Posts

Showing posts from February, 2015

JOM KENALI KITAB !!!

Image
Kitab Sunan Tirmizi juga dikenali sebagai Al-Jami’ Al-Shahih , Shahih Tirmizi, Al-Jami’ Al-Kabir, dan Al-Jami’ Al-Mukhtasar min Al-Sunan ‘an Rasulillah ialah salah satu daripada enam kitab hadis yang dikenali sebagai kutub sittah. Daripada nama-nama yang berbeza ini menunjukkan bahawa kitab ini disusun berdasarkan bab-bab fiqh. Sebanyak 3965 buah hadis yang dimuatkan ke dalam kitab ini dengan berbagai bidang keagamaan. Biodata pengarang kitab Sunan Tirmizi · Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa Adh Dhahak At Tirmizi · Dilahirkan di kota Turmudz sebuah kota kecil di pinggir utara sungai Amuderiya, sebelah utara Iran.  · Dilahirkan pada bulan Zulhijjah tahun 209 hijrah dan wafat pada hari Isnin 13 Rejab tahun 279 hijrah ( 70 tahun ) · Imam Tirmizi mula mempelajari hadis ketika umur 10 tahun. Beliau mula merantau pada umur 25 tahun dan sehingga mencecah 20 tahun lamanya. · Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam T

“UKHUWAH DIRASA, KENANGAN TERCIPTA” : MAX'IS 15

Image
DEWAN SOLEH AL-MASRI, HAYYU SABI’E- 17 FEBRUARI 2015, Telah berlangsungnya program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), Hari Keluarga 2015, “Maximize Ukhuwah” (MAX’IS 15) bertemakan “Ukhuwah Dirasa, Kenangan Tercipta” yang dikelola oleh Saudara Abdul Mushawwir b. Abd Rashid (Pengarah), Nurul Ain bt. Muhammad Isa (Timbalan Pengarah) dan kesemua adhoc-adhoc pelaksana yang turut bertungkus lumus menjayakan program ini.  Program bermula dengan pengisian yang menarik, Slot Pertama “Pengurusan Jenazah” dan praktikalnya bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang, yang disampaikan oleh Ustaz Fadli B. Mamat disertai Ustazah Dayang Siti Noraini Binti Awang Damek Yahya untuk praktikal di sebelah akhawat. Majlis perasmian program di sempurnakan oleh Badan Pengurus (BP) PMRAM oleh Saudara Muhamad Amri b. Ouma diiringi Yang Dipertua (YDP) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Saudara Mohd Jasry Raimy b. Johari dan Pengarah Hari Ke

FUTSAL TOURNAMENT BKPPPM ERATKAN TAUTAN UKHUWAH SESAMA AHLI..!!

Image
KAHERAH-4 FEBRUARI 2015, Julung kalinya Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan “Futsal Tournament” di bawah seliaan Unit Kebudayaan ,Kesenian Dan Sukan (UKKS) Sesi 2014/15 yang bertempat di padang futsal Liverpool .  Sebanyak 6 pasukan telah menyertai bagi merebut kejuaraan yang dipertandingkan , antaranya ialah Tok Miah Fc, Sayoq FC, Batch 11 FC, Selamber FC & pasukan jemputan iaitu Badan Pengurus FC. Perlawanan telah diadakan di padang Futsal Liverpool bermula jam 7 malam dan berakhir pada jam 11 malam. Pembukaan perasmian telah dijayakan dengan ucapan aluan Yang DiPertua BKPPPM sesi 2014/15 Ustaz Mohd Jasry Raimy B. Johari kemudian diteruskan pula dengan ucapan daripada Ustaz Muhammad Mukhzin b. Amran, Badan Pengurus Angkat Pmram Cawangan Pulau Pinang merangkap Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan (BKKS) PMRAM sesi 2014. Diantara ucapan beliau yang menarik ialah beliau berasa teruja dengan kehadiran ahli dari Pmram Cawangan Pulau