abbasiyah di Baghdad. Disebut oleh para ulama’, antara sebab penting k

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

Image
Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang baik jika kadar penganggurannya rendah. Sebaliknya jika kadar pengangguran tinggi, bermakna berlakunya pembaziran sumber manusia. Masalah pengangguran terus merupakan satu daripada masalah ekonomi yang sangat penting dan harus ditangani dalam pasaran buruh. Sebab berlakunya pengangguran adalah pelbagai dan kompleks. Bagi sesetengah individu, pengangguran hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek yang mana ianya merupakan satu proses semulajadi bagi individu-individu yang bergerak di antara satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain atau pergerakan daripada alam persekolahan ke pasaran kerja. Bagi sesetengah individu yang lain pula beranggapan, pengangguran yang mengambil masa beberapa bulan mungkin disebabkan kesukaran mencari pekerjaan. Kenyataannya, kadar pengangguran merupakan petunjuk yang penting kepada prestasi kitaran ekonomi. Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.3 peratus kepa

HUKUM DERMA ORGAN SETELAH MENINGGAL DUNIA

Image
Apakah Dibolehkan Bagi Orang Islam Bersetuju Untuk Menderma Organ Apabila Ia Meninggal Dunia Kelak? ISU: Apakah dibolehkan bagi orang Islam bersetuju untuk menderma organ apabila ia meninggal dunia kelak? Ini melibatkan mayat orang Islam yang perlu dibelah untuk mengambil organ tersebut. PENJELASAN: Menderma organ setelah meninggal dunia adalah dibenarkan di dalam Islam tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Keharusan menderma organ untuk dilakukan selepas kematian adalah berdasarkan kepada maslahat dan keperluan yang diraikan dalam Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa kemaslahatan orang yang hidup adalah lebih aula untuk dipelihara berbanding kemaslahatan orang yang telah mati berdasarkan kaedah: حرمة الحي آكد من حرمة الميت Maksudnya: “Kehormatan orang yang hidup lebih kuat daripada kehormatan orang yang telah mati”. (Al-Syirazi, Al-Muhazzab, 1/456). Di Malaysia, keharusan menderma dan pemindahan organ telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangs